WINNER DYNASTY GROUP MENDERMA 1 JUTA TOPENG MUKA (MASK) KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DAN RAKYAT DI MALAYSIA| LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19

Gambar dari Google

Penularan wabak COVID 19 semakin berleluasa, dengan peningkatan kes dijangkiti virus ini setiap hari semakin meningkat. Nah! Isu kesihatan yang melanda negara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat Malaysia.

Dato’ Seri Liow Soon Hee, Pengasas & Pengerusi Winner Dynasty Group pada sidang media baru-baru ini, mengumumkan sumbangan 1 Juta topeng muka ke sekolah-sekolah awam di Malaysia dan juga kepada masyarakat Malaysia. Ini kerana beliau percaya bahawa ianya adalah salah satu tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia untuk menyumbang kepada negaranya. 



Ianya bermula apabila Puan Chia Sang Sang, Naik Pengerusi Lembaga Pengelola di SJK(C) Kheng Chee, Puchong telah meminta bantuan daripada selebriti Excella Chong, pengurus atasan di Winner Dynasty Group. Ini kerana sekolah tersebut memerlukan topeng muka untuk pelajar-pelajarnya. Namun begitu harga untuk topeng muka yang ada dijual pada hari ini terlalu mahal untuk dibiayai oleh sekolahnya. Lebih terkesan apabila bekalan untuk topeng muka di pasaran adalah terlalu kurang.

Mendengar sendiri mengenai situasi ini, Dato 'Seri Liow Soon Hee dengan bermurah hati untuk menyumbang kepada SJK (C) Kheng Chee dengan jumlah sebanyak 2,000 topeng. Di mana ianya mencukupi untuk digunakan oleh setiap pelajar. Dengan ini dapat mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19 oleh kanak-kanak di sekolah. Sebenarnya isu amat serius dan Dato’ Seri Liow Soon Hee memang mengambil berat dan beliau telah berjanji untuk cuba mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran virus Covid-19 di Malaysia seberapa banyak yang mampu.



Dato’ Seri Liow Soon Hee turut bertekad akan terus menyumbang kepada sekolah-sekolah dan juga  masyarakat di seluruh Malaysia yang memerlukan topeng muka, bermula daripada kawasan-kawasan yang mempunyai laporan mengenai kes Covid-19. Selain itu Dato’ Seri Liow juga meluahkan rasa kesalnya terhadap isu yang dihadapi oleh beliau apabila membuat pesanan 1 Juta topeng muka. 


Menurut beliau, dalam penghantaran kumpulan pertama didapati pembekal topeng muka menjual pada harga RM1.70 sekeping yang mana ianya adalah dua kali ganda lebih mahal daripada harga yang ditetapkan dan dodapati tidak mempunyai dokumentasi yang sah. Walauabagaimanapun beliau tetap membeli topeng muka pada harga yang mahal itu kerana keprihatinannya terhadap penyebaran virus ini dan ingin melindunginya daripada pelajar sekolah terutamanya. 

Dato’ Seri Liow Soon Hee turut meluahkan harga berganda untuk penjualan topeng muka serta tanpa dokumentasi yang sah adalah tidak adil kepadanya dan juga kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, Dato’
Seri Liow Soon Hee telah menyeru kepada pembekal-pembekal dengan dokumentasi yang sah dengan tawaran harga yang munasabah untuk menhubungi pihak Winner Dynasty Group bagi membolehkan beliau membeli sekaligus dapat mencapai matlamat 1 Juta dermaan topeng muka kepada masyarakat.


Laporan polis telahpun dibuat mengenai ketidakadilan (penipuan) perkara ini. Ini kerana Dato’ Seri Liow Soon Hee sebenarnya boleh menyumbangkan dua kali ganda jumlahnya sekiranya pembekal menjual topeng di harga yang ditetapkan. 

Dato’ Seri Liow Soon Hee berkata;

Saya rasa ini adalah tanggungjawap saya sebagai rakyat Malaysia untuk memberi balik balik  menyokong negara saya dalam masa krisis ini. Saya sememangnya sangat prihatin tentang keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia dan berharap pembekal topeng tidak lagi menaikkan harga topeng muka kerana ianya tidak adil dan menyukarkan saya untuk mendermakan lebih banyak. Sebenarnya adalah satu kesalahan untuk peniaga mengambil kesempatan daripada wabak ini, oleh sebab itu, saya mengadakan sidang media ini.
Awal bulan Februari, Dato’ Seri Liow Soon Hee menyumbangkan 76,920 topeng dan bekalan perubatan ke kawasan-kawasan Covid-19 di China menerusi Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia. Dato’ Seri Liow Soon Hee yang sememangnya bekerja rapat dengan perniagaan di China (terutama Xingyi City dan Wuhan) lebih sedekad yang lalu, telah memberikan sokongan padanya dan sekarang juga di Malaysia. Boleh rujuk pada entri ini :-)

Dengan usaha ini, Dato' Seri Liow Soon Hee juga berharap ianya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia dan bekerja secara kolektif dengan Malaysia sebagai satu tanggungjawab untuk menangani isu ini di Malaysia yang mana  harga topeng muka dijual terlalu mahal. Moga memberi inspirasi kepada organisasi lain juga dalam menyumbang lebih banyak topeng muka dan sebagainya bagi membantu negara memerangi virus maut ini.
WINNER DYNASTY GROUP MENDERMA 1 JUTA TOPENG MUKA (MASK) KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DAN RAKYAT DI MALAYSIA| LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 11, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. bagusnya ambil langkah murni derma barang keperluan di saat genting macam sekarang ni. Ramai yang tak dapat nak beli sebab panic buying. God bless!

    ReplyDelete
  2. Bagusnya, sepatutnya kena ramai-ramai juga bantu kann...memang ramai yang memerlukan, tapi tu lee ada gak yang selfish pentingkan diri sendiri..tahniah buat mereka yang membantu...

    ReplyDelete
  3. Thank you Winner Dynasty for your good deeds. Let’s pray that Co is-19 will end soon and the world will be lively place once again. Seriously, reading stories about covid-19 makes me scared and sad.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Winner Dynasty atas keprihatin terhadap rakyat malaysia terutama pelajar sekolah. Moga jd inspirasi pada syarikat lain.

    ReplyDelete
  5. DS Liow ini memang seorang yg prigatin dan sering membantu NGO dan masyarakat tidak kira bangsa. Kuddos to him.

    ReplyDelete
  6. Wahhh terimankasih kerana prihatin dengan isu sekarang.. semoga sikit sebanyak dapat kurangkan penularan wabak covid 19 nii

    ReplyDelete
  7. tahniah atas keprihatinan dan terima kasih sebab sudi membantu. semoga rezeki bertambah2

    ReplyDelete
  8. Yes.. inilah cara paling bagus buat masa kita dilanda virus covid19.. sebab kita makin kekurangan supply mask so memang patut ada pihak yang menderma face mask ni. Semoga usaha winner Dynasty menjadi tauladan kepada syarikat2 besar yang lain

    ReplyDelete
  9. Akak, saya tak dapat beli lagi face mask tau. Dari Disember 2019 semua out of stock kat Klang Valley. Kalau mereka nak derma kat saya pun boleh. Amat memerlukan. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Risau kan pasal wabak covic ni. Bagus ada usaha mcm ni. Harap ramai lagi yg buat amal cam gini

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni memnag susah nak cari mask. Tindakan yang di ambil Winner Dynasty Group untuk edarkan mask pada sekolah dan masyarakat satu tindakan yang bagus dan harus dipuji

    ReplyDelete
  12. Bagus usaha murni Winner Dynasty. Semoga Winner Dynasty terus berjaya di masa hadapan dan kekalkan usaha2 murni ni:)

    ReplyDelete
  13. tahniah. semoga usaha sebegini dijadikan contoh untuk mereka yang lain.

    ReplyDelete
  14. Congrats! All the best those who helped others who are in need. Proud to be a Malaysian!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.