Beli Ikan Talapia Segar Dari Cosmos Green Farm
Nikmat betul bila kita membeli ikan segar di musim PKP ni. Apa yang penting ikan-ikan yang dibeli dibersihkan terlebih dahulu sebelum hantar ke pelanggan. Dan baru-baru ini saya teringin sangat nak menikmati ikan talapia.
Mujur kawan saya aa rekomenkan dengan Cosmos Green Farm di facebook. Terus saya order dari situ. Memang sangat mudah dan praktikal.
Harga untuk ikan talapia yang ditawarkan adalah RM18kg (400g - 600g). Minimum order adalah RM50. Caj penghantaran ditanggung oleh pembeli. Dan korang boleh hubungi Encik Norman : 013-3353134. Segala pertanyaan boleh dibuat dari hari Isnin sehingga Sabtu dari jam 10 pagi sehingga 2 petang sahaja.
Senang betul berurusan dengan pihak Cosmos Green Farm ni tau. Lihat sahaja pada ikan talapia yang saya beli. Memang nampak segar!
Segar dan bersih. Memang puas hati!
Saya sediakan 3 jenis hidangan dari ikan talapia ni tau. Ikan Bakar Talapia, Ikan Talapia Goreng Garing dan Ikan Talapia Masak Masam Manis.
Ikan Talapia Bakar
Paling senang disediakan. Sebab ikan talapia yang saya dapat ini memang segar.Kemudian bakar ataupun gril. Ikan segar memang kita akan rasa isinya manis.
Saya juga menyediakan sambal kicap untuk dinikmati bersama ikan bakar. Bahan yang diperlukan hanyalah cili, tomato, bawang, garam, gula, perahan air limau dan kicap. Garam hanya letak sedikit sahaja kerana biasanya kicap memang dah rasa masin. Cili, tomato dan bawnag potong dadu/kecil. gaul sebati semuanya.
Ikan Talapia Goreng Garing
Ya ampun! Ini memang sedap. kalau meratah macam tu pun puas. Tapi nak lebih kenyang nikmati dengan nasi panas.
Bahan yang diperlukan sangat mudah. Hanyalah sedikit tepung gandum, garam dan kunyit. Lumur rata.
Goreng dalam minyak panas. Pastikan minyak betul panas-panas baru masuk ikan. Ini bagi mengelakkan kulit ikan terlekat pada permukaan kuali.
Ikan Talapia Masak Masam Manis
Saya hanya tambah sos ayam masak masam manis ke dalam ikan yang telah digoreng. Hidangan ini antara kegemaran anak-anak saya.
Boleh tonton cara penyediaan soso masam manis di sini yerp!!
Selamat menjamu selera. Hidangan tengahari saya yang ohsem!
Ada sayuran dan buahan juga akan datang tau. Korang boleh lihat pada pakej yang ditawarkan oleh Cosmos Green Farm. Memang murah dan berbaloi!
So, korang boleh pilih pakej samada A, B ataupun C
Antara kawasan yang boleh dibuat penghantaran boleh rujuk pada gambar di atas ya!
Untuk keterangan lanjut boleh layari:
Beli Ikan Talapia Segar Dari Cosmos Green Farm
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 09, 2020
Rating:
Tak pernah makan lagi ikan talapia
ReplyDeletei suka mkn ikan talapia..biasanya beli yg dh masak (bakar) ,harga RM10 seekor..2 ari lps pun beria kuar tapau beli ikan ni hehhehe
ReplyDeleteSedapnya, Sis jarang beli talapia tapi kalau makan kat luar selalu order talapia bakar, sedap uiii cecah dengan air asam...kat Johor ni takde plak servis macam ni...
ReplyDeletewah smp 3 hidangan masak guna ikan talapia tu...suka ikan talapia bakar and goreng garing tp kt umh mertua ni tk mkn ikan talapia
ReplyDeleteNampak geram la ikan you beli tu sebab gemuk juga. Mesti banyak isi. I suka juga ikan ni. Best juga ada set kita boleh beli ni. Nak nak kalau bahan mentah fresh ni.
ReplyDeletefresh betul ikannya. harga pun ikut harga pasaran. paling suka talapia goreng garing
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAmboi sempat buat 3 jenis masakan ikan. Curlass lah! Lama juga tak makan talapia. Selalu jumpa talapia hitam aje. Boleh lah order sini sb dah siap siang dan dibersihkan.
ReplyDeleteDah lama tak makan ikan thalapia ni. Ia simple tp sedap kan cuma famili tak berapa suka ikam sungei tu jarang beli.
ReplyDeleteSedapnya masak ikan talapia, my favorite tu.. Kak biasanya suka goreng and msk cili api, tp suami xsuka mkn haaa
ReplyDeleteOMG Ikan!!! I love fishes a lot & my little daughter love them a lot ! Thanks for sharing this information! Let me go some shopping!
ReplyDeleteya Allah. cantik nyer lah ikan talapia tu, ayu. segar yg amat!!!
ReplyDeletebila goreng, sure rasanyer sedap teramat-amat. ikan sungai gini, aida sgt suka goreng garing gitu.
makan dgn kicap cili padi. wow!!!
Swdapnya ikan talapia kalau buat gorwng atau buat sambal. Perghh.. Memang ikan talapia sis beli ni nampak segar sangat. Cantik saja nampak. Geram pulak tengoknya.
ReplyDeleteIkan talapia ni memang sedap. Rasa manis.. Segar tu. Boleh usha la nnati. Sennag nka beli brg dapur..
ReplyDeleteTerus Rawlins terasa nak makan ikan bakar tau tengok ikan nie. Mano nak cari yang sedia ada di kala MCO nie? Hahaha
ReplyDeleteKita suka talapia bakar. Hmm musim pkp ni banyak barang susah nak cari. Mujurlah ada perkhidmatan macam ni. Sangat mudahkan semua orang. Ok nanti nak sayur ke ikan boleh refer sini
ReplyDelete