Pengambilan Pemakanan Sihat di Bulan Ramadhan Bersama Kentang A.S

Pengambilan Pemakanan Sihat di Bulan Ramadhan Bersama Kentang A.S - Sememangnya bulan ramadhan sentiasa dinantikan oleh semua umat Islam. Pada bulan berakah ini, kita akan mengambil peluang untuk lebih meluangkan masa bersama keluarga, solat terawih dan berbuka sama-sama,

Tidak dinafikan pada bulan ramadhan juga kita boleh menahan lapar dan dahaga, pada masa yang sama kita perlu mengekalkan kecergasan badan. Apa yang penting, selama bulan ramadhan kita perlu memastikan pengambilan makanan yang betul dan sekaligus mendapat khasiat yang diperlukan. Ini kerana ketika ini badan kita akan mengalami perubahan semasa berpuasa.

Dengan pengetahuan melalui fakta-fakta yang telah dikongsikan di bawah terutamanya yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ternyata hidangan berkentang sememangnya sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan samada untuk iftar and sahur.


Antara juadah menggunakan kentang kegemaran saya dan anak-anak adalah sambal kentang bersama ikan bilis dan petai. Makan dengan nasi panas benar-benar membuka selera. Apatah lagi ianya juadah yang lengkap iaitu karbo (kentang), ikan bilis (mineral) dan petai (sayuran). Masak menggunakan minyak sayuran dengan sedikit percikan rasa kepedasan sememangnya memenuhi citarasa masyarakat Malaysia yang gemarkan masakan pedas.


Kentang A.S. Ialah Contoh Sumber Karbohidrat Yang Baik  
Sememangnya Kentang A.S. ialah antara sumber karbohidrat yang baik. Ianya diperkaya dengan Vitamin B6 dan C. Selain itu, Kentang juga sangat versati dan bersifat serba guna serta mengenyangkan. Nah! Inu menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
Kentang A.S. diminati ramai kerana produknya dipercayai bermutu tinggi. Ini kerana kentang ditanam pada suhu penanaman yang ideal,menggunakan tanah yang subur, dengan pemprosesan terkini serta kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik di dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., dalam memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.
Kentang A.S juga tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malahan ianya hanya mempunyai 110 kalori  untuk dalam setiap hidangan.

Jom saya kongsikan apa kata pakar diet, Cik Nurul Aziah Musa mengenai khasiat and perincian nutrisi kentang. Cik Nurul Aziah Musa juga ada berkongsi 2 resepi yang sedap dan mudah menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama. 


Resipi Untuk Berbuka
Begedil Kentang A.S. (U.S. Potatoes) dan Oats Air Fryer

Bahan-bahannya: 

2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
2 biji telur
8 sudu besar oats
Cili merah / cili hijau hiris halus
5 sudu besar bawang goreng
1 biji bawang besar
Garam
Lada sulah
Lada hitam


Cara Penyediaan:

1. Gaul sebati semua bahan2 dan bentukkan bulat
2. Renjis dengan minyak zaiton
3. Panaskan air fryer dengan suhu 180c
4. Masukkan begedil ke dalam bakul air fryer. Masak selama 10 minit
5. Siap untuk dihidangkan

*Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:

Kalori 133
Protein 5.5g
Lemak 3.3 g
Serat 0.7 g


Hidangan ini adalah sihat kerana menggunakan air fryer dan kita dapat mengurangkan penggunaan minyak. Begedil boleh dimakan bersama hidangan lain dan boleh juga dimakan bersama sup soto ketika berbuka.



Resipi Sahur
Pai Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Daging Sihat Ramadhan

Bahan-bahannya: 

4 biji kentang Russet A.S, buang kulit dan potong dadu
1 biji lobak merah
1 sudu makan mentega
4 sudu makan bawang holland cincang
50 gm keju cheddar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak sayuran
1 bji bawang cincang
500g daging kisar
2 sudu makan tepung
1 susu makan sos tomato
180 ml stok daging


Cara Penyediaan:

1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut. Tos dan lenyek, campurkan mentega, bawang cincang dan keju chedar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
2. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan
3. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang. Masukkan tepung dan masak sebentar.
4. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.
5. Tuangkan daging dalam Loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
6. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190 C sehingga ia masak sepenuhnya.
7. Sedia untuk hidang dan dinikmati.

*Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:

Kalori 377
Protein 34.2
Lemak 13.6 g
Serat 1.4 g

Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur. Ia sesuai untuk semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera ketika bersahur terutamanya untuk anak-anak.

Ada banyak resepi menarik menggunakan  Kentang A.S, di  laman web 

Apa Kata Pakar? Cik Nurul Aziah Musa Selaku Penasihat Diet

Setiap kali tirai Ramadhan dibuka, cara pengambilan makanan kita turut berubah. Ada kalanya bulan mulia yang sepatutnya melatih kita menahan pelbagai nafsu namun bertukar menjadi medan ujian yang mencabar terhadap selera makan.Pengambilan makanan yang tidak seimbang sepanjang Ramadhan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Kesan daripadanya boleh menimbulkan komplikasi seperti dehidrasi, sembelit, ketidakhadaman, kelesuan, tekanan darah rendah, pening kepala dan pelbagai lagi yang dilihat

Amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa Ramadhan adalah sama seperti dengan bulan-bulan yang lain. Garis panduan Islam melarang untuk makan secara berlebihan dan menggalakkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman.

Karbohidrat kompleks adalah makanan yang akan membantu melepaskan tenaga secara perlahan semasa tempoh berpuasa yang lama di siang hari. Mungkin ramai yang memikirkan nasi adalah satu-satunya sumber karbohidrat yang mampu memberi tenaga berpanjangan. Selain daripada nasi yang merupakan sumber makanan ruji kita, kentang juga merupakan salah satu pilihan untuk sumber karbohidrat kompleks yang baik kerana ia dapat membekalkan tenaga yang mencukupi dan mengenyangkan. Ramai yang tidak menyedari, kentang juga mempunyai pelbagai khasiat yang lain seperti sumber Vitamin C yang sangat baik, sumber potassium lebih tinggi daripada pisang, sumber vitamin B6 dan serat.

Makanan berkanji dan berserat seperti kentang boleh mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati ketika berpuasa. Kentang boleh membantu ada merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang dan ianya merupakan pilihan yang bagus dan mudah untuk bekalan tenaga sepanjang berpuasa. Apabila bertenaga, secara langsung kita mampu meningkatkan tumpuan dan menjadikan kita lebih aktif sepanjang hari.

Kentang juga adalah sumber tumbuhan yang semestinya tiada lemak dan tiada kandungan kolesterol. Walaubagaimanapun, kita hendaklah memastikan penyedian masakan kita adalah cara yang sihat. Kurangkanlah menggoreng, dan lebihkan cara masakan yang lebih sihat seperti membakar dan merebus.

Kebiasaannya pada bulan Ramadhan, kita akan mengunjungi bazar Ramadhan yang merupakan syurga untuk penggemar makanan. Namun, pada tahun ini mungkin situasi akan berbeza dengan ketiadaan bazar Ramadhan kerana negara sedang dilanda wabak Covid -19 yang tidak mengizinkan perhimpunan orang ramai secara terbuka. Oleh demikian, keadaan ini merupakan salah satu peluang untuk kita mencuba pelbagai resipi sihat yang yang boleh disediakan di rumah untuk terus kekal sihat sepanjang musim wabak pendemik ini

Untuk meningkatkan imuniti diri ketika musim wabak, kentang merupakan sumber makanan tinggi vitamin C yang boleh disediakan sepanjang Ramadhan ketika iftar dan sahur. Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan di dalam badan yang boeh menghapuskan radikal bebas dan juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan.


Berikut adalah diantara tips pemakanan yang boleh diamalkan semasa bulan puasa :


1. Amalan sewaktu bersahur
  • Pastikan anda bersahur kerana ianya merupakan sunnah, dapat mengawal tahap gula darah dan memberikan tenaga sepanjang hari.
  • Pastikan pengambilan karbohidrat kompleks seperti Potatoes USA untuk membekalkan tenaga lebih lama
  • Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari
  • Elakkan pengambilan kafein kerana ianya boleh mempercepatkan dehidrasi kesan daripada diuretik
2. Amalan sewaktu iftar

  • Semasa iftar, adalah digalakkan untuk kita mengambil makanan yang ringkas seperti kurma terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada ssitem penghadaman kita.
  • Utamakan air kosong dalam 6 ke 8 gelas sehari.
  • Makan secara perlahan dan tidak gelojoh
  • Kawal saiz hidangan makanan
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak
  • Kurangkan makanan tinggi gula dan garam

Kesimpulan
Di samping kuantiti, kualiti makanan dari sumber yang baik seperti kentang juga perlu dititik beratkan dalam merancang diet semasa Ramadhan. Potatoes USA jenis Russet adalah berkualiti dan segar, dan ianya menjadi pilihan saya dalam merancang menu makanan harian. Rasanya yang sangat sedap dan disamping berkhasiat dapat membekal keperluan nutrisi untuk keluarga kita.

Pemilihan makanan dari sumber berkualiti adalah penting dan pastikan cara penyediaan adalah mengikut panduan makanan sihat. Semoga Ramadhan kali ini merupakan titik permulaan untuk kita mengubahsuai corak pemakanan kita ke arah pemakanan yang seimbang, sihat dan pada masa yang sama hemah belanja.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kentang A.S, boleh layari laman web
www.uspotatogoodness.com.my
Pengambilan Pemakanan Sihat di Bulan Ramadhan Bersama Kentang A.S Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 29, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. Begedil kentang tu makan dengan nasi pun sedap...tapi pai kentang tu macam menarik betullah...tak pernah pulak rasa pai kentang, boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. banyak jugak kalau 133 kalori sekali hidangan. nasi sesenduk 100 kalori. dah 233 kalori. lauk lain lagi. pilih la nak nasi atau kentang. haha

    ReplyDelete
  3. Sedap tu Kak Ayu, sambal kentang dgn bilis dan petai. Makan dengan nasi panas, memang membuka selera sungguh.

    Bagus kentang AS ni. Tak de lemak, natrium dan kolestrol 👍

    ReplyDelete
  4. Lama x buat pegedil kentang. Nanti nak buat gak lah..tapi kena cr kentang dulu, dah lama tak dak kentang kat umah..hehehe

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak beli kentang AS selalu beli kentang tempatan je... btw sedsp je pegedil masuk oats? Blm pernah try...

    ReplyDelete
  6. Russet potatoes mmg sedap dan berkhasiat. Za suka beli utk masakan ala western mcm potato salad, mash potatoes dan baked potato sbb dia kurang rasa kelat dan bergetah.. Makan kosong rebus pun sedapb

    ReplyDelete
  7. Kentang sememangnya sangat baik dan sesuai digunakan dalam penyediaan makanan.Pemilihan makanan yang berkualiti adalah amat penting untuk memastikan pemakanan kita merupakan panduan hidup yang sihat.

    ReplyDelete
  8. Kentang US ni memang menjadi pilihan kak. kualiti dia dan khasiat dia memang terbaik. tengok proses penanaman dia pon rasa wow sangat.

    ReplyDelete
  9. Saya memang antara peminat kentang. Antara makanan yg wajib ada setiap kali makan. Terima kasih sebab share pasal kentang us

    ReplyDelete
  10. Bergedil kentang tu nampak menyelerakan. 1 of feveret sisyat. Kentang mmg wajib ada dalam stok didapur 😊

    ReplyDelete
  11. ye kak.. rumah kami kalau tak de kentang, memang tak sah lagi2 bulan puasa ni kan.. hee~

    ReplyDelete
  12. wah bestnya ada macam-macam resepi kentang nak buatlah nanti, stok kentang ada tapi bukan A.S. (U.S. Potatoes) nnt nak carikan kentang ni

    ReplyDelete
  13. Sedap pula tengok bergedik kentang tu hehe

    ReplyDelete
  14. cantik pai kentang tu. teringin pulak nak buat. thanks sharing resepi

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.