Cabaran PKP, Kita Hilang Punca Pendapatan

Kebelakangan ini saya sering membaca perkongsian dari kawan-kawan di laman sosial tentang nasib mereka di musim PKP ini. Ada yang dibayar separuh gaji, ada yang tidak bergaji dan paling sadis dibuang dari pekerjaan. Ini dek kerana keadaan ekonomi Malaysia yang merosot bahkan hakikatnya satu dunia mengalami ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika ini.


Banyak syarikat kecil mula lumpuh, peniaga kecil mahupun sederhana mula hilang permintaan dari pasaran dan pelbagai lagi. Dan sebenarnya kesannya sangat hebat. Ianya bukan sahaja boleh menganggu emosi bahkan boleh mendatangkan kecelaruan dalam sosio-ekonomi masyarakat.

Apa yang yang kita boleh lakukan bagi mengatasi masalah ini, antaranya seperti ( Ini adalah pendapat saya secara peribadi ya :-) )


  • Move ON
Setiap sesuatu yang terjadi kita kena 'redha'. Dengan menyalahkan pelbagai pihak tidak akan mendatangkan hasil bahkan memberi bebanan dalam fikiran. Anggaplah ianya salah satu ujian yang kecil dan kita menerimanya ketika ini. Berlapang dada dan yakin sesuatu yang baik sedang menunggu kita pada masa akan datang.

  • Jangan GIVE UP dengan dunia yang dipinjamkan sementara
Salah satu kepantangan dalam hidup orang yang berjaya adalah "putus asa" atau  "give up". Walaupun ramai yang kaitkan tidak semua orang berada didalam bot yang sama. Maknanya setiap manusia itu masalahnya berbeza-beza. Biarpun apa sahaja masalahnya yang paling penting kita jangan pernah putus asa berjuang untuk hidup dengan mencari rezeki yang halal. Walaupun sakit pada permulaannya, pasti akan ada rasa manis di penghujungnya.

  • Ambil iktibar/pengajaran - kena menyimpan
Ambil iktibar dalam setiap kejadiah tang berlaku. Buat post mortem tentang diri. Contoh : Selama ini aku ingatkan dengan bergaji sekian-sekian aku sudah cukup selesa, siapa sangka tiba-tiba semuanya di tarik dengan sekelip mata. Alangkah baiknya jika aku ada sumber pendapatan lain seperti berniaga produk XYZ, ataupun buat kerja "menulis secara sambilan" dan sebagainya. Apa sahaja yang boleh mendatangkan rezeki.

Dan tanamkan dalam diri. Setiap hasil/gaji yang kita perolehi selain daripada perbelanjaan untuk diri dan keluarga. Kena ada allocation untuk ibubapa dan zakat. Orang kata keberkatan perlu ada. Dan sebaiknya-baiknya perlu ada sedikit simpanan (ikut kemampuan). Ini sebagai persediaan untuk apa-apa sahaja keadaan darurat apabila kita perlukan duit. Jadi kita boleh elak daripada jadi seorang pemimjam.

  • Lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat
Saya juga terkesan apabila seorang rakan saya meluahkan. Sejak dibuang kerja beliau lebih suka menyendiri dan tidur. Mungkin kerana masih dalam tempoh terapi diri (pengasingan). Tapi sebenarnya saya suka nasihatkan bahawasanya masa ini berjalan sangat pantas. Satu saat kita abaikan dengan perkara yang tidak bermanfaat, kita akan rugi. Jadi lebih baik kita alihkan rasa tekanan itu melalui terapi yang menguntungkan. Contoh, berbudi pada tanah, belajar memasak hidangan baru mana tahu boleh dijadikan sebagai perniagaan. Hatta, dengan menonton cerita di TV juga boleh mengurangkan rasa tekanan, mana tahu kita rasa sedikit 'happy' dengan menonton cerita yang digemari membuatkan mood kita terus aktif nak melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup.

  • Ambil masa terluang dekatkan diri dengan tuhan dan keluarga
Apapun terapi yang paling hebat. Kita 'submit' doa banyak-banyak dengan Pencipta. Mungkin jika sebelum ini kita agak leka atau ala kadar dengan tuhan (Allah S.W.T),  dan ini adalah masanya kita tebus balik. Begitu juga dengan keluarga, jika dulu kita sibuk dengan kerja mungkin inilah masanya kita luangkan bersama mereka. Lakukan apa sahaja selagi kita masih tidak terikat dengan mana-mana komitmen tugasan lagi,.

  • Jangan duduk saja, bahkan bangkit demi diri sendiri dan keluarga tercinta

Bangkit! Teruskan cari kerja (jika masih mahu makan gaji). Biarlah 100 permohonan dihantar belum tentu diterima tapi sekurang-kurangnya kita mencuba. Pada masa yang sama kita kena kenal potensi diri, cuba lihat apa yang kita boleh lakukan untuk mendapatkan 'wang' bagi menyara kehidupan. Tapi haruslah dengan cara yang halal.

Sepertimana seorang kawan saya yang agak rapat menasihatkan saya tentang sesuatu berkaitan dengan perubahan hidup..

Akak, saya tidak pernah terfikir suami saya pergi awal dari saya dan anak-anak. Saya ambil masa juga untuk 'move on'. Saya banyak dekatkan diri dengan tuhan, baca buku motivasi dan rapat dengan orang yang baik serta positif. Dan saya selalu sangat fikir tentang masa depan anak-anak. Sebab anak-anak adalah harta saya dan suami dunia dan akhirat. Saya pula jenis tak suka bergantung atau nak minta bantuan. Sebab saya sihat dan bertenaga lagi. Pada masa yang sama saya tidak boleh keluar kerja sebab susah nak suruh orang lain uruskan anak yang ramai. Jadi saya fikir berniaga adalah jalan yang terbaik. Ligat otak saya berfikir, tentang perniagaan apa yang saya boleh buat. Lepas tu terdetik di hati saya, aku ni asyik fikir sahaja. tapi 'startnya' tidak. Saya terus jer kak berniaga produk yang saya suka dan insyaalalah boleh mendatangkan rezeki untuk anak-anak. Walaupun saya ini pemalu, tapi semuanya berubah bila kita dah dapat rentaknya. Paling penting kita kena buat dulu.

Hmmm...

Moga semuanya akan berakhir dengan baik-baik sahaja.

Keep strong gaisss
Cabaran PKP, Kita Hilang Punca Pendapatan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 11, 2020 Rating: 5

10 comments:

  1. yang saya nampak pkp ni memang banyak hikmahnya. Masa bersama keluarga lebih banyak, ada masa untuk baca Alquran, ajar sendiri anak-anak, improve skil memasak. rupanya semua boleh buat sendiri janji rajin je

    ReplyDelete
  2. yg di duga dgn ujian dibuang keje kesian sgt...tp sebelum pkp kita semestinya ada simpanan bole guna time ditimpa ujian ni..smoga yg mengalami dugaan ni tabah dan trus bangkit utk kelangsungan hidup

    ReplyDelete
  3. dugaan. kena berfikir dgn cepat.
    pkp ni semakin lama, memang akan efek certain people.
    jgn dok diam. jgn harap bantuan saje.
    sebab bantuan bukan selamanya...

    tapi tu la, kita ni yg pendapatan tak terjejas takkan rasa sukarnya mereka.
    berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya kan.

    ReplyDelete
  4. Beautiful post. Thank you for sharing this positive energy. True..... this is a hard time for all of us. Macam mana pun kena bertabah. Percaya lah semua ini ada silver linings.

    ReplyDelete
  5. semua orang memang terkesan dengan pkp. apapun pasti ada hikmah. kena sentiasa positif je

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya ada hikmah di sebalik PKP ini banyak masa boleh dimandaatkan di rumah malah alhamdullilah tarawikh pun lancar setiap malam.... jd kita harus redha dgn kehendak Allah!

    ReplyDelete
  7. Betul, PKP ni banyak perkara yang tak diduga yang boleh buat jiwa meronta. Kalau tak kuat boleh jadi macam2. Apa yang akk senaraikan semua betul, kene move on, kene dekatkan diri kepada tuhan, kene buat sesuatu aktiviti. Semuala.. Harap semua kembali pulih

    ReplyDelete
  8. Betul tu Kak Ayu... ramai juga yang terkesan dengan PKP ni... walau bagaimanapun, tindakan ini adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan demi kemaslahatan masyarakat sejagat... kita perlu bersabar dan tabah mengharunginya bersama-sama... sekiranya ada yang kesempitan, jomlah kita bantu selagi termampu... insyaAllah akan memberi sedikit kegembiraan buat mereka...

    ReplyDelete
  9. Betullah kann, kena move on untuk terus ke depan, kalau tak move on, segala apa tentang masa depan, kompom tak tercapai...moga mereka yang hadapinya terus tabah dan sabar, redha dengan ujian Allah ..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih. memang betul ramai juga kawan-kawan kita yang begini. Terima kasih di atas tips dan nasihat ini. Moga kita semua tabah dalam melalui dugaan ini

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.