Guardian Malaysia Lancar Siri Thermal Esklusif Tokidoki Yang Unik
Guardian Malaysia Lancar Siri Thermal Esklusif Tokidoki Yang Unik - Alololo comelnya tengok koleksi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki ini, hah! Kiyottt sangat :-) Memang harus kena miliki koleksi esklusif dari Guardian kali ini. Ini kerana ianya mempunyai aura kecomelannya yang tersendiri.
Untuk pengetahuan semua, pengenalan kepada koleksi terbaru ini adalah hasil daripada sambutan yang begitu cemerlang dari Siri Kembara yang pernah dilancarkan bulan Oktober tahun 2019. Di mana Siri Kembara ini merupakan hasil kolaborasi dengan tokidoki, sebuah jenama gaya hidup antarabangsa yang cukup terkenal dan menjadi ikonik.
Guardian Malaysia Melancarkan Promosi Terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki.
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Malaysia dan Singapura berkata;
Anna menambah;
Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki mengandungi beg tahan panas/sejuk, Termos Tahan Panas/Sejuk (350ml) dan Balang Makanan Tahan Panas/Sejuk (500ml).
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Malaysia dan Singapura berkata;
Kami sangat teruja untuk melancarkan promosi belian dengan belian untuk para pelanggan kami dan berdasarkan respon yang diterima daripada pelanggan untuk promosi siri kembara Guardian tokidoki yang lalu, kami percaya kolaborasi terbaru ini bakal mendapat sambutan yang lebih hangat.
Seperti yang anda ketahui, tokidoki adalah sebuah jenama yang telah mencapai tahap pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, menonjol dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Simone Legno.
Promosi ini, yang juga berlangsung sempena bulan Ramadan yang mulia, bertujuan untuk menggalakkan para pelanggan untuk makan dan minum secara sihat. Seperti kata pepatah ‘Kesihatan adalah kekayaan’, lebih-lebih lagi apabila kesihatan di seluruh dunia sentiasa terancam dengan penemuan virus-virus dan penyakit baru, kita perlu memberi perhatian lebih kepada apa yang kita makan agar kita dapat menguatkan ketahanan diri untuk melawannya.
Dengan Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki, para pelanggan boleh membawa bekal makanan dan minuman yang sihat dari rumah ke tempat kerja, atau untuk diberikan kepada yang tersayang. Untuk ibu bapa pula, mereka boleh memastikan anak-anak mendapat bekal yang sihat dan segar apabila ke sekolah dan bekas-bekas ini akan menjadikan makanan kekal hangat atau sejuk mengikut selera anda.
Termos Tahan Panas dan Balang Makanan berdinding kembar ini boleh menyimpan makanan dan minuman sejuk selama 10 hingga 12 jam atau panas untuk 8 hingga 10 jam. Rekaannya yang hebat, ceria dan terkini pasti menawan hati para pengumpul barangan terutamanya golongan milenial.
Anna menambah;
Di tahap yang lain, Guardian sangat bangga kerana dapat memainkan peranannya dalam membantu menjaga alam sekitar dengan menggalakkan pelanggan menggunakan bekas-bekas tahan panas atau sejuk ini, seterusnya secara tidak langsung mengurangkan sisa bungkusan dan plastik daripada pembelian makanan.
Korang boleh mendapatkan set tiga barangan ini pada harga istimewa RM80 setiap set dengan pembelian RM20 dan ke atas dalam satu resit termasuk barangan jenama-jenama yang mengambil bahagian atau RM40 dan ke atas dalam satu resit sekiranya tanpa jenama-jenama yang mengambil bahagian. Koleksi eksklusif ini turut boleh didapati di stor dalam talian Guardian di www.guardian.com.my dan ia akan dihantar ke rumah bersama-sama dengan pesanan barangan anda.
Oleh kerana Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah di atas dasar siapa cepat dia dapat dan bakal dijual bermula 1 Mei sehingga stok masih ada di semua stor Guardian di Malaysia.
Penaja-penaja utama promosi ini antara lain adalah Bio-essence, Garnier, Clairol Herbal Essences, Maybelline, Nanowhite dan Sunsilk manakala penaja bersama adalah Energizer, Flavettes, Libresse, L’Oreal (Hair), Shokubutsu, Scott’s dan Systema.
Penaja-penaja utama promosi ini antara lain adalah Bio-essence, Garnier, Clairol Herbal Essences, Maybelline, Nanowhite dan Sunsilk manakala penaja bersama adalah Energizer, Flavettes, Libresse, L’Oreal (Hair), Shokubutsu, Scott’s dan Systema.
Guardian Malaysia Lancar Siri Thermal Esklusif Tokidoki Yang Unik
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 03, 2020
Rating:
wahh, lawa. cute2 je semua.
ReplyDelete