Jom Berbuka Puasa Bersama Hidangan Dari Hotel Maya KL

Rindu sebenar dengan masakan dari chef hotel. Pada kebiasaan pada tahun sebelum ini, saya dan keluarga berpeluang juga berbuka di hotel sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi pada tahun ini, di bulan ramadhan kita terikat dengan tempoh PKP, pergerakan menjadi terbatas dan hanya dibenarkan berbuka di rumah sahaja.

Mujurlah Hotel Maya Kuala Lumpur ada menyediakan pakej berbuka puasa yang boleh dipek dan dibawa pulang. Lebih menarik lagi untuk tahun ini, Hotel Maya menyediakan pelbagai hidangan tradisi kegemaran Malaysia. Sajian enak melayu ini adalah hasil daripada air tangan Chef Hasbullah dan pasukannya yang pastinya dapat memberi kepuasan dan seterusnya menggamit kenangan kita terhadap kampung halaman.

Menurut Pengurus besar Hotel Maya KL;

It has been unfortunate year for all of us and to add to the misery the tradition of breaking fast in big groups with family and friends are restricted. Hence we wanted to offer a menu that is familiar, reminding them of home, especially for those who are not able to travel back to their hometown this year.

Chef Hasbullah sememangnya cukup dikenali dengan kemahiran beliau menyediakan hidangan melayu yang autentik. Untuk tahun ini ianya lebih istimewa kerana semua hidangan Warisan Malaysia yang ditawarkan merupakan kegemarannya secara peribadi. Antaranya seperti Nasi Kerabu, Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Soto Ayam dan pelbagai lagi.

Hidangan Warisan Malaysia
Terdapat 4 set ditawarkan di dalam hidangan Warisan Malaysia, antaranya seperti:-

Set A (RM18) : NASI TOMATO

Set nasi tomato ini mengandungi Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Jelatah  dan papadom. Menikmatinya memang mengingatkan saya pada ibu yang cukup gemarkan hidangan ini.

Set B (RM18) : NASI KERABU

Nasi Kerabu, keropok dan sambal budu (gambar sambal budu lupa nak ambil, huhu). Hidangan ini memang superb sedap!! Saya suka dengan sambal budu istimewa dari Chef Hasbullah. Dengan ayam 2 ketul, memang puas hati!


Set C (RM20) : NASI PUTIH, KARI IKAN TENGGIRI DAN SUP SOTO AYAM

Nasi putih bersama kari ikan tenggiri ini didatangkan juga bersama sambal belacan. Memang padu rasanya! 

Untuk hidangan Set C dan Set D akan diberikan juga dengan Soto Ayam.

Set D (RM20) : NASI PUTIH, KARI AYAM NONYA DAN SOTO AYAM

Bagi meraka yang menyukai kari ayam nyonya bolehlah menempah set hidangan ini.

Hidangan Ala Carte'
Hotel Maya sememangnya cukup terkenal dengan kehebatan rasa sajian Jepun dan Barat. Sepanjang bulan puasa ini turut ditawarkan kedua jenis hidangan ini dan kita boleh menempah secara ala carte.
Antara 'signature dish' seperti Salmon Teriyaki, 'Cantonese Ying & Yong Noodles' dan banyak lagi. Terdapat juga hidangan yang penuh khasiat seperti salad, hidangan yang bebas gluten dan sebagainya.

Antara pesanan hidangan Jepun yang telah saya tempah atas pilihan anak-anak seperti:-

Grilled Unagi With Steamed Japanese Rice

Salmon Teriyaki with Meschun Salad and Steamed Japanese Rice

Chicken Teriyaki with Meschun Salad and Steamed Japanese Rice

Miso Shiro Soup

Selain itu saya ada juga menambah hidangan ala-carte yang lain seperti Sweet and Sour Chicken Thigh Cube with Steamed White RiceCream of Muhsroom with Garlic Bread dan pelbagai lagi.

Sweet and Sour Chicken Thigh Cube with Steamed White Rice

Cream of Muhsroom with Garlic Bread 

Untuk pencuci mulut, Waffle dan juga bubur pulut hitam menjadi pilihan. Selain 2 pilihan pencuci mulut ini, Hotel Maya KL juga ada menawarkan Chinese Pancake with Lotus Paste dan juga Boiled Old Ginger Tea with Glutinous Black Sesame Balls.

Homemade Waffle Served with  Maple Syrup

Bubur Pulut Hitam


Tidak dilupakan minuman dari jus buahan sebenar  Minute-Maid Pulpy!

Memang licin semua hidangan yang kami tempah dari Hotel Maya KL. Sedap dan berbaloi. Paling penting banyak pilihan hidangan yang ditawarkan sekligus dapat memenuhi citarasa setiap ahli keluarga. Saya memang puas hati :-)

Promosi Berbuka Puasa untuk penghantaran ini ditawarkan bermula dari 5 sehingga 23 Mei 2020. Manakala menu ala-carte ditawarkan bermula 5 Mei 2020 dan seterusnya.

Tempahan boleh dibuat melalui Storehub ataupun hotelmayakl.beepit.com. *Sebanyak 10% store cashback diberikan untuk tempahan seterusnya (next order). 

Penghantaran adalah PERCUMA bagi setiap pembelian :-
Minimun RM60 pada jarak kawasan 5KM dari hotel;
Minimum RM80 pada jarak kawasan 10KM dari hotel

*Hanya tempahan hidangan dari Hotel Maya KL

Keterangan lanjut:-

Tel: 012-2828187
Email: info@hotelmaya.com.my

Jom! Kita berbuka puasa bersama hidangan dari Hotel Maya KL! 
Pasti puas hati :-)

Jom Berbuka Puasa Bersama Hidangan Dari Hotel Maya KL Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 07, 2020 Rating: 5

16 comments:

  1. musim PKP ni xyah riso kalau nk merasa hidangan kt hotel sbb bole delivery kn...tk pernah mkn unagi

    ReplyDelete
  2. Haperrr, siap dengan kambing golek>? alahaii rindunya nak makan buffet nengok menu=menu Ayu ni..banyak pilihan dan nampak sedap semuanya...

    ReplyDelete
  3. best2. pilihan menu pun banyak. pkp bulan puasa ni meriah betul, dapat je rasa makanan dari hotel. thanks sharing

    ReplyDelete
  4. Dah kenapa aku terasa nak makan lagi ni bila tengok menu Hotel Maya nie? Tapi adakah dia nak hantar pesanan sampai ke Bangi?

    ReplyDelete
  5. Wahhh banyaknya menu berbuka dia hehehe bestnya dapat makan sedap-sedap dari hotel Maya lak tu hehehe hotel ni memang popular wakakaka. Kita pernah makan sekali jer kat hotel ni Japanese food memang ada restoran khas kat hotel ni sekarang dan ada delivery lak hehehe....

    ReplyDelete
  6. Wah... Menarik laa menu menu yang ditawarkan oleh Hotel Maya. Semua sesedap menyelerakan! Teringin nak cutinmasak dan order jer juadah buka puasa dari Hotel Maya

    ReplyDelete
  7. Bahagia kan dapat makan hidangan hotel walau di rumah. Lagi selesa kat rumah dpt makan bersama keluarga. Sedapnya lahai tgok menu2 dia

    ReplyDelete
  8. macam-macam jenis makanan yang kita boleh order ye. makan makanan hotel tapi dekat rumah, perghhh heavennya.

    ReplyDelete
  9. Looks yummy. Saya pun nak try. Nampak mewah

    ReplyDelete
  10. bila aura hotel di bawak balik rumah, tak ke ohsem tu?
    menarik sgt. mcm2 plak lauk pauk yg di order :)
    best Maya Hotel.

    ReplyDelete
  11. I nyesal makan Unagi tuh... Bukannya tak sedap... tapi 1/2 way makan dah ingat benda lain LOL

    ReplyDelete
  12. Menarik ye makanan - makanan dia. Lagi pula nampak nasi kerabu tu, lamanya tak makan nasi kerabu. nanti nak g carilah, hehe

    ReplyDelete
  13. Sedapnya tengok makanan2 hotel cmni.. Macam2 ade ye. Rasa macam nak makan semua yg ada haha... Pakkal jauh kalau x boleh order..

    ReplyDelete
  14. semua nampak menyelerakan. hehehe. saya nak order ngan maya hotel lah nanti. dekat je. hehehe

    ReplyDelete
  15. Menyelerakan betul semua menu-menu yang diorang tawarkan ya kak. mesti sedap sangat tu. kalau dekat boleh cuba dah.

    ReplyDelete
  16. fuh.. memang buat air liur meleleh je tengok gambar-gambar menu diatas.. sekarang ni main order je dah sampai ke rumah kan.. agak-agak lepas pkp ada macam ni lagi tak? hee

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.