PLATS e-Kitchen | Bazaar Ramadhan Secara Atas Talian Memudahkan Pembelian Hidangan Berbuka Puasa


Tidak dinafikan antara yang dirindui setiap kali ketika berbuka puasa adalah hidangan daripada bazaar ramadhan. Di mana kita boleh mencuba pelbagai masakan yang ditawarkan oleh peniaga terutama kuih muih tradisional yang sememangnya menjadi kegemaran masyarakat setempat.



Kuih muih seperti tepung pelita, kuih lapis, kuih onde-onde dan pelbagai kuih tradisi seperti ini sememangnya mendapat permintaan tinggi terutamanya di musim bulan ramadhan. Saya sendiri jika teringin ingin merasa kuih-muih ini saya akan pergi mencarinya di bazaar. Banyak pilihan! Jadinya kita boleh pilih pelbagai jenis tanpa perlu dalam kuantiti banyak untuk sama-sama rasa bersama keluarga. 

Begitu juga dengan murtabak. Antara juadah yang harus dinikmati ketika berbuka puasa.

Begitu juga ABC yang sememangnya cukup istimewa, menyejukkan tekak pastinya.

Nasi ayam penyet yang membuka selera. Dan pelbagai lagi hidangan yang menarik boleh didapati di sini :-)

Namun untuk bulan ramadhan tahun ini kita terikat dengan perintah kawalan PKP yang mana kita digalakkan sentiasa berada di rumah. Selain itu kita juga perlu mematuhi garis panduan seperti penjarakkan sosial (distancing sosial), memakai 'mask', jaga kebersihan diri dan pelbagai lagi.

Jadi alternatifnya saya telah membuat tempahan dan pembelian menerusi laman web Plats e-kitchen . Memang mudah, cepat dan efisien. Walaubagaimanapun PLATS e-kitchen ini adalah untuk mereka yang hendak membuat pesanan pembelian di negeri Selangor sahaja.

Sehingga 30 April 2020, PLATS sudah mula beroperasi di kawasan seperti Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan juga Ampang. Dijangkakan untuk masa terdekat akan ada 6 lokasi lagi dan ianya bakal diumumkan oleh PLATS.


Cara Membuat Pesanan dari PLATS e-Kitchen
Korang mesti tertanya-tanya.

Eh, macam mana nak order ya?..
Pukul berapa last kita boleh order...
Siapa yang akan hantar?..



Kaedahnya mudah sahaja:-


1. Pergi ke laman web PLATS 👉https://www.plats.com.my.


2. Pilih kawasan e-bazaar yang berdekatan. Sebab saya tinggal di Shah Alam, jadi saya telah memilih e- bazaar Seksyen 14 Shah Alam.
3. Pilih menu hidangan yang dikehendaki. Ada banyak betul pilihan yang ditawarkan.

4. Buat pilihan menu yang dikehendaki

5. Buat permiintaan penghantaran

6. Masukkan maklumat penghantaran

7. Seterusnya membuat pembayaran

8. Hidangan juadah berbuka yang dibeli akan dihantar oleh pihak penghantaran yang dilantik oleh e-bazaar.


Oh ya! Pesanan hanya bermula dari 9.00 pagi hingga ke 4.00 petang. Manakala penghantaran akan bermula dari jam 3.30 petang hingga 7.00 malam. Setiap pesanan tempahan ini akan dihantar oleh rakan penghantaran PLATS seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan juga MatDespatch. Penghantaran mengikut lokasi yang tertera didalam laman web.


Konsep PLATS e-Kitchen
Sebenarnya fungsi e-Kitchen adalah sebagai platform bagi pengumpulan pesanan tempahan sahaja. Di mana tidak akan ada sebarang aktiviti memasak akan dijalankan melalui platform ini. Berbeza dengan bazaar ramadhan sebelum PKP (tahun-tahun lepas) akan ada gerai yang memasak di kawasan bazaar. 


Pembelian secara terus (walk in) juga tidak akan diadakan. Ini kerana e-kitchen juga perlu mematuhi  jarak sosial yang telah ditetapkan kerajaan dan amalan kebersihan yang ketat.
Bukan itu sahaja, peniaga juga perlu mendapat suntikan pelalian tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Memang tidak dinafikan pihak MBI memang mengambil berat terutama dalam isu melibatkan kebersihan dan kesihatan.



Antara Menu Yang Ditawarkan di PLATS e-Kitchen
Kita boleh lihat kepelbagaian hidangan yang ditawarkan mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. Antara hidangan yang boleh kita dapatkan adalah seperti murtabak, nasi dagang, roti john, bubur cha-cha, roti jala dan banyak lagi. Kebanyakan menu yang ditawarkan adalah makanan serta minuman yang cukup popular di bazaar ramadhan, ini mencakupi hidangan tradisi mahupun moden.


Katalah saya berada di kawasan Shah Alam. Saya akan lihat apakah juadah yang ditawarkan di kawasan ini melalui info yang dikongsikan di laman web PLATS e-Kitchen. Begitu juga mereka tinggal di kawasan lain seperti Ampang, Bandar Utama, BAngi, Salak Tinggi dan juga Semnyih.








Apa itu PLATS?
PLATS adalah singkatan kepada Platform Selangor. Untuk pengetahuan semua PLATS adalah platform e-bazar yang telah diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor. Ianya merupakan satu inisiatif kerajaan negeri dalam membantu peniaga bazaar Ramadan yang tidak dapat menjalankan aktiviti berniaga di kawasan terbuka ekoran penutupan bazaar Ramadan di seluruh Malaysia pada tahun ini disebabkan kesan daripada pandemic COVID-19. Secara tidak langsung membuka peluang kepada peniaga kecil untuk mencari sumber pendapatan.

Memahami dengan kehendak masyarakat dengan situasi sekarang, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) salah sebuah badan korporat yang ditubuhkan untuk mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri telah melancarkan PLATS. Dan projek PLATS ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial MBI dalam membantu kegiatan ekonomi negeri terutama dalam mempromosi peniaga-peniaga kecil.


Kesimpulan
PLATS adalah satu inisiatif kerajaan negeri dalam membantu peniaga bazaar Ramadan yang tidak dapat menjalankan aktiviti berniaga di kawasan terbuka ekoran penutupan bazaar Ramadan di seluruh Malaysia pada tahun ini. Ini sekaligus melalui  PLATS, dapat memberi manfaat langsung kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan. Rentetan daripada itu, ianya juga memberi peluang buat masyarakat setempat untuk mendapatkan juadah berbuka puasa sepertimana yang ada ditawarkan di bazaar ramadhan pada tahun-tahun sebelum ini.

Jangan lupa untuk layari https://www.plats.com.my/ dan dapatkan juadah berbuka untuk keluarga!

PLATS e-Kitchen | Bazaar Ramadhan Secara Atas Talian Memudahkan Pembelian Hidangan Berbuka Puasa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 04, 2020 Rating: 5

10 comments:

  1. Woah... Ampang dah ada... Mmg lepas ni kita order jela kalau teringin!

    ReplyDelete
  2. pasti rmi rindu bazar ramadhan tp apakan daya thn ni tkde spt thn2 sudah...tp ada alternatif lain org rmi bole beli thru online kn..tq share website PLATS e-kitchen..mcm2 menu leh order tu

    ReplyDelete
  3. Warga Bangi....saya saya saya. So far kan Ayu, I banyak masak dari membeli. Agak2 bosan nanti boleh la i beli pulak.

    ReplyDelete
  4. Semua nampak seda- menu yang di tawarkan, mudah kerja hanya hujung jari aje, tau-tau sampai dah depan pintu kan...kalau ada kat Johor ni, Sis ko order berulang dah hahahaha

    ReplyDelete
  5. ingatkan takda bazar dah suram je ramadhan. rupanya e-bazar lagi meriah. macam2 adaa

    ReplyDelete
  6. Baru check tadi. Haha tapi terlambat sbb pkl 4 tak leh view sangat dah sbb store tutup. Kalau depa ada sistem pre-order advance pun helok jugak. Nasib ada kat Shah Alam dekat~

    ReplyDelete
  7. molek la ni. sebab lembah klang susah nak berjalan beli brg, kan.
    sana masih PKP, kan. ada nyer cara ni, mudah la nak ada juadah berbuka.
    satu insiatif yg bagus.

    ReplyDelete
  8. Wow senang mudah & terjamin lah! Thanks for sharing kak mmg petang ni jugak lah menyopping juadah berbuka puasa!

    ReplyDelete
  9. memang mudah je sekarang. tak perlu susah2 keluar rumah. klik2 je bayar dan order sampai

    ReplyDelete
  10. sekarang ni semua di hujung jari kan sis. nak berbuka puasa order sahaj makan yang kita nak melalui PLATS e-kitchen. order dan tunggu sampai depan rumah sahaja

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.