Anzo Holdings Terus Mencatat Dagangan Tertinggi

Dagangan sekuriti Anzo Holdings Bhd telah ditangguhkan atas permintaan syarikat tersebut mulai 4.22 petang hari ini. Sementara menunggu pengumuman tiada ada perincian yang diberikan dari pihak Anzo mengenai penggantungan tersebut.

Namun dari sumber berdekatan ini adalah salah satu strategi Anzo. Sepertimana yang diketahui Anzo kini sememangnya secara aktif untuk mempelbagaikan perniagaannya bagi meningkatkan aliran pendapatan dan pendapatannya walaupun berlakunya pandemik Covid-19.

Untuk pengetahuan semua, Anzo Holdings Berhad telah menyiarkan keuntungan sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang mana ianya berakhir pada 30 April 2020 baru-baru ini. Menurut Anzo pada suku tahun tersebut dikatakan pendapatan sebanyak RM7.5 juta (2019: nil) berjaya diperolehi dari sektor perdagangan melalui industri pembinaan

Bahagian perkayuan hanya mampu memperolehi RM900,000 (2019: RM1.5 juta) sepanjang tempoh PKP. Namun ianya tidak membimbangkan kerana keadaan operasi yang semakin baik dan Anzo Holdings Berhad hanya mengalami kerugian sebanyak RM2,000 sebelum cukai daripada nilaian RM1.03 juta berbanding pada suku tahun lepas. 

Ini sejajar dengan hasil dari perniagaan perdagangan yang bertambah baik menjadikan pendapatan dan keuntungan kasar syarikat masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta. Manakala hasil kerugian sebelum cukai juga dapat dikurangkan daripada RM2.7 juta pada tahun 2019 kepada RM1.39 juta pada 2020. Dari sumber yang dipercayai Anzo dijangkakan akan terus menjana keuntungan lebih baik pada suku keempat yang berakhir 31 July 2020.
Untuk pengetahuan semua, urusniaga ditutup pada harga 2 sen atau 15.38 peratus lebih tinggi pada hari ini. Dengan harga 15 sen meningkatkan pasaran modal kepada RM132.78 juta. Secara tidak langsung menjadikan ini urusniaga yang ketujuh tertinggi dalam urusniaga saham tempatan. Sebanyak 90.1 juta saham diniagakan sebelum penggantungan dan penutupan pada harga 15 sen, sekaligus menjadikan urusniaga tertinggi buat Anzo dalam tempoh tiga tahun. Untuk rekod saham Anzo diniagakan hanya sekitar 40 hingga 50 pada April 2017.

Pada 22 Jun, Anzo Holdings Berhad turut mengesahkan beberapa pelabur asing telah memperolehi kepentingan di dalam syarikat tersebut dalam satu kenyataannya kepada pihak Bursa Malaysia.
Anzo Holdings Terus Mencatat Dagangan Tertinggi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 23, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.