AT Systematization Bhd (ATS) Terus Mengorak Langkah Sebagai Pengeluar Sarung Tangan Terbesar di Peringkat Global

AT Systematization Bhd (ATS) telah menandatangani Letter of Intent (LoI) bersama wakil pemegang saham Pearl Glove, Mr. Aaron Khoo Teng Soon, bagi mendapatkan Pearl Glove (Malaysia) Sdn Bhd (Pearl Glove), dengan jumlah yang tidak didedahkan, tertakluk kepada kewajaran, peraturan dan persetujuan pemegang saham.

Pearl Glove ditubuhkan pada tahun 2008 merupakan syarikat perintis sarung tangan Malaysia terletaknya di Sungai Petani, Kedah yang terlibat dalam perancangan, pengembangan dan pengeluaran industri sarung tangan. Keistimewaannya produk OEM dan ODM yang dikeluarkan sememangnya dipercayai berkualiti dan reka bentuk serta prosedur pembuatan adalah mesra alam.

Pearl Glove dijangkakan juga akan menghasilkan 500 million unit sarung tangan dalam tempoh setahun di kilang mereka di Kedah dengan kontrak bernilai RM100 million. Ini berikutan dengan permintaan produk sarung tangan dari seluruh dunia yang cukup tinggi disebabkan oleh pandemik Covid 19.


Global Market Insights juga telah melaporkan bahawa sarung tangan keselamatan industri sahaja merangkumi pasaran global sebanyak USD5 billion dan dikatakan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) tujuh peratus (7%) sehingga tahun 2025 yang mana ketika aspek kesihatan dan keselamatan pekerja dititikberatkan dalam usaha pencegahan serta sebagai langkah perlindungan.

ATS yang sememangnya juga menjangkakan permintaan sarung tangan akan semakin meningkat dan dan bakal menyuntik modal bagi mendapatkan kepakaran dalam pembuatan sarung tangan yang melibatkan pemeriksaan perubatan nitril.

Komentar terbaru daripada Bloomberg menjangkakan Malaysia akan mengeluarkan lebih dari 240 billion unit sarung tangan pada tahun ini atas permintaan yang mendadak. Seterusnya mendorong pengeluaran ke kapasiti maksimum hingga pertengahan tahun 2021. Peningkatannya sememang ketara jika dibandingkan hanya 182 billion unit sarung tangan pada tahun 2019. Permintaan penghantaran tempahan dapat dilihat daripada hanya dari 30 hari kini menjadi 150 hari dan permintaannya masih berterusan tanpa henti.
Pandemik virus global ini penyebarannya sangat pantas. Nah! Tidak hairanhlan kenapa sarung tangan sangat diperlukan sebagai perlindungan keselamatan para 'frontliner' dan mereka yang telibat dalam bidang perubatan. Pandemik ini dijangkakan bakal ada gelombang kedua ketika musim sejuk melanda hemisfera utara.

ATS merasakan bahawa dengan melabur dalam syarikat sarung tangan dan mengadaptasikan penggunaan mesin dan kepakaran terbaru, mereka kini sedang bersiap sedia untuk memenuhi permintaan berterusan produk sarung tangan sehingga menjelang akhir tahun 2020. Jika berlakunya kenaikan permintaan secara konsisten, ATS pastinya akan bersedia menjadi pengeluar OEM dengan membuat pelaburan dalam R&D. Secara tidak langsung ini dapat mengembangkan jenama dan produk mereka sendiri.

Untuk info, Malaysia terlibat secara tidak langsung sebanyak 67% perniagaan sarung tangan di pasaran global, sekaligus pemerolehan ini akan menjadikan ATS sebagai penyumbang kepada permintaan sarung tangan dan membawa syarikat ini ke tahap yang baru.

Ahli Lembaga Pengarah ATS sememangnya yakin ini adalah langkah ke hadapan yang tepat dan dapat memberi manfaat kepada pemegang saham yang setia sekian lama.



AT Systematization Bhd (ATS) Terus Mengorak Langkah Sebagai Pengeluar Sarung Tangan Terbesar di Peringkat Global Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 10, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.