Pra-Pelancaran Projek G.I.L.A Bersempena Meraikan Ulang Tahun 40 Tahun Lefthanded Di Dalam Industri Seni Malaysia

Punyai aura yang masih kuat dalam arena muzik rock tanahair, siapa lagi jika bukan kumpulan Lefthanded yang cukup terkenal di dalam era muzik rock tahun 80-an sehingga awal 90-an. Punyai identiti tersendiri dari segi bunyi dan gaya muzik menjadikan lagu-lagu dari lefthanded tetap malar segar (evergreen) sehingga kini. Lagu-lagu seperti  Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi, Ku Di Halaman Rindu, Tiada Lagi Kidungmu, Kenangan Bersamamu, Lagenda Cinta dan Debunga Wangi  antara lagu hits mereka yang masih diingati sehingga sekarang.

Lefthanded Tetap Di Hati

Lefthanded yang terdiri daripada 2 lagenda gitar hero yang cukup ikonik di Malaysia iaitu Man Keedal dan Samad yang boleh menghasilkan pelbagai riff gitar yang hebat, digabung bersama lantunan bassline solid daripada Yan, begitu juga dram snare Man Dayak yang pantas dan padu, begitu sempurna dengan kehadiran Nash pemilik suara husky melejit. Nah! Keunikan suaranya sentiasa menjadi kumpulan Lefthanded cukup dikenali sehingga kini apatah gabungan muzik yang hebat sentiasa menjadi inpirasi pemuzik baru tanahair.

Projek G.I.L.A
Bersempena 40 tahun penglibatan Lefthanded dalam industri tanahir, kini Lefthanded bakal terlibat dalam satu projek yang sangat dinantikan oleh masyarakat Malaysia iaitu Projek G.I.L.A. Di mana G.I.L.A adalah diringkaskan daripada perkataan Gerakan Ilmu Laksana Agenda. 
Projek ini juga dijalankan secara usahasama bersama syarikat produk kecantikan iaitu Herb Lab dan E-Green Entrepeneur. Di mana satu konsert jelajah akan diadakan di 10 buah lokasi sebaik sahaja apabila pihak Kerajaan mengumumkan berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Dengan tema HIDUP dan PERJUANGAN yang mana merupakan salah sebuah lagu yang diangkat daripada album studio Lefthanded yang berjudul Qabul. Ironinya jika dilihat pada Projek G.I.L.A yang bakal dianjurkan ini juga adalah satu tanda penghargaan buat peminat dan penyokong Lefthanded yang selama ini begitu setia dan banyak berjasa dalam menyokong kerjaya muzik Lefthanded dari awal kemunculan mereka.

Menurut vokalis utama Lefthanded Dato' Nash,


Atas usaha Man Keedal dan saya juga, kami dapat meneruskan kesinambungan Lefthanded 2020 apabila bergabung dengan beberapa pemuzik muda termasuklah anak arwah Man Dayak iaitu Hafiz, Ritz Metalasia serta mereka yang bertauliah dalam bidang muzik.

Tiada apa lagi yang ingin kami lakukan dalam Projek G.I.L.A ini selain daripada memberikan manfaat kepada fans Lefthanded sendiri. Jujur saya amat bangga dengan diri saya sendiri kerana selama penglibatan bersama Lefthanded ia juga semakin mematangkan saya dalam membawakan muzik Lefthanded.

 Apa yang ditekankan oleh Dato' Nash bahawa selama tempoh 40 tahun mereka berada di dalam industri ini bukanlah satu tempoh yang sia-sia buat Lefthanded dan juga peminat (fans) mereka. Bahkan Projek G.I.L.A ini juga amat simbolik buat Man Keedal dan Nash. Ini kerana ianya bakal mendedahkan perjalanan seni termasuklah bagaimana jatuh bangun serta pahit getir 40 tahun Lefthanded hidup dan berjuang dalam industri tanah air.
Nash dan Man Keedal juga akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang hidup mereka menjadi artis syarikat rakaman, penglibatan mereka dalam kerja-kerja menghasilkan muzik, sound check dan segala usaha mereka untuk menjadi band muzik rock tanah air yang hebat dan dikenali.

Kenyataan ini juga disambut oleh Man Keedal yang menyatakan bahawa Projek G.I.L.A ini juga akan mendedahkan segalanya tentang Lefthanded esklusif khas untuk pemniat mereka.

Inilah sumbangan yang ingin kami berikan buat fans kami kerana berjayanya Lefthanded sehingga ke tahap ini adalah kerana fans kami. Ini juga adalah suatu usaha yang dilakukan untuk kami memberikan sumbangan kami sendiri terhadap industri muzik tanah air.

 MoU Perjanjian Antara Rakan Sekerja Antarabangsa dan Tempatan

Seperti yang diwar-warkan Projek G.I.L.A ini juga mendapat sokongan daripada pihak syarikat antarabangsa mahupun tempatan.



Antara VIP yang hadir untuk majlis perjajian memorandum persefahaman ini termasuklah  YBhg Dato' Sheikh Jamal (untuk Hub di Pakistan dan Gulf Corporation Council - Middle East), M.S Margin Consultancy untuk Hub Filipina, Mohd Husairi Huzaidi (E-Green Ketua di Bahagian Cawangan Kelantan), YBhg Dato' Paduka Haszeli Haji Abdul Halim (Regional Distributor Malaysia), Mohd Norizlan Izham (Regional Distributor Malaysia) dan Miss Charmaine Oon (Regional Distributor Malaysia).

Antara VIP yang hadir untuk majlis MoU

Jom Sokong Projek G.I.L.A

Bagi menyemarakkan industri muzik tanah air, jom sama-sama kita sokong Projek G.I.L.A Lefthanded sebagai tanda terima kasih atas kehadiran kumpulan ini dalam mewarnai muzik rock yang menjadi lagenda satu masa dulu. Dengan pembelian tiket konsert pada harga yang cukup menarik, pakej sekali dengan diberikan produk kecantikan Herb Lab sememangnya sangat berbaloi dan berpatutan.

Selain itu, pelbagai ganjaran menanti korang dalam bentuk cabutan bertuah. Hadiah utama seperti kereta dan pelbagai lagi. Memang menarik!

Jadi, masihkah korang ingat dengan bait-bait lirik ini..

Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu
Menjelma seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya
Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa
Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Gitu mudah membenci
Ku di halaman rindu
Hanya berteman bunga yang layu..

.....


We rock you!!!
Jom sokong Lefthanded,
Menghargai 40 tahun perjalanan mereka dalam industri tanah air!

Pra-Pelancaran Projek G.I.L.A Bersempena Meraikan Ulang Tahun 40 Tahun Lefthanded Di Dalam Industri Seni Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 23, 2020 Rating: 5

10 comments:

  1. Wow...betul legend lagu ni . Banyak sungguh memori membesar dengan lagu-lagu lama ni . Semoga Lefthanded terus sukses di masa yang mendatang . Tertarik pulak nak try krim kecantikan Herb Lab

    ReplyDelete
  2. Wow!!!!!! Four decades dah kumpulan Lefthanded. Tahniah. Semoga konsert Ini berjln lancar.

    ReplyDelete
  3. Memang GILA projek GILA ni... hehehehe... memang evergreen, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas lagu-lagu kumpulan Lefthanded ni... dah 4 dekad tu, perghhhh, sebelum saya lahir dah ada dah... power sehhhh, bertahan sehingga ke hari ini... semoga Lefthanded terus maju-jaya...

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak tsngok persembahan Lefthanded. Suka lagu2 nyanyian Dato Nash...bila mrk buat pc ni ek?

    ReplyDelete
  5. Sis dah lama sokong kumpulan ni. Suka lagu2 dia. Beeuntung le dpt tgok diorg buat show

    ReplyDelete
  6. tua dah nash ni. tapi suara masih macam dulu lagi. nama projek pun, extreme sungguh. dipanggilnya gila. hahaha

    ReplyDelete
  7. Sedar tak sedar dh 40 tahun jugak kan lefthanded. Masih segar dalam ingatan ni abang nash man kidal. Masa utk kumpul fans3 lama ni

    ReplyDelete
  8. Bestnye jumpa legenda rock. Sampai sekarang lagu diorang diminati. Semoga projek ini berjalan dengan jayanya

    ReplyDelete
  9. Ku di halam rinduuu...hanya bertemannnn bunga yang layuuuu....
    Eh over plakkkk...hehehehe steady ar, otai lama tetap berbisa...
    Moga semuanya berjalan lancar...

    ReplyDelete
  10. tak sangka dh 40 tahun. memang membesar dgn lagu2 kumpulan ni. semoga mampu bertahan selama 40 tahun lagi

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.