Rasai Pengalaman Nikmati Hidangan Gaya Terbaru Di Hotel Maya Kuala Lumpur
Rasai Pengalaman Nikmati Hidangan Gaya Terbaru Di Hotel Maya Kuala Lumpur- Memang seronok apabila dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan. Biarpun hanya sekejap sahaja demi tugasan, namun sempat juga berborak sakan sambil menikmati pelbagai jenis hidangan. Satu momen yang harus dirakamkan apatah lagi di lokasi yang mempunyai dekorasi yang cukup indah dengan pengcahayaan yang mewah.
Yerp! Setelah 2 bulan Hotel Maya Kuala Lumpur menutup operasinya, kini ianya kembali beroperasi tetapi mengikut segala garis panduan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Pelbagai menu baru telah diperkenalkan dan paling unik dalam menikmati hidangan di sini, pelanggan perlulah mengikuti penjarakkan sosial (distancing social). Untuk satu meja hanya 2 orang sahaja dibenarkan.
Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis dan hidangan signature Jepun dan Kantonis di Restoran Still Waters (sepanjang hari), Maya Brasserie dan Ramah Tamah. Harga yang ditawarkan semua adalah berpatutan dan korang berpeluang dapat merasai sendiri hidangan etnik yang menjadi kegemaran.
Varian hidangan menu yang ditawarkan samada masakan tempatan, barat, Jepun dan pelbagai lagi. Terdapat juga set menu yang diperuntukkan untuk 2 orang makan dan lebih. Set menu ini termasuklah hidangan utama, appetizer dan pencuci mulut.
Terdapat 3 set menu yang boleh dipilih yang bermula daripada harga RM60 untuk 2 orang. Dan tambahan RM20 dikenakan untuk setiap penambahan orang.
Antara item yang terdapat dalam set menu seperti:-
- Japanese Breaded Tiger Prawns
- Stewed Australian Ribeye with Miso Paste
- Braised Hot & Sour Szechuan Soup
- Braised Duck with Ginger and fresh Shitake Mushroom
- Creamy Chicken with Curry Leaves and Homemade Spicy Dried Shrimp Sauce
- Deep Fried Spicy Seabass Fillet with Homemade Plum Sauce
- Shredded Young Mango and Supreme Spicy Soya Sauce Tiger Prawns
- dan pelbagai lagi.
Untuk pencuci mulut, antara hidangan yang ditawarkan seperti:-
- Chilled Sea coconut with longan and Lemon Syrup
- Double Boiled dried Pear with Chrysanthemum
- Sea Bird's Nest, White Fungus and Dried Longan
Selain hidangan set, terdapat juga hidangan ala-carte yang boleh dicuba. Harga adalah daripada RM8 ke atas. Antaranya seperti;
Nasi Tomato with Ayam MAsak Merah. Set yang didatangkan denagn ayam masak merah, acar, sambal dan papadom ini memang sedap. Masakan melayu yang bukan sahaja popular ketika musim perayaan bahkan di hari biasa juga ramai yang suka menikmatinya.
Olive Vegetable Fried Rice. Nasi gorenng pun ada ya! Dan ianya digorengkan dengan menggunakan minyak zaitun.
Work Fried Shell-less Tiger Brawns with Butter and Golden Oat. Hidangan ini memang sedap. Udang yang agak besar juga saiznya di goreng ranggup dengan rasa lemak mentega dan juga disaluti dengan keranggupan oats. Makan dengan nasi lagi sedap! Hehehe.
Selain itu terdapat juga hidangan lain seperti;-
Hidangan sayuran.
Japanese Gyoza with Shrimp & Chicken
Kuih muih tradisi dan buahan.
Kawasan untuk menikmati hidangan di Hotel Maya memang luas dan selesa. Memang sangat praktikal untuk kita datang menikmati hidangan di sini dan pada yang sama mengamalkan SOP yang ditetapkan iaitu penjarakkan sosial.
Dine ini hanya dibuka pada hari bekerja sahaja (kecuali Cuti Umum) bermula dari jam 11 pagi sehinggan 8 malam (order terakhir adalah jam 7 malam).
Selain daripada menikmati hidangan di sini, pihak Hotel Maya juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Ini bermakna kita boleh menikmati hidangan hotel di mana sahaja samada di rumah mahupun pejabat.
Korang boleh hubungi hotelmayakl.beepit.com untuk tempahan. Caj penghantaran dalah PERCUMA dengan minimum perbelanjaan RM60 didalam jarak 5KM dan minimum RM80 untuk jarak sehingga RM10KM. Bukan itu sahaja korang juga boleh nikmati cashback 10% untuk tempahan kedua. Tempahan dan penghantaran adalah dari jam 11 pagi sehingga 8 malam.
Anak-anak saya pula memang sangat suka sandwich dan waffle di sini. Homemade waffle dengan pelbagai jenis topping yang ditawarkan pada harga RM10 sahaja. Hotel Maya juga ada memperkenalkan Maya Elite Privilege sata program cash voucher yang membolehkan pengunjung mendapatkan pra-pembelian cash voucher samada RM50 dan RM100. Di mana cash voucher ini boleh digunakan untuk masa akan datang bagi tempahan spa, bilik dan juga hidangan di sini. Penggunaan cash voucher juga melayakkan kita untuk menerima tambahan 30% diskaun. Oh ya! Penggunaan cash voucher adalah sah tempoh lakunya sehingga 18 bulan bermula dari tarikh pembelian.
Untuk keterangan lanjut mengenai Maya Elite Privileges boleh hubungi christy.woon@hotelmaya.com.my atau hubungi di talian +6012-2849813.
Saya sudah nikmati hidangan di sini, so anda bila lagi? Hiks.
Rasai Pengalaman Nikmati Hidangan Gaya Terbaru Di Hotel Maya Kuala Lumpur
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 17, 2020
Rating:
Mak oih nampak sedap sangat sangat semuanya. Pelbagai jenis makanan pun ada. Terbaiklah hotel Maya. Untung u all dapat try.
ReplyDeleteYa Allah sedapnya hidangan.. Bes sangat nampak nasi kerabu tu
ReplyDeleteRindunya nak makan-makan gak dengan kawan-kawan...bestkannn...
ReplyDeleteMata terpukau dan terliur dengan Szechuan Soup tu haaa, sedapnyaaa lahaii...
Sedapnyaaaa! Nasi kerabu tu paling win okay! Favorite sangat nasi kerabu tu..
ReplyDeleteWah ade macam2 varian makanna ye.. Barat, jepun, melayu.. Pergh. Sedp ni lepak sini.
ReplyDeleteWow bestnya dpt makan2 dgn kawan2.. Sedapnya makanan dihidang. Tgk salted egg pun mengliurkan
ReplyDeleteWaahh ada waffle juga ke? Seronoknya... saya pun peminat waffle. Hehehe... Cantik juga ye tempat ni... seronok makan kat situ.
ReplyDeletebestnya, pernah juga datang sini, jumpa a friend of my. memang selesa juga
ReplyDelete