Raya 2020 Dalam Kenangan

Alhamdulillah. Tahun 2020 biarpun di musim PKP, kami adik beradik masih berpeluang untuk beraya sama. Kebetulan mak dan adik-adik tinggal dalam negeri yang sama, jadi tak ada isu rentas negeri dan sebagainya.

Dan tahun ini biarpun dalam tempoh PKP,  persiapan memang ala kadar tapi sempat juga kami rancang sama-sama untuk masak juadah raya. Seperti biasa kalau menu kami akan bincang dan rancang untuk mengelakkan pembaziran selain daripada memastikan semua hidangan yang disediakan dapat memenuhi citarasa ahli keluarga masing-masing.

Tahun ini juga pertama kalinya saya tidak beria dalam menyediakan baju raya untuk keluarga. Kebanyakan baju adalah ditaja samada pemberian mak, my adiks dan juga butik dari job yang saya dapat sebelum PKP. So memang jimat banyak di situ,

Malam raya saya dan anak-anak tudur di rumah mak. Kebetulan Mak Biq dan Uncle Pary datang, so melenjan depa main bunga api malam tu. Saya pula mula sibuk memasak rendang dan sebagainya. Pagi-pagi raya selesai bersihkan diri, sarapan pagi ala-kadar, kami semua berkumpul dan solat raya bersama. Solat raya kali ini diimamkan oleh Pary my adik ipar.

Seronok! Sebab pertama kali solat raya secara berjemaah di rumah beramai-ramai.

Ini menu pertama di pagi raya. Ekceli masa Mak Sha datang memang terus penuh meja dengan pelbagai jenis kek dah rendang dari mak mertua Ecah yang duk Kajang. Ini antara hidangan yang saya sediakan, tapi taklah semua ada juga dari Mak Biq. Antaranya seperti rendang ayam, nasi arab, kuah kacang, rendang daging, daging dendeng, ketupat palas, lemang segera, ...ehh dan banyak lagi, hahaha.

Janji kenyang dan habis semuanya :-)

Raya ini bertambah meriah, bila kita dapat makan bersama-sama satu keluarga. Berapa kali menambah pun tetap berselera.

Sesi bermaafan dan pemberian duit raya. Dari mood sedih jadi kelakar perginya. Saling usik-mengusik di pagi raya menceriakan suasana.






Walau beraya sesama kita jer, anak-anak pulun juga dapat duit raya, hahahahaha

Sempat juga celebrate birthday Amani di pagi raya. Sambut awal. Kebetulan kazen, adik beradik, pakcik makcik semua ada. So, terasa juga kemeriahannya.

Best friend ni! Yara dan Adel. Gaduh berdua pun sama kuat jugak, hahah. Selalu yang tukang lerai, nenek depalaa...

Acara wajib setiap kali jumpa adalah BBQ. Kali ini sate dan daging perap ditaja oleh Mak Sha. Memang sedap giler daging kambing perap tu. Berjus!

Kalau raya memang kena acara main bunga api. Ianya lebih kepada kegembiraan buat anak-anak sebenarnya.





Dan sempat juga Uncle Pary buat servis gunting rambut. Beratur anak buah sebab nak guna perkhidmatan gunting rambut secara percuma, hahahaha.

Apapun Raya tahun 2020, memang best! Biarpun tak ada upacara ziarah keluarga lain tetapi ianya tetap meriah. Moga kita ketemu lagi di raya tahun depan :-)

Psst: Tak raya pun kitaorang selalu juga buat gathering adik-beradik, cuma selalu plan tak jadi and yang jadiknya bila last minute plan, hahahaha.

Raya 2020 Dalam Kenangan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 01, 2020 Rating: 5

17 comments:

  1. hikmah pkp ni mengajar kita untuk bersederhana. walaupun bersederhana still meriah juga kan. selamat hari raya!

    ReplyDelete
  2. Tahun ni raya memang lain macam sikit. Saya pun raya di hari pertama sahaja. Hikmah jugak, tahun ni kita dapat jimat banyak perkara. Macam, kalau tahun tahun sebelum ni meriah. Selamat Hari Raya tuan


    fazroliqbal.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya kak ayu sekeluarga. Walaupun PKP, tapi still nampak meriah dan banyak makanan. Saya beraya biasa-biasa je tahun ni sebab tak dapat balik kampung

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya sis sekeluarga. Walaupun raya tahun ni tak boleh ziarah menziarahi macam sebelum ni tak bermakna kita tk boleh merayakan nya dengan gembirakan.

    ReplyDelete
  5. sleamat Hari Raya. lucky masih boleh ziarah family kan janji practise hygiene la...

    ReplyDelete
  6. Meriah juga tengok keluarga kak ayie. Keluarga ramai best.. Memang berbeza raya kali ni.. Tapi buat jela macam hari raya.. Gembira semua

    ReplyDelete
  7. Meriah juga, sama Sis Mak dan adik-adik semua satu negeri..
    Cuma sedihnya kami bermaafan tak cium Emak pun, sebab Emak cancer, kami plak tak duduk serumah, so memang berjaga leee....sedih beno rasa...Mak pun pakai penutup mulut dan juga sarung tangan...
    Moga nanti ada peluang raya 2021, kita sambut dengan lebih meriah kann...

    ReplyDelete
  8. Best berkumpul sesama ahli keluarga. Meriah jugakkan raya kak ayu walaupun raya tahun ni tak boleh berkunjung

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, Seronok Kak ayu dapat beraya dengan famiy.

    Atul 1st time tak balik beraya means 1st time beraya sebagai perantauan. Kenangan sungguh.

    Selamat hari raya Kak ayu

    ReplyDelete
  10. Wah... Seronok tengok family ramai. Meriah!
    Selamat Hari Raya Ayu sekeluarga
    Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  11. kenangan yang unik raya covid19 era ni kan. alhamdulilillah syukur juga

    ReplyDelete
  12. wahh meriahnya keluarga akak..ramai juga dapat berkumpul. Btw selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  13. Takpe yang penting dapat berkumpul beramai2, tu pun meriah sangat dah nampaknye raya akak tu... :)

    ReplyDelete
  14. best sbb u dpt bersama ur mom..
    moga2 i dpt balik kg jumpa my mom soon..

    ReplyDelete
  15. This lockdown has reminded us the importance of our family and relatives.

    ReplyDelete
  16. Wah.. Meriah npknya mcm kak pun xblk raya kpg suami sbb thn ni xblh blk jd raya kat kl tp setonok plk bila raya di rumah sendiri sbb anak2 semua ada bkumpul jd rasa raya thn ni lg meria siap BBQ blh mlmnya

    ReplyDelete
  17. seronoknya raya
    meriah :)
    selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir batin

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.