Siri Pore Neogence Membantu Merawat Wajah

Wanita dan dunia penjagaan diri tidak boleh dipisahkan. Apatah lagi yang melibatkan penjagaan wajah. Bagi saya sendiri pemilihan produk yang betul dan sesuai dengan kulit adalah sangat penting sebelum menggunakannya sebagai rejim penjagaan wajah setiap hari.

Saya sendiri mempunyai masalah bekas jerawat lama. Di mana jika dilihat dari jarak dekat akan kelihatan ada lubang kecil dan berwarna hitam. Kelihatan juga parut-parut lama, walaupun tidak banyak tapi masih juga ada di wajah saya.

Bagi mengatasi masalah tersebut saya telah menggunakan produk Neogence (siri PORE) bagi membantu saya merawat masalah wajah yang masih  mempunyai parut-parut lama dengan membersih dari dalam sekaligus menjadikan wajah lebih bersih, tona warna lebih sekata dan wajah tidak lagi kusam serta tidak bermaya.

Neogence Deep Pore Cleansing Mask 

Produk yang diformulasi dari Kaolin, Ilite Clay dan Charcoal Powder. ini dapat membersihkan kotoron di dalam lubang pori. Ini terutama bagi mereka yang mempunyai masalah muka yang berminyak, pasti akan mengalami masalah lubang pori tersumbat dengan kekotoran/minyak. 

Seperti tanah liat dari segi tekstur dan warnanya. Hanya picit dari tiub, kita boleh agak-agak banyak mana keperluan yang hendak digunakan.

Sapu secara rata di bahagian muka. Dan kita akan rasa perbezaannya. Rasa sejuk, nyaman sekaligus memberi kesegaran. Lepas cuci memang akan rasa wajah lebih lembut dan licin.

Neogence Extremely Off-Heads SERUM

Penggunaan serum sangat penting terutama mereka yang sudah menginjak usia 30 tahun ke atas. Serum dikatakan dapat merawat kulit muka. Untuk siri Pore Neogence, serum yan diperkenalkan dapat membuang blackheads di muka terutama di bahagian hidung. 

Ini kerana kandungan serum ini seperti Azeloglicina + Gluconolactone dapat membantu mengeluarkan minyak di liang-liang roma yang telah tersumbat manakala EVERMAT™ + Sebum Control Enzyme yang dapat mengimbangkan eksudasi sebum. Oh ya! produk ini memang diformulasi mesra kulit dan mempunyai keasidan yang sangat rendah.

Cepat serap dan tidak berlengas. Memang best serum ini :-)

Neogence Skin Refining Cream

Neogence Skin Refining Cream ini mengandungi Esterified Vitamin C & Asid Salisilik ini dapat membantu untukk kita mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Jika dilihat pada ramuan produk itu sendiri ianya mengandungi :-

* Kepekatan tinggi Asid Salisilik 1.5% agi tujuan untuk menghaluskan kulit
* 2% Hydrolyzed Royal Jelly Protein secara intensifnya dapat memperbaharui kulit
* 1% Esterified VItamin C bagi mencerahkan warna kulit

Didatangkan dengan sudu kecil bagi memudahkan pengguna untuk megambil krim muka. Dan ianya juga lebih 'hygience'.

Gunakan dalam amaun yang kecil sahaja. Sekadar mencukupi untuk disapukan ke seluruh wajah kita. Pengalaman saya menggunakan produk ini di wajah, pada pertama kali menggunakannya terasa agak pedih sedikit. Tapi apabila sudah menggunakan buat kali kedua dan seterusnya tidak ada rasa pedih dan sebagainya. Memang nampak efek kulit wajah lebih cerah dan lembut.

Korang boleh dapatkan ketiga-tiga produk ini dari Watsons Malaysia yerp. Untuk keterangan lanjut boleh layari, https://www.neogence.com/categories/PORE
Siri Pore Neogence Membantu Merawat Wajah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 14, 2020 Rating: 5

7 comments:

  1. Ada je mana mana produk yang beri kesan effect pedih pada kulit untuk pertama kali. Rasanya tu macam tindak balas untuk pertama kali pakai.

    ReplyDelete
  2. Macam jenis tanah liat ek tu..mesti bagus kalau dah selepas cucinya, rasa bersih muka... senang juga set cmni, boleh laa nak survey dan tengok produknya...

    ReplyDelete
  3. Wah Ayu pun rajin juga ya review produk kecantikan.. klu sesuai dengan kulit bagus la...

    ReplyDelete
  4. Matb Drat tak tahu sgt bab2 kosmetik ni. tapi tahula yg clay ni sgt bagus utk kulit...

    ReplyDelete
  5. produk Neogence (siri PORE xcuba lg tp klu utk kulit kak xseduai sbb kulit kak jenis kering

    ReplyDelete
  6. first time dengar nama produk ni. nampak mcm set yg lengkap. bolehlah nnti saya try hehe

    ReplyDelete
  7. Boleh rawat jerawat lama ye produk ni? Bagusnya... ramai yang perlukan produk macam ni... Boleh lah saya suggest untuk kawan kawan yang perlukannya.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.