Sumbangan Alatan Sanitasi dan Disinfeksi Untuk Masjid Saidina Umar Al Khattab Bukit Damansara KL

Malaysia antara negara yang cemerlang dalam tindakan dan pengawalan pandemik Covid 19 yang telah melanda seluruh dunia. Dalam tempoh pemulihan, pelbagai SOP dan peraturan perlu diikuti dalam mensasarkan '0' (sifar) kes jangkitan.

Antara langkah penting yang perlu diikuti semua masyarakat seperti:-
  • Penjarakkan Sosial
  • Pakai topeng (face mask)
  • Menitikberat tentang kebersihan

Antara cara yang boleh dilakukan bagi memastikan kita sentiasa menjaga kebersihan adalah proses sanitasi dan disanitasi. Untuk pengetahuan semua, proses sanitasi bermaksud cara untuk mencegah sentuhan manusia daripada bahaya yang boleh memberi kesan kepada  kesihatan. Bahaya ini mungkin sama ada dari segi fizikal, mikrobiologi dan agen-agen kimia bagi penyakit berkenaan. Manakala disinfeksi adalah proses membasmi kuman daripada permukaan yang berpotensi tercemar.

Premis atau tempat yang sering dikunjungi ramai orang samada secara individu mahupun berkumpulan seperti masjid, gereja, sekolah perlu ada alatan yang mampu memelihara kebersihan kawasan itu secara konsisten. Ini kerana kawasan ini berisiko tinggi 60% sehingga 70% mudah berlakunya jangkitan wabak penyakit Covid 19.

Melihat kepentingan alatan tersebut, pihak ARB Berhad telah mengambil inisiatif memberi sumbangan alatan canggih berteknologi tinggi sanitasi dan disanitasi kepada Maskid Saidina Umar Al Khattab Bukit Damansara Kuala Lumpur. Masjid ini merupakan yang pertama di Wilayah Persekutuan yang mempunyai alatan sanitasi dan disanitasi untuk kegunaan ke semua kariah dan juga orang luar yang hadir untuk beribadat di sini,

Penggunaan Teknologi Hebat dan Terbaik Dalam Proses Sanitasi dan Disinfeksi
Saya sendiri teruja melihat alatan 'artificial intelligence' (AI) yang cukup canggih yang telah diletakkan di masjid ini. Terdapat 3 jenis alatan yang digunakan iaitu Terowong Disinfeksi, Alatan Artificial Intelligence (AI) untuk mendapatkan suhu badan dan juga humidifier White Combat.
Paling penting bahan yang kimia yang digunakan didalam alatan ini memang benar-benar selamat untuk kegunaan manusia. Tiada langsung kesan jangka masa panjang. Ini antara apa yang ditegaskan oleh Prof Dato Sri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah yang merupakan Pakar Perubatan yang terlibat secara langsung pengendalian alatan sanitasi dan disanitasi di Masjid Saidina Umar Al Khattab.

1. Terowong Disinfeksi
Terowong ini diletakkan di pintu hadapan masjid, iaitu laluan sebelum ke ruang solat utama. Merupakan alatan IoT (Internet of Things), teknologi sanitazi yang agak canggih diperkenalkan oleh ARB Berhad (Aturmaju Resources Berhad) yang berfungsi untuk membuat pemeriksaan suhu badan, pengeceman muka (simpanan data pengunjung), sanitasi dan juga mist disinfection.

Video cara penggunaan terowong disinfeksi. Senang dan mudah.

Antara langkah yang perlu diikuti.

Apabila masuk didalam terowong. Perlu berdiri di kawasan yang telah dilabelkan.

Pemeriksaan suhu badan melalui pengecaman wajah.

Sanitasi. Pembersihan tangan.

Mist disinfection. Salah satu langkah pencegahan penyebaran kuman.

Alatan teknologi ini yang berharga lebih kurang RM40,000 ini telah disumbangkan ARB Berhad kepada Masjid Saidina Umar Al Khattab.

2.  Alatan Artificial Intelligence (AI) Untuk Pengimbasan Suhu Badan 

Antara yang menarik alatan AI pengecaman suhu badan yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk ruang utama solat lelaki. Terdapat 4 unit dan salah satu unitnya telah disumbangkan oleh pihak China Asean Harbour Info Malaysia Sdn. Bhd. Harga untuk satu unit adalah lebih kurang RM15,000.

Video cara penggunaan alatan ini

Pengeceman suhu adalah melalui pengimasan di pergelangan tangan. Jadi tidak ada masalah jika kita menggunakan alatan ini biarpun ketika memakai topeng muka (face mask). Namun begitu pengecaman muka juga perlu dilakukan bagi penyimpanan data ahli kariah/pengunjung masjid.

Pemberitahuan suhu badan dengan jelas.

3. Humidifier White Combat 

Produk Humidifier White Combat daripada White Factor ini menggunakan Hypochlorous acid (HOCl) yang digunakan secara meluas didalam pelbagai industri termasuklah perhotelan, perkhidmatan penyediaan makanan,hidroponik dan juga perubatan. Harga untuk satu unit Humidifier White Combat adalah lebih kurang RM1,000.

When a human or any mammal’s body comes under attack from invading pathogens, the body’s immune system instantly counterattack the invasion with white blood cells called neutrophils. These cells produces hypochlorous acid (HOCl) to aid the body in fighting and eliminating the invading pathogens. Known to be a powerful natural disinfectants produced in humans and any mammals body, these “agents” are highly effective in eliminating invading microbes and pathogens yet it remains non-toxic to humans and other mammals.
HOCl terbukti selamat, mesra alam dan berkesan terhadap pelbagai jenis patogen seperti MERS, SARS, HIV, Covid-19 dan juga pelbagai jenis bakteria dan kulat. Diluluskan oleh FDA, EPA dan USDA untuk kegunaan dalam sektor makanan dan perubatan, HOCl sememangnya diteliti secara meluas agar boleh digunakan samada untuk keperluan peribadi dan juga seisi rumah.

Sebanyak 10 unit Humidifier White Combat akan diletakkan didalam masjid ini. Dan pihak ARB Berhad sendiri akan membuat kerja penyelenggaraan dalam tempoh 2 bulan sekali.

Sumbangan dan Penglibatan Pelbagai Pihak Menjayakan Misi Sanitasi dan Disinfeksi
Saya juga percaya dengan penglibatan pelbagai pihak samada dari organisasi NGO dan syarikat korporat yang sama-sama berganding bahu menangani masalah pandemik Covid 19 , secara tidak langsung menyokong pihak Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian ini dengan segera. Penglibatan proses sanitasi dan disinfeksi di masjid ini melibatkan komuniti bukan Islam, ini menunjukkan betapa muhibahnya rakyat Malaysia dalam sama-sama menangani masalah yang melanda satu dunia secara ikhlas dan telus.



Dalam ucapan lain Prof Dato Sri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah, terut menghargai apa yang telah dilaksanakan terutama dari segi sumbangan ikhlas untuk kegunaan kariah masjid;

Saya dapat lihat semuanya dijalankan dengan begitu lancar dan sukses. Di mana kariah dan AJK masjid sangat berbesar hati menerima sumbangan di berikan di terima dgn ikhlas dan penuh hargai. Saya juga berharap kita akan dapat meneruskan usaha-usaha sebegini serta lebih banyak potensi untuk membinta rangkaian lebih banyak pihak sekligus memperkenalkan perniagaan syarikat IoT kami kepada pelanggan-pelanggan yang berpotensi. In shaa Allah ..

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang juga sedang dalam rancak menjalankan Kempen Kebersihan dalam temubual turut menyatakan bahawa;
Sebelum ini, ramai juga yang sambil lewa mengenai kesihatan dan penjagaan diri. Sekarang nak masuk masjid pun perlu disinfeksi, ia bagus untuk semua jemaah yang hadir. Itu satu contoh bahawa masjid boleh memulakan langkah murni ini ketika negara luar masih bergelut mengenai kaedah terbaik. Malaysia beruntung kerana amalan dalam Islam itu sendiri boleh membantu mencegah penyakit.

Antara wakil dari organisasi dan VIP yang hadir ke majlis penyerahan dan pengenalan alatan sanitasi dan disinfeksi di  Masjid Saidina Umar Al Khattab Bukit Damansara Kuala Lumpur. Antaranya seperti Prof Dato Sri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah (Pakar Perubatan yang juga merupakan Pengerusi Sektor Kesihatan ARB Berhad ), Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia), Pegawai dari Maiwp, Pengerusi dan Ahli jawatan kuasa Masjid. dan wakil-wakil dari syarikat yang terlibat dalam memberi sumbangan seperti ARB Berhad. White Factor dan China Asean Harbour Info Malaysia Sdn Bhd.


Moga kita sama-sama boleh terus mengamalkan penjagaan kebersihan diri tidak kira di mana sahaja. Dan juga diharapkan lebih banyak masjid-masjid di Malaysia dapat memainkan peranan penting dalam membudayakan kebersihan khususnya di kalangan rakyat Malaysia sendiri. Ini melalui memberi penumpuan kepada penjagaan diri serta kawasan sekitar khususnya ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Sumbangan Alatan Sanitasi dan Disinfeksi Untuk Masjid Saidina Umar Al Khattab Bukit Damansara KL Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 27, 2020 Rating: 5

7 comments:

  1. Tadi pagi baru terbaca pasal terowong ni di twitter ni, tak kisah laa kontroversi terowong tu, janji ada juga langkah keselamatan yang di utamakan...tahniah dan terima kasih buat peyumbang..

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada penyumbang yang berikan alatan canggih 'artificial intelligence' (AI) kat masjid BD ni.

    Wahh ada terowong. Pengecaman suhu

    Bagusnya ada penglibatan komuniti bukan islam dalam proses sanitasi ni 👏

    ReplyDelete
  3. Bagusnya. Semua alat canggih2. Tapi kalau boleh semua masjid ada mcm ni mesti lg best. Lebih ramai org blh ke masjid.

    ReplyDelete
  4. Wah. Canggih peralatan yang ada kat situ - Rawlins pernah lalu terowong disinfeksi sahaja masa nak pergi makan malam di salah satu kedai makan di Bangi.

    ReplyDelete
  5. Bagus juga cmni kan kak.. Sbb dia auto check suhu.. Dan hand sanitizer tu just pijak je xyh nk picit2... Memudahkan urusan

    ReplyDelete
  6. Canggih betullah alatan ni. Tahniah kepada penyumbang kerana sumbangan alatan kepada pihak masjid. Sangat membantu dan nampak mudah pula ada alatan canggih ni.

    ReplyDelete
  7. This is a good one!! Hope more people can sponsors this to prayers place... People can do prayers without worry now

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.