Sunway Lagoon Wildlife Park Dibuka Semula Dengan Pengembaraan Keseronokan Gaya Baru!


Hi korang! Untuk pertama kalinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan dimulakan, Sunway Lagoon membuka semula untuk para pengunjungnya bermula pada 13 Jun Sabtu 2020 yang lepas. Memanag sangat ditunggukan oleh anak-anak terutama mereka yang merindui Sunway Lagoon :-)



Dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan pelanggan, Sunway Lagoon juga telah merancang pengalaman baru untuk membantu pengunjung berhubung dengan hidupan liar secara terkawal. Waktu operasi setiap hari akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang, kini sudah tiba masanya untuk keluar dari rumah dan mulakan pengembaraan KESERONOKAN BARU yang menakjubkan!

Menetapkan inisiatif sebagai tarikan haiwan interaktif pertama di Malaysia yang memberikan pengalaman mengujakan kepada pengunjungnya, lebih daripada 140 spesis dan 82 pameran spesis yang menampilkan pelbagai jenis kucing besar, beruang, burung, ikan, reptilia, mamalia dan banyak lagi dari seluruh dunia. 

Wildlife Park meliputi kawasan seluas 8 hektar yang subur dibahagikan kepada Village, Rimba, Jungle Trail, Aviary, New World Monkey, Tigerland, White Lion Kingdom, Pet Village, Bird Savannah, Tree Top Terrace dan tarikan yang terbaru – Tree Top Walk. 

Tarikan terbaru ini adalah jalan penjalan kaki yang dilengkapi dengan sambungan WIFI, ketinggiannya setinggi pokok dan panjangnya 220 meter yang menyusuri dengan tumbuhan subur melalui dari Wildlife Park dan Bird Aviary yang menghadap ke tasik dan menjanjikan pengalaman yang terbaik kepada pengungjung.

Menggabungkan amalan aspek keselamatan dan kesihatan baru untuk pengunjung dan kakitangan di Wildlife Park Sunway Lagoon, semua pengunjung diminta untuk menggunakan topeng muka dan memakai pembasmi kuman tangan sebelum berinteraksi dengan haiwan. 

Pengungjung juga akan sentiasa dinasihatkan supaya mencuci tangan dengan sabun di singki yang telah ditentukan setiap kali selepas selesai satu sesi.

Para pengungjung juga akan diminta untuk mengikuti arah jalan yang telah ditentukan di seluruh kawasan yang akan dibuka untuk melihat dan berhubung dengan haiwan dan habitat hidupan liar yang diingini sambil mematuhi batasan kapasiti dan peraturan jarak sosial. 


Di samping itu, kesemua premis di Taman Hidupan Liar akan dibersihkan oleh kakitangan Sunway Lagoon secara konsisten dengan mengamalkan prosedur keselamatan bio yang dilengkapi dengan alat perlindungan semasa mengendalikan haiwan untuk mengelakkan sebarang pencemaran dari manusia ke haiwan atau sebaliknya.


Nikmati sendiri pengalaman melalui pendidikan dan keseronokan;

• Bird Photography (10:30am-11:30am, 12:30pm-1:30pm, 4:00pm-4:30pm)
Tangkap gambar bersama burung eksotik kami yang akan anda kagumi di kawasan Rimba.

• Macaw Talk (12:00pm-12:30pm, 2:30pm-3:00pm, 4:30pm-5:00pm)
Temui Macaw yang sebenar dan ketahui lebih lanjut mengenai habitat, diet, pembiakan dan kehidupan sosial burung yang bewarna-warni ini.

• Behind The Scenes: Wildlife Kitchen (3:40pm-3:50pm)
Lihat sendiri disebalik tabir cara penjagaan kesemua sepsis haiwan ini. Menarik!

• Horse Grooming Class (3:50pm-4:00pm)
Untuk anda yang menyukai kuda atau ingin tahu lebih banyak mengenai mereka, sertai Ranger kami untuk mengetahui petua dan trik mengenai penjagaan kandang kuda dan cara menjaga kuda dengan selamat.

• Otter Talk (5:00pm-5:30pm)
Temui Otter dan ketahui peribadi mengenai makhluk berbulu, kecil dan lincah ini yang akan mengujakan anda.

Aktiviti lain di Wildlife Park Sunway Lagoon termasuklah :

• ‘Animal Appearance’- Setiap hari pada waktu yang tertentu, Ranger kami akan memperkenalkan beberapa haiwan yang ramah, mengulas mengenai tingkah laku, watak dan pemuliharaannya


• ‘Feeding sessions’- Beberapa sesi makan akan dilakukan sepanjang hari pada waktu-waktu tertentu.

• ‘Pet Village Activities’- Pengunjung boleh mendapatkan bekalan sayur-sayuran untuk memberi makan pada haiwan seperti arnab, kelinci dan kura- kura Sulcata. Hidupkan kembali masa kecil anda dengan anak-anak dengan mencuba nasib memancing ikan dia kolam ikan.


• ‘Jungle Trail’- Disini anda dapat menyaksikan habitat haiwan liar di tempat yang terbuka dan berjalan di kawasan tumbuhan hijau yang unik.


Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway Mr. Calvin Ho berkata;
Setelah menghabiskan berbulan-bulan merancang dan menyediakan keselamatan untuk pengungjung, kakitangan dan haiwan kami, kami sangat gembira kerana dapat membuka semula pintu gerbang dan menyambut kedatangan pengunjung.

Kami gembira dapat membantu menghubungkan orang kembali dengan hidupan liar dan alam semulajadi.


Tambahan pula, sempena pembukaan semula Wildlife Park ini, kita juga boleh bertemu semula dengan watak utama Sunway Lagoon Captain Quack and Friends di sesi Meet and Greet serta watak Nickelodeon, Spongebob, Patrick, Dora, Boots dan Teenage Mutant Ninja Turtles. 

Terdapat juga pelbagai pilihan makanan dan minuman dari kedai kedai yang akan dibuka seperti Cube Pizza, Subway, Marrybrown, Nestle Ice Cream, Malaysia Local Delight Street Food dan pelbagai aktiviti mengujakan yang bakal berlaku seperti Tale of Mount Gunung Berapi, Persembahan Stilt, Mini Ping Pong, Free Kick, dan Takeaway Garden.

Jom kita mulakan pengembaraan keseronokan dalam gaya baru yang tidak akan korang dapat lupakan bermula dari 13 Jun ini! Harga yang ditawarkan untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia adalah seperti berikut :

(Walk-in Adult – RM69) (Walk-in Child – RM49)
(MyKad dan dalam talian Dewasa – RM49) dan (MyKad dan dalam talian Kanak-kanak – RM39)

Jadi tunggu apa lagi? Jomlah ke Sunway Lagoon!

Untuk maklumat lanjut, sila layari;
Sunway Lagoon Wildlife Park Dibuka Semula Dengan Pengembaraan Keseronokan Gaya Baru! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 15, 2020 Rating: 5

13 comments:

  1. Macam best plak dapat kembali ke alam semulajadi dengan mengamalkan penjarakan sosial di norma baharu kan. Nanti nak jejalan gak la especially tree top tu

    ReplyDelete
  2. elok juga keluarkan peluh dengan beraktiviti di wildlife park sunway lagoon ni. bolehla bakar lemak rendang, ketupat ;), yang pasti anak-anaklah paling seronok dapat keluar berjalan selepas berbulan di rumah

    ReplyDelete
  3. bagus la. ambil peluang untk ke sana ketika sekolah masih belum di buka ni. ni pun boleh bantu sektor pelancongan

    ReplyDelete
  4. Nak tau tak, Sis belum pernah sampai Sunway Lagoon... siann kann hahahahha .. agak² ada tak yang nak sponsor .. mesti best kan!! Arghh nak gi gak laaaaa

    ReplyDelete
  5. Budak2 memang suka tempat tempat macam ni. Boleh tengok haiwan.

    ReplyDelete
  6. Bgusla dah buka, boleh bawk budak2 ni masuk.. Tenhok haiwan ni semua.. Lama dh bebudk ni terkurung

    ReplyDelete
  7. Rajinnya Ayu pergi Sunway Lagoon waktu2 COVID-19 ni... apa pun hati-hati.

    ReplyDelete
  8. best nya . tetapi kanak-kanak bawah 12 tahun boleh ke masuk musim pkp ni. mommy stress. tak boleh bawak anak berjalan sebab anak still bawah 12 tahun

    ReplyDelete
  9. Dah lamanya tak datang Sunway Lagoon. Yelahh, PKP je semua taman tema ditutup. Baguslah mereka dah beroperasi semula. Nak terjah lah nanti

    ReplyDelete
  10. i thought taman tema takleh buka lagi? tapi memang syokla dapat pi tu

    ReplyDelete
  11. bestnya boleh enjoy dengan nature dekat dalam tu. Dah lama terperuk dalam rumah, kena la makan angin dekat tempat macam ni untuk release stress.

    ReplyDelete
  12. Lah nampak menarik lah. bestnya bila dapat masuk lagi sunway lagoon ni. Nanti kena plan cuti then boleh jalan2

    ReplyDelete
  13. Seronok tengok semua tempat dah bukak secara berperingkat macam ni. Boleh la bawa anak-anak berjalan dan makan angin. Dah lama duduk rumah je kan...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.