Anzo Holdings Berhad Memperluaskan Perniagaan Dengan Menceburi Industri Sarung Tangan Khas Untuk Perubatan

Anzo Holdings Bhd, antara saham paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia dalam jumlah tinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini telahpun menceburkan diri dalam sarung tangan kegunaan perubatan. Difahamkan syarikat ini telah melabur sekitar RM50 juta untuk membeli syarikat yang menghasilkan produk tersebut. Terdapat spekulasi bahawa Anzo juga secara aktif ingin mengeksport sarung tangan nitril ke Kanada, UK dan China.




Anzo mencari peluang mendapatkan syarikat yang mengeluarkan sarung tangan yang berkemampuan menghasilkan lebih dari 1 bilion sarung tangan khas untuk kegunaan perubatan dalam masa setahun. Dikatakan juga syarikat ini sudah mengenal syarikat pengeluar sarung tangan yang potensi untuk menandatangani perjanjian pembelian syarikat dan asetnya, termasuk tanah dan kilang.

Dengan potensi permintaan melebihi penawaran untuk produk sarung tangan ini sekaligus Anzo Holdings Berhad dapat menggandakan pengeluaran sehingga lebih dari 2 bilion sarung tangan perubatan dalam masa setahun.

Jika dilihat kepada keuntungan yang bakal diperolehi oleh Anzo Holdings Berhad dari perniagaan pembuatan sarung tangan memang hebat, Sekiranya Anzo dapat menghasilkan 1 bilion sarung tangan dalam masa setahun, ianya akan menjana pendapatan lebih dari RM400 juta. Dengan harga pasaran semasa mencecah USD75 untuk setiap kotak 1,000 keping, Anzo dikatakan boleh mendapat keuntungan seumur hidup. Dijangkakan juga Anzo dapat menghasilkan keuntungan lebih dari RM200 juta setiap tahun selagi dapat menyediakan 1 bilion sarung tangan.

Bayangkan jika kumpulan ini menggandakan pengeluaran, maka ianya dapat memberi keuntungan lebih dari RM400 juta. Secara tidak langsung, meletakkan Anzo Holdings Berhad sebaaris nama besar pembuat sarung tangan terkemuka di Malaysia seperti Top Glove, Hartalega dan Kossan.
Anzo Holdings Berhad Memperluaskan Perniagaan Dengan Menceburi Industri Sarung Tangan Khas Untuk Perubatan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.