ANZO Melepasi 20 sen Pada Pembukaan Urusniaga Saham Hari Ini

ANZO Holdings Bhd dibuka 2.5 sen lebih tinggi pada waktu urusniaga yang bermula diantara jam 9 pagi dan 9.10 pagi. Dikatakan sekitar 50 juta saham telah diniagakan.

Jika kita lihat kepada corak pembelian saham dari bulan lalu, stok di paras niaga masih perlahan-lahan meningkat dan bergerak naik. Ini menunjukkan jumlah urusniaga terus meningkat sekaligus membuktikan permintaan pembelian yang kuat. Ini juga berkemungkinan disebabkan oleh pemegang saham baru yang baru menyertai.

Seperti yang saya war-warkan baru ini, bahawa pemegang saham besar terbaru telah muncul di Anzo dan dikatakan ianya daripada kumpulan dana global berasal dari China atau Hong Kong. Pastinya bukan orang biasa dan pastinya mereka datang dengan latar belakang yang cukup kuat. Apakah rancangannya untuk Anzo Holdings Bhd, saya sudah tertanya-tanya!
Saya juga memikirkan adakah pemegang saham sebenarnya berminat dengan perniagaan terbaru iaitu industri sarung tangan? Sepertimana yang kita ketahui industri sarung tangan semakin berkembang sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Dan sebenarnya saya juga tidak sabar menantikan harga penutupan urusniaga saham hari ini dan adakah ianya akan meningkat.

Limit up adalah jumlah maksimum kenaikan harga dalam satu hari urusniaga. Apabila harga mencecah hadnya, sama ada kenaikan pada harga ataupun urusniaga untuk hari itu dihentikan, ianya sebenar bergantung.

Pihak stock exchange operator Bursa Saham memperkenalkan  “Day Order” yang mula berkuatkuasa pada 18 April 2011 dan had perdagangan tunggal adalah sebanyak 30% untuk saham melebihi RM1 dan 30 sen untuk unit di bawah RM1.

Oleh kerana saham Anzo diniagakankan di bawah RM1, stok boleh meningkat sebanyak 30 sen. Bermula dari penutupan Jumaat lalu, saham boleh mencecah 48 sen. Selain itu faktor perubahan yang berlaku di Anzo juga berkemungkinan menyebabkan ramai pelabur berminat dengan stok tersebut.

Tidak ramai sebenarnya penganalisis Anzo, namun berkemungkinan keadaan ini akan berubah di masa hadapan. Ini memadangkan saham Anzo antara yang terpanas sejak kebelakangan ini.
Ini juga berikutan dengan perjanjian yang bernilai RM1.3 bilion bagi membekalkan material tembaga kepada kumpulan Korea Selatan. Dan pada minggu lalu satu perjanjian RM55 juta bagi tujuan membeli sebuah syarikat pembuatan sarung tangan di Manjung, Perak. Dikatakan syarikat ini dapat menghasilkan sehingga 1.2 bilion keping sarung tangan perubatan yang bernilai kira-kira RM400 juta untuk masa setahun.

Kini, kita hanya perlu menunggu berita dari Anzo Holdings Bhd. siapakah pemegang saham terbaru yang terbesar. Tidak dinafikan dengan apa yang berlaku sekarang, akan ada pemegang saham yang  lain datang untuk menggerakkan perniagaan baru di Anzo. Apatah lagi Anzo Holdings Bhd. sememangnya mencari peluang lebih banyak perniagaan bagi meningkatkan pendapatan syarikat.

Satu masa dulu syarikat ini pernah merugikan banyak pihak dijangkakan akan berubah mengikut kewangan semasa yang berakhir pada 31 Julai 2020. Dengan sedia maklum dua tawaran baru yang ada, ini akan memberi keuntungan pada setiap tahun. Terutama industri sarung tangan perubatan dan tembaga yang sememangnya mendapat permintaan tinggi.

Akan saya kemaskini untuk berita terkini setelah Bursa Saham ditutup pada jam 5 petang. Sama-sama kita nantikan.

ANZO Melepasi 20 sen Pada Pembukaan Urusniaga Saham Hari Ini Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.