Anzo Menerima Tempahan AS $ 200 Juta Untuk Sarung Tangan Perubatan

Dikhabarkan Anzo Holdings Bhd telah mendapat tempahan sarung tangan perubatan bernilai sekitar US $ 200 juta dari Amerika Syarikat dan Eropah. Dijangkakan juga syarikat ini akan mula menghantar bekalan menjelang akhir tahun ini. Dikatakan tempahan  sarung tangan perubatan / sarung tangan nitril adalah lebih daripada 1 billion



Anzo Holdings Bhd merupakan syarikat terbaru yang terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan. Biarpun masih baru, namun syarikat ini berjaya memperolehi pesanan bernilai AS $ 200 juta untuk membekalkan sarung tangan perubatan. Ini adalah kurang dari seminggu setelah syarikat ini mengumumkan bahawa mereka telah mendapat hakmilik syarikat pembuatan sarung tangan dengan aset yang meliputi tanah, kilang dan jentera di Manjung, Perak.

Kilang ini mempunyai 9 production line yang dapat menghasilkan hingga 1.2 bilion sarung tangan perubatan/sarung tangan nitril setahun. Bergantung kepada pesanan dan permintaan, Anzo boleh meningkatkan production line  menjadi 12 atau 15 production line bagi menghasilkan lebih dari 2 bilion keping setahun.

Antara faktor turut mendapat permintaan dari Amerika Syarikat, adalah disebabkan oleh peningkatan kes virus karona baru-baru ini. Amerika Syarikat telah mencatatkan sebanyak 39.379 kes virus korona baru dalam tempoh 24 jam pada hari Ahad (Isnin di Malaysia). Dan untuk hari keempat berturut-turut jumlah jangkitan baru terus meningkat, ini termasuklah jumlah jangkitan yang tinggi iaitu seramai 57,683 orang pada hari Jumaat.
Jumlah kes di AS adalah 2,876,143 orang dan peningkatan kepada jangkita virus terus meningkat. AS juga mencatatkan 234 kematian baru dan ini menjadikan jumlah kematian di negara tersebut menjadi 129.891 orang.

Terdapat beberapa negara lain di seluruh dunia juga dilanda wabak global ini, antaranya seperti Amerika Selatan, Eropah, Rusia, dan India. Tidak hairanlah mengapa negara di seluruh dunia turut membuat pesanan sarung tangan perubatan di Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan pembuat sarung tangan terbesar di dunia dan kini beroperasi dengan kapasiti penuh.

Dengan pesanan sarung tangan perubatan bernilai AS $ 200 juta dari Amerika Syarikat dan Eropah, secara tidak langsung meningkatkan pendapatan Anzo di masa hadapan. Seperti apa yang berlaku sekarang, Anzo juga telah mula membekalkan material tembaga kepada pembuat keluli Korea Selatan yang bermula dari 1 Julai. Anzo telah memenangi kontrak bernilai RM1.3 bilion pada bulan lepas untuk membekalkan tembaga selama 40 bulan.

Tidak hairanlah harga saham syarikat melonjak ke paras tertinggi iaitu 23 sen pada 6 Julai 2020. Dijangkakan saham akan mencapai had minggu ini dan sekaligus mencapai sasaran.
Anzo Menerima Tempahan AS $ 200 Juta Untuk Sarung Tangan Perubatan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 07, 2020 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.