Ironinya kes dan kematian jangkitan Covid-19 semakin meningkat di Amerika Syarikat. Dilaporkan di Amerika Syarikat terdapat lebih daripada 60,000 kes pada hari Selasa lepas. Dan ianya merupakan jumlah tertinggi sejak berlakunya wabak ini.
CNN melaporkan bahawa penyebaran pantas virus Covid-19 ini sememnagnya memeberi kejutan kepada para doktor. Merujuk kepada data dari Universiti Johns Hopkins terdapat lebih dari 131.000 orang mati akibat penyakit ini sejak Januari lagi. Di 35 buah negera di AS, kadar kes baru terus meningkat. Ini sekaligus memberi kesan terhadap peraturan yang yang menetapkan penduduk mereka perlu berada di rumah.
Amerika Syarikat termasuk negara lain seperti Eropah dan India membuat permintaan tinggi untuk medapatkan sarung tangan dan Malaysia merupakan pengeluar sarung tangan terbesar di dunia. Kemasukan AT ke dalam perniagaan pembuatan sarung tangan ini tepat pada masanya. Memandangkan pandemik Covid 19 ini tidak akan berakhir pada tempoh terdekat.
Saham ditutup setengah sen atau 5.26 peratus lebih tinggi semalam kepada 10 sen. Mankala saham tertinggi yang diniagakantahun ini ialah 16 sen iaitu pada 11 Jun. Dijangkakan saham akan meningkat pada minggu ini berikutan terdapat perjanjian untuk membekalkan sarung tangan perubatan kepada Amerika Syarikat .
AT menyaksikan kira-kira 288.14 juta saham diniagakan, melebihi jumlah purata 200 hari pada 39.88 juta. Ia adalah kaunter yang paling aktif diniagakankan pada sesi dagangan awal.
Melihat kepada PGSB sebagai pengeluar sarung tangan keselamatan OEM / ODM memberi impak yang sangat positif. Ini kerana permintaan untuk sarung tangan keselamatan perindustrian meningkat setanding dengan peningkatan amalan tempat kerja dan keselamatan di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...