Daripada Tembaga Kini Sarung Tangan, Anzo Holdings Berhad Terus Diintai Pelabur

Baru-baru ini Anzo Holdings Bhd telah berjaya mendapatkan kontrak bernilai RM1.3 bilion bagi membekalkan tembaga (scrap) kepada pembuat keluli yang berpangkalan di Korea Selatan. Kontrak ini adalah untuk tempoh  selama 40 bulan.

Dan pada hari ini kumpulan Anzo Holdings Bhd telah mengumumkan bahawa mereka telah melabur RM55 juta bagi mendapatkan kilang yang menghasilkan sarung tangan perubatan/nitril di Manjung Perak.
Gambar sumber dari Google

Jadi apa apa yang akan berlaku pada akan datang? Sudah tentunya akan ada perbincangan di mana pemegang saham besar berminat untuk melabur di syarikat Anzo. Lihat sahaja kepada pergerakan harga saham sejak awal tahun ini dan jumlah saham yang diniagakan setiap hari memang sangat memberangsangkan.

Terdapat juga ura-ura menyatakan pelabur dari negara China dan Hong Kong berminat untuk melabur di Anzo untuk satu jumlah yang agak besar. Beberapa nama telah dipetik, namun kepastian tentang maklumat itu akan diteliti terlebih dahulu.

Hakikatnya kita pasti tetanya mengapa pelabur China dan Hong Kong benar-benar berminat untuk mendapatkan Anzo, Ini kerana pelabur ini begitu inginkan terlibat dalam perniagaan sarung tangan. Selain itu pelabur ini juga juga mahu menjadi sebahagian daripada perjanjian tembaga yang telah dimeterai oleh Anzo Holdings Berhad pada minggu lalu.

Pelabur berminat kerana mereka telah melihat potensi di Anzo. Menariknya Anzo, yang asalnya dalam pembangunan kayu dan harta tanah, kini berkembang dengan pantas menveburi industri tembaga dan sarung tangan. Ini juga berkemungkinan mengapa permintaan untuk melabur didalam syarikat Anzo semakin meningkat akhir-akhir ini,
kata seorang pengurus dana tempatan.

Pada 23 Jun yang lepas, pihak Anzo telah diminta oleh Bursa untuk menjelaskan satu laporan berita yang menyebutkan bahawa "Pelabur asing mengintai saham di Anzo dan mungkin juga masuk untuk memperkenalkan bisnes baru".

Respon dari Anzo, "Lembaga Pengarah tidak menyedari bahawa pelabur asing mengintai saham di Anzo dan mungkin juga datang untuk memperkenalkan perniagaan baru. Lembaga menyatakan bahawa terdapat beberapa pelabur asing berminat dengan saham dalam syarikat itu."
Gambar sumber dari Google

Menyentuh tentang industri sarung tangan, Anzo memberitahu Bursa Malaysia bahawa mereka telah menandatangani perjanjian dengan Wintrade World Sdn Bhd untuk mendapatkan aset syarikat. Ini termasuklah tanah, bangunan, mesin dan peralatan di Manjung.

Anzo berkata aset yang telah dibeli itu sudah bersiap-sedia untuk menghasilkan 1.2 bilion sarung tangan perubatan/nitril setahun. Selain itu, Anzo turut menyatakan dengan pemilikan aset dan kapasitinya dijangkakan dapat memberi keuntungan besar kepada kumpulan mereka.

Walaupun Anzo tidak menyatakan jumlah keuntungan. Namun jika dibuat pengiraan sendiri dijangkakan mereka bakal memperolehi keuntungan RM200 juta. Ini satu jumlah yang agak besar !!! Ini adalah berdasarkan kepada fakta bahawa harga pasaran semasa untuk sarung tangan perubatan atau sarung tangan nitril berada pada kisaran USD70 untuk setiap kotak untuk 1,000 keping. Dengan menjual 1.2 bilion sarung tangan pada harga tersebut, sekaligus memberi keuntungan bersih hampir RM200 juta untuk Anzo.

Gambar sumber dari Google

Pendapatan Anzo dikatakan terjamin konsisten selama bertahun-tahun ke hadapan. Apatah lagi kini dengan adanya kontrak perjanjian membekalkan material tembaga.
Daripada Tembaga Kini Sarung Tangan, Anzo Holdings Berhad Terus Diintai Pelabur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.