ecostore Menawarkan Produk Yang Mesra Alam dan Pengguna
Memang saya akan pastikan produk penjagaan diri terutama buat anak-anak saya, ramuannya perlulah selamat digunakan. Terutama apabila produk yang digunakan merupakan penjagaan diri harian. Antara yang saya boleh rekomenkan adalah dari siri penjagaan diri ecostore.
Produk ecostore merupakan produk eko no 1 di New Zealand. Memang selamat digunakan untuk seisi keluarga. Dan ke semua produknya tidak pernah diuji ke atas haiwan. Pembungkusannya menggunakan teknologi renewable sugarcane plastic yang memang mesra alam.
Dan saya telah memilih 3 produk penjagaan diri kanak-kanak khas buat kegunaan Ameer dan Yara. Produk tersebut adalah syampu, mandian dan minyak bayi (baby oil). Apa yang menarik produk yang dihasilkan diformulas daripada ekstrak tumbuhan semulajadi seperti lavendar, minyak badam dan buah anggur. Sesuai untuk kulit bayi yang lembut dan juga sensitif. Boleh digunakan seawal bayi dan 2 tahun ke atas.
Baby Shampoo, dihasilkan dari pati minyak lavendar. Aromanya memang best dan wangi. Bagus untuk terapi. Dan paling penting sesuai juga kegunaannya untuk bayi yang berkulit sensitif. Seperti Yara yang kurang suka disyampukan rambutnya tetapi apabila saya mencuba produk ini beliau ternyata cukup gembira dan teruja. Mungkin juga disebabkan wangiannya menjadi tarikan kepada Yara untuk suka mencuci rambutnya sendiri.
Seterusnya Baby Body Wash, seperti syampu produk ini juga mempunyai pati minyak lavendar. Sesuai juga untuk kulit bayi yang sensitif. Setiap kali lepas mandi, memang Yara akan nampak lebih selesa, ceria dan tenang.
Selepas mandi, sebaiknya kita sapukan dengan Baby Oil. Diformulasi daripada 'sweet almond &k blackcurrant'. Saya juga gunakan untuk kurangkan kesan-kesan parut di badan. Bagus juga digunakan untuk urutan bayi.
Dengan menggunakan produk ecostore secara tidak langsung kita sama-sama menyokong kesejahteraan alam dan bumi :-)
Selamat Untuk Kita, Keluarga dan Dunia!
ecostore Menawarkan Produk Yang Mesra Alam dan Pengguna
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 28, 2020
Rating:
Comelnya packaging dia 😍 Boleh bawa travel sekali dengan baby. Siap ada promosi!
ReplyDeleteWahh ada diskaun 20 peratus lagi tu. Nanti kalau lambat lambat ni takde dah disakun ni.
ReplyDeleteNew product ya! Mula2 baca fikir mcm online shopping rupanya nama jenama dia. Good alternate utk reduce plastic usage and brg natural gitu~
ReplyDeleteMenarik untuk dicuba sebab anak Sal kulit agak sensitif. Tambah sekarang ada diskaun. Better grab so dapat murah sikit kan
ReplyDeleteThis product look and sound so good. Adult boley pakai juga ke? Hehehe.
ReplyDeleteKali pertama dengar tentang produk ni. Boleh lah cuba nanti..siap ada diskaun lagi
ReplyDeleteI like their products juga! Good to buy it with your 20% discount code now yay
ReplyDeleteRuby rasa macam pernah dengar nama jenama ni. Tapi masih belum bleh recall. Hahaha. Pelupa betul. Banyak diskaun kali ni ya. Must grab!
ReplyDelete