KENS Skincare dan Kosmetik | Pasti Sesuatu Opps

Wanita penjagaan diri dan juga kosmetik sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bahkan kebelakangan ini kaum lelaki juga mengambil berat tentang ini. Dan kali ini saya ingin kongsikan satu jenama tempatan terbaru di pasaran iaitu KENZ.

Jenama KENZ mula diperkenalkan di pasaran pada 1 Julai 2020. Produk yang diformulasi dari bahan-bahan semulajadi ini sememangnya telah mendapat kelulusan selamat digunakan daripada KKM.

Diasaskan oleh Kelly Azman yang mana menrurut beliau, penghasilan semua produk ini hasil penelitian terperinci dan minatnya terhadap dunia kecantikan. Atas sokongan kawan-kawan rapat maka terhasil jenama KENZ.

Pada awalnya nama KENZ idea asalnya adalah daripada perkataan King (Raja, iaitu nama founder). Tapi disebabkan terlalu banyak jenama yang menggunakan perkataan Kings, maka terlahirlah nama KENS (atau boleh sahaja cara sebutan kepada Kings)

Jenama KENS mempunyai dua kategori produk iaitu Penjagaan Diri (skincare) dan Kosmetik (cosmetic). Setakat entri ini ditulis hanya 5 produk sahaja baru dipasarkan iaitu :-

Penjagaan Diri (Skincare)
  • Facial foam
  • Serum
Kosmetik
  • Mineral Compact Powder
  • Eyeliner
  • Magic Lip Balm


Penerangan Ringkas Produk KENS

KENZ Face Oil Serum
Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga matahari. Ianya mampu merawat jerawat dan jeragat. Apa yang bestnya, aroma serum ini juga seperti terapi - wangi bau bunga-bungaan. Selain untuk kegunaan di muka boleh juga digunakan pada anggota badan yang lain.

 Hanya guna 2 titis. Sapukan di bahagian muka dengan lembut. Kita boleh rasakan perbezaannya selepas menggunakan produk ini. Kulit muka jadi lebih lembut. Dan paling best, ianya tidak berlengas atau smelekit-lekit. Ini kerana tekstur 'oil' produk ini cepat meresap didalam kulit.

KENZ Facial Foam
Facial foam dalam bentuk tekstur gel ini sesuai digunakan samada untuk lelaki mahupun perempuan. Diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi dan ianya juga mengandungi anti-septik. Jadi pada yang sama boleh membunuh kuman.

KENZ Lip Balm
Ini antara produk yang saya gemar juga iaitu KENZ Lipbalm. Produk ini tahan sehingga 8 jam penggunaannya dan mempunyai kebaikan 3 dalam 1. Antara kebaikannya seperti melembap, merawat (mempunyai anti-septik) serta mencantikkan bibir.
Pakaina agak mudah. Hanya oles selapis di bahagian bibir. Kemudian kita akan perhatikan warna lipbalm ini akan berubah mengikut warna darah kita. Tekstur sangat ringgan dan pada masa yang sama mampu melembapkan bibir kita. Bibir lebih nampak seksi, giteww.

Selain itu, aromanya juga boleh dijadikan terapi (very calming). Sebab kandungannya juga mengandungi anti-septik maka kita boleh sapukan di mana-mana bahagian lain anggota badan sekiranya kita merasa gatal (ianya boleh mengurangkan kegatalan).

KENZ Liquid Eyeliner
Produk ini mesra wuduk, 'waterproof'dan sangat mudah menggunakannya. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memakainya di bahagian mata. Sangat rekomen untuk wanita yang sangat mementingkan masa, hiks.


KENZ Compact Powder
Finishing paling best. Ianya boleh kurangkan masalah muka berminyak. Tahan 8 jam. Selain itu ianya dapat menutup pori-pori di muka. Saiznya yang kompak, mudah untuk di bawa ke mana sahaja.


Cara Pembelian

Boleh hubungi Cik Erina di talian 019-7794794 atau DM di https://www.instagram.com/kenzproduct/
Nak beli melalui saya pun boleh, hiks.


Korang kena rajin juga untuk cikedaut daripada IG KENZ Product, ini kerana adakalanya terdapat juga harga-harga promosi menerusi set kombo. Produk adalah terhad, siapa cepat dia dapat :-)


KENZ..Pasti Sesuatu Opps..


KENS Skincare dan Kosmetik | Pasti Sesuatu Opps Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 02, 2020 Rating: 5

11 comments:

  1. Wah. Makin berseri la Ayu pasni selepas pakai produk KENZ nie ye. Serum tu nampak menarik dan suka teksturnya yang mudah serap.

    ReplyDelete
  2. sesuatu sangattt tagline dia ek...haha...harga produk dia berpatutan juga, lebih kurang macam yang kita biasa pakai...boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Nama dia elegent gitu. Baru tahu jenama ni. Semoga jenama ni terus berkembang dalam industri kosmetik

    ReplyDelete
  4. Menarik. Bermibat dengan lip balm dia.Nanti boleh cuba produk ni.

    ReplyDelete
  5. Dahsyat produk anak muda sekarang. Syabas2. Packaging pun cantik nampak elegen. Moga terus suskes dan meningkat naik bro

    ReplyDelete
  6. Pakaging dia nampak mewah, tengok je orang dah tertarik, senang dia buat set lengkap gini...

    ReplyDelete
  7. Jenama KENZ first time tgk klu sesuai dgn kulit kita okay jer

    ReplyDelete
  8. Serum macam best. Lipstik lawa warna dia.. Wah siap ade eyeliner.. Boleh usha ni nanti..

    ReplyDelete
  9. First time seeing this brand. The price seems affordable so it should be quite welcomed by a lot of people.

    ReplyDelete
  10. Sweetnya warna lip balm tu opppssss... Hehehehe... Catchy tajuknya gitchewwww... Serum tu pun saya minat, juga dengan harga yang berpatutan... All the best Kenz...

    ReplyDelete
  11. cantik juga packaging dia. warna pun nampak ekslusive. pertama kali dengar berminat nak try

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.