PDZ Memenangi Kontrak Bernilai RM600 Juta

Saham PDZ Holdings Bhd menjadi yang terhangat baru-baru ini kerana telah memenangi kontrak logistik bernilai kira-kira RM500 juta atau RM600 juta dari pengendali e-dagang China.


Pada akhir-akhir ini juga terdapat perbincangan bahawa PDZ telah menandatangani perjanjian untuk menyediakan perkhidmatan logistik kepada pengendali platform e-dagang dengan terdapatnya peningkatan penjualan dalam talian yang tinggi. Ini berikutan kesan daripada wabak global Covid-19.

Beberapa syarikat e-dagang terkemuka di negara China seperti Alibaba, Taobao, Tmall dan JD .com juga tidak jelas dengan pihak mana syarikat PDZ menandatangani perjanjian tersebut. PDZ sememangnya berusaha untuk mengembangkan perniagaan logistiknya dengan mendapatkan kontrak samada di Malaysia mahupun luar negara.

Difahamkan PDZ telah melobi di China untuk mendapatkan kontrak logistik sejak awal tahun ini. Dengan memenangi kontrak ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan keuntungan dan pendapatan bersih PDZ pada suku tahun yang akan datang.
PDZ mencatatkan perolehan yang lebih tinggi sebanyak RM1.22 juta untuk suku semasa yang berakhir pada 31 Mac 2020, berbanding tahun sebelumnya iaitu RM1.04 juta. Ini berikutan jumlah yang lebih tinggi yang diambil oleh firma antara Januari dan Mac.

Tinjauan juga mendapati syarikat juga telah mencatatkan keuntungan bersih selama tiga bulan berbanding tahun sebelumnya. Ini disebabkan mendapat pendapatan yang lebih tinggi dengan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah.

PDZ menyatakan setelah mereka mengemukakan hasil kepada Bursa, aktiviti ekonomi syarikat dijangka akan meningkat secara berperingkat-peringkat pada separuh kedua  tahun 2020 dan bakal mencatat pemulihan positif pada tahun 2021.

Sehingga kini terdapat juga perbincangan bahawa saham akan diniagakan lagi pada minggu ini. Saham telah diniagakan dalam julat 3 hingga 4 sen sejak akhir 2018 dan mula meningkat 4 sen pada 15 Mei tahun ini dan semalam ditutup pada 8.5 sen.

PDZ Memenangi Kontrak Bernilai RM600 Juta Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 07, 2020 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.