Saham PDZ telah diniagakan dalam jumlah yang terbesar. Dan harganya meningkat 11.5 sen atau 127.78 per sen kepada 20.5 sen. Ini menjadikannya kapitalis dalam pasaran iaitu RM181,75 juta. Saham naik setinggi 23 sen pada dagangan awal pagi dan sejumlah 590 juta saham telah diniagakan.
Pada hari Rabu (8 Julai) sejumlah 1.33 bilion saham bertukar tangan. Dagangan pada 8 Julai ini turut terkesan dengan berita syarikat PDZ telah memenangi kontrak bernilai RM600 juta di China dari pengendali platform e-dagang gergasi.
Saham yang diniagakan pada harga tiga sen di akhir 2019, telah meningkat pada suku pertama berakhir 31 Mac 2020 dengan keuntungan bersih sebanyak RM130,000. Ini berbanding kerugian bersih sebanyak RM437 , 000 tahun pada sebelumnya.
Kembali kepada kisah Syed Mokhtar, berkemungkinan berminat dengan syarikat PDZ apabila melihat nilai sinergi antara syarikat dan MMC yang mampu membantu meluaskan empayar perniagaannya.
Perniagaan MMC di bawah bahagian pelabuhan dan logistik merangkumi operasi Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, Johor Port Bhd, Northport (Malaysia) Bhd, Penang Port Sdn Bhd, Tanjung Bruas Port Sdn Bhd dan Kontena Nasional Bhd.
Manakala di peringkat antarabangsa, MMC turut menyertai Arab Saudi melalui Red Sea Gateway Terminal Company Ltd iaitu sebuah terminal pelabuhan kontena di Pelabuhan Islam Jeddah
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...