Pengambilan Diet Berasaskan Tumbuhan Yang Sihat Dan Seimbang

Kita selalu mendengarkan frasa ini "We Are What We Eat" yang menjelaskan bagaimana kita akan menjadi seperti apa yang kita makan. Contohnya jika kita sentiasa nikmati hidangan makanan sihat, maka kita akan hidup sihat.

Secara tidak langsung gaya hidup sihat terutama dari segi pengambilan makanan, bersenam dan sebagainya sangat mempengaruhi. Apatah sekarang terdapat juga penyakit yang asbabnya dari makanan. Antaranya seperti kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Jadi bagaimana boleh kita atasi masalah ini? 

Hmmm..

Antara solusi yang kita boleh ambil adalah melalui pengambilan makanan yang berkhasiat dan kaya nutrisinya iaitu dari sumber tumbuhan. Penyelidikan dalam bidang sains telah membuktikan bahawa diet berasaskan tumbuhan memberikan lebih banyak manfaat kesihatan badan.
Dan kenalkan Phuture Daging Malaysia, pelopor daging lembu berasaskan tumbuhan di Malaysia. Makanan ini mempunyai rupa dan rasa seperti daging biarpun hakikatnya ramuannya adalah daripada tumbuhan. Ini sangat unik dan menjadi solusi kepada mereka yang sukakan daging serta pada yang sama sangat pentingkan kesihatan!

Phuture Daging Memberi Manfaat Kesihatan

Kajian telah dilakukan di seluruh dunia dimana hasil penyelidikan mendapati diet yang berasaskan tumbuhan dapat membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan tahap kolesterol dan paling penting ianya boleh membantu kita mengekalkan berat badan ideal. Sekaligus pemakanan sihat dapat menjadikan kualiti hidup yang lebih baik.
Daging lembu berasaskan tumbuhan dari Phuture Daging, boleh dijadikan diet yang terbaik dalam pengambilan makanan sihat setiap hari. Untuk pengetahuan semua Phuture Daging tidak mempunyai daging langsung dan menggunakan 100% tumbuh-tumbuhan. Secara total ianya mengandungi 80 peratus kurang lemak, 70 peratus kurang saturated fat dan 50 peratus kurang kalori berbanding dengan daging lembu dengan berat yang sama.


Oh ya! Pengambilan Phuture Daging ini juga dapat menyokong ekologi di muka bumi.


Alternatif Untuk Vegetarian
Secara umumnya, satu pinggan diet seimbang haruslah terdiri daripada karbohidrat, protein, sayuran, vitamin dan mineral.  Berdasarkan kajian pemakanan dan kesihatan, individu yang 'vegetarian' perlu makan lebih banyak makanan bagi mendapatkan nutrien yang sama didalam produk berasaskan haiwan. Ini termasuklah nutrien seperti zat besi, kalsium, vitamin D, vitamin B12, dan asid lemak omega-3 yang biasanya boleh didapati dari daging.


Selain itu mereka yang 'vegetarian'  juga perlu mengambil kekacang, produk soya dan juga bijirin. Nah! Diet yang seimbang sepatutnya dapat membantu mencegah kekurangan nutrien akhirnya membawa kepada masalah kesihatan.

Persoalannya bagaimana individu yang 'vegetarian' dapat mengimbangi keperluan diet seimbang dalam pemakanan harian mereka?

Sebenarnya mereka yang 'vegetarian' mempunyai banyak pilihan makanan yang kaya dengan keperluan nutrien. Mineral seperti kalsium, biasanya terdapat dalam produk tenusu, contohnya susu soya dan susu beras. Sementara itu makanan seperti nasi, roti dan pasta juga diperkaya dengan vitamin dan mineral.

Phuture Daging Alternatif Kepada Sumber Protein
Terknologi makanan terkini telah menemui pembuatan daging lembu menggunakan tumbuhan. Pembuatannya adalah daripada protein tumbuhan, karbohidrat, lemak sihat, pewarna semula jadi dan perasa semula jadi bagi mendapatkan tekstur, rasa dan bau daging.
Apa yang lebih penting ianya dihasilkan daripada sumber tumbuhan yang segar. Daging lembu berasaskan sayuran ini  mengandungi protein yang tinggi dan memenuhi semua keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Paling mengujakan ianya mengandungi lemak yang rendah, kurang kalori dan sifar kolesterol.

Dan kini Phuture Daging adalah solusi penyelesaian hidangan daging berasaskan tumbuhan yang akan ditawarkan di dalam industri makanan di Malaysia. Kita boleh menikmatinya tanpa was-was kerana Phuture Daging telah memperolehi sijil Halal.
Phuture Daging juga komited untuk membantu syarikat PKS tempatan seperti pemilik kafe dan restoran dalam menyediakan hidangan berprotein berasaskan tumbuhan. Inovatif Phuture Daging ini dapat membantu syarikat PKS ini menghasilkan lebih banyak menu sihat yang lebih kreatif serta versatil.

Moga satu hari nanti, mereka yang 'vegetarian' mudah untuk dapatkan dan merasai sendiri menu-menu hebat seperti masakan kari, grill dan sebagainya.

Untuk  info lebih lanjut mengenai Phuture Daging ataupun berminat untuk berkolaborasi, boleh e-mel kepada enquiry@phuturedaging.com. Ataupun layari laman web Phuture Daging di https://phuturedaging.com

Pengambilan Diet Berasaskan Tumbuhan Yang Sihat Dan Seimbang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 29, 2020 Rating: 5

5 comments:

  1. Ni baru pertama kali dengar mengenai jenama daging n. Belum nampak lagi..

    ReplyDelete
  2. Ohhh daging untuk vegetarian. Memang rupa nampak real daging burger. Tapi, bahan-bahan dr tumbuhan. Bagus ni.

    ReplyDelete
  3. Tak tahu pula ada daging vegetarian..kali pertama dengar..rasa dia mcm mana ya?

    ReplyDelete
  4. Waaah..
    Nampak menarik betul la..
    Yela, ianya dari tumbuhan.
    Tapi sebiji macam menggunakan daging kan .
    Mesti sedap rasa dia kan..

    ReplyDelete
  5. Wow uniknya daging ni... bagus sangat untuk vegetarian ni... nanti saya nak try lah juga... nak rasa macam mana agaknya...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.