Restoran Sana-Sini Cyberjaya, Macam-macam Menu Ada!

Restoran Sana-Sini Cyberjaya, Macam-macam Menu Ada!- Punyai selera yang besar dan suka mencuba pelbagai jenis makanan? Jangan risau! Terjah sahaja Restoran Sana-Sini yang terletaknya di Cyberjaya. Banyak betul pilihan hidangan fusion dan berinsipirasikan masakan Hong Kong yang enak-enak ditawarkan. Memang rambang mata memilih apabila melihat menu-menu hidangan di Restoran Sana-Sini.

Restoran Sana-Sini
Lot Number: LG 01, 
DPULZE SHOPPING CENTRE, 
Persiaran Multimedia, 
Cyber 12, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor.

Restoran Sana-Sini juga mengamalkan SOP seperti yang diarahkan oleh pihak Kerajaan. Ini terutama dalam merekodkan kehadiran dan juga pengambilan suhu badan.


VARIASI VERSATIL HIDANGAN FUSION DAN INSPIRASI DARI HONGKONG
Seperti yang saya war-warkan terdapat banyak pilihan hidangan makanan. Dan hntara hidangan terbaik yang boleh korang cuba adalah seperti:-

Nasi Ayam 7 Adik Beradik

Salted Egg Chicken Wing

Curry Laksa Noodle

Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom

Sizzling Ayam Bakar Rice

Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette

Pineapple Seafood Fried Rice 

Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop

King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg

Claypot Beancurd With Vegetable 

Butter Chicken With Egg Floss Rice

Spicy Szechuan Chicken Rice

Classic Chicken Carbonara

Spaghetti Aglio Olio With Seafood

Fire Flame Cajun Chicken Chop

Black Papper Beef Rice

Sweet And Sour Fish Rice

Salted Egg Yolk Squid Rice

Sambal Prawn Rice

Butter Milk Chicken Rice

Sebagai peminat hidangan yang ada rasa percikan pedas tentunya Sambal Prawn Rice dan juga Spicy Szechuan Chicken Rice sentiasa menjadi pilihan saya. Dengan rasa pedas, ditambah dengan masam-manis menjadikan rasa masakan ini memang padu. Ini terutamanya hidangan Spicy Szechuan Chicken Rice, isi ayam yang digoreng cukup garing ditabur dengan chilli flakes memang sedap dinikmati dengan nasi panas-panas.

Tetapi untuk anak-anak tentunya mereka akan memilih masakan spaghetti dan juga buttermilk. Sesuai dengan rasa masakan ini iaitu lemak-lemak manis dan tidak pedas. Namun begitu, masakan seperti nasi 7 beradik memang agak popular di sini, begitu juga dengan Pineapple Seafood Fried Rice dan Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop. Hidangan ini bukan sahaja unik bahkan didatangkan juga rasa yang hebat memikat jiwa.

 Disediakan juga 'free flow' untuk ais krim, sup dan salad di satu sudut, khas buat pelanggan yang datang menikmati hidangan di Restoran Sana-Sini Cyberjaya.

Kepuasan menikmati air minuman yang begitu besar saiz bekasnya. Saiz jumbo! 

Melihat kepelbagaian hidangan yang begitu menyelerakan, memang sesuai untuk datang ke sini bersama keluarga mahupun rakan. Mudah untuk membuat pilihan yang pastinya dapat memenuhi citarasa setiap orang.

FASILITI UNTUK PENGUNJUNG RESTORAN
Jika kita hendak meraikan sambutan hari lahir dan sebagainya, memang ada disediakan kemudahan dan satu sudut restoran yang bersesuaian.

Bagi mereka yang membawa anak kecil, disini turut disediakan kemudahan taman permainan mini.

Sebab ianya berada didalam premis restoran yang sama jadinya dari segi keselamatan kita tidak perlu risau. Ini kerana anak akan sentiasa berada di depan mata.


DEKORASI MENARIK DAN SIMPLE DENGAN KELUASAN YANG SELESA

Saya juga minat dengan dekorasi didalam restoran. Simple dan menampakkan keluasan premis restoran yang luas serta selesa. 

Begitu juga dengan susun atur meja. Tersusun rapi sekaligus memberi keselesaan kepada pengunjung lain ketika berada di situ.

Brick and mortar, warna tanah, tampi mengkuang antara faktor yang menampakkan ciri restoran ini yang agak esklusif dan punyai tarikan tersendiri.

Kami dah ke sini,
Korang bila lagi?
Restoran Sana Sini,
Makanan bervariasi,
Enak menjilat jari,
Memang puas hati

Ikuti laman sosial Restoran Sana Sini untuk lebih info :-)


Facebook  : https://www.facebook.com/Restoran-sana-sini-205555339936614/
Instagram : https://instagram.com/sanasinirestoran?igshid=u5yrxpzifty4

Restoran Sana-Sini Cyberjaya, Macam-macam Menu Ada! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 06, 2020 Rating: 5

16 comments:

  1. Tudiaa penuh satu meja mak aiii..namapk semua makanan yg terhidang sedap2 belaka ni. Terliur plak kita ptg2 ni Ayue...

    ReplyDelete
  2. Rawlins makan sorang je pineapple fried rice with seafood tu hahaha tapi curry mee tu memang lazat

    ReplyDelete
  3. Yum!!!!!!! All foods look so yummy. Oh.....at D’Pulze Cyberjaya. Cun lah! Dekat dgn rumah. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  4. macam macam jenis lauk ada kan? rambang mata nak pilih. kalau saya mestilah saya ambil chicken chop tu

    ReplyDelete
  5. wah jauhnya datang makan.. ni mesti jalan2 kat putrajaya lepas tu datang cyber makan kat sini. boleh tahan banyak betul pilihan menu..semua nampak sedap belaka

    ReplyDelete
  6. Menu bukan biasa biasa ni. Tengok gambar pun dah terliur ni. Ahh sudah.

    ReplyDelete
  7. uish makanan semua mengancam ni haha dh la tgk waktu malam ish ish hehe

    ReplyDelete
  8. Memang banyak betul menu yang ada di restoran sana sini. Next restoran yang wajib diterjah. Semua menu nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  9. Nasi 7 beradik tu.. Menarik tu.. Boleh makn ramai2.. Tak pernh try lagi dekat sini. Bokeh cuba..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah try masakan hongkong tengok semua menu nampak sedap je terliur kita nak try

    ReplyDelete
  11. Aduiiii. Makanan dia semua nmpk sedap. Teringin pulak nk try yg pumpkin tu. Ni kalau bawak anak ni mmg dia dtg main je kat sini ni.

    ReplyDelete
  12. Wah.. syok tu mkn sana sini, tgk pun best2 menu dia

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap sangat menu nasi 7 jenis tu haaa, kat Johor ada gak baru bukak.. nnti lee nak cuba ..
    ni nak forward kat anak srh cuba makan sana sini ni ...

    ReplyDelete
  14. Baguslah banyak menu berat sebab tekak ni memang nak nasi je. Yg buat selesa tu mesra kanak2 jugak. So ada la time ntk dorang bermain. Kite pon tenang nak makan

    ReplyDelete
  15. pergh menu-menu dia mengamcam habis kak. tak boleh jadi ni nak kena pergi ni kalau ke KL nnti.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.