SMI Cars Secara Rasmi Membuka Ruang Pameran Baru | Tawaran Potongan Harga Sehingga 50%

SMI Cars Secara Rasmi Membuka Ruang Pameran Baru | Tawaran Potongan Harga Sehingga 50%- Memiliki kenderaan mewah dan berinovasi tinggi sememangnya memberi kepuasan peribadi. Melihat sahaja pada rekaan luar dan dalam yang begitu esklusif, enjin yang berkuasa timggi siapa sahaja yang tidak mahu memilikinya.

Yup! Bagi peminat-peminat kereta mewah pasti teruja dengan pembukaan ruang pameran terbaru kenderaan berteknologi tinggi. Untuk pengetahuan semua, SMI Cars Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd, telahpun melancarkan ruang pameran kenderaan yang pertama di Jalan Ampang. Simbolik di sebalik nama SMI diambil dari singkatan nama keluarga Dato Hj Marof Khan Hj Mohamed Idris selaku Ketua Pegawai Eksekutif SMI Cars Sdn Bhd. Di mana S adalah Suzana (isteri)  manakala M adalah Marof dan I adalah Irene (anak yang juga merupakan pengarah muda di SMI Cars).


Syarikat ini diterajui ahli pengurusan yang berpengalaman lebih 30 tahun dan seorang pengarah muda yang berjiwa besar. SMI Cars ada menawarkan pelbagai model kenderaan mewah dan kenderaan import kepada rakyat Malaysia. Sebagai ahli PEKEMA, SMI Cars komited untuk menjadi pengimpot yang menawarkan inovasi terkini dan perkhidmatan peribadi yang tersendiri.
Ruang pameran yang terletak begitu strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur. Siapa sangka bangunan satu tingkat ini telah direka khas rekabinanya oleh seorang bakal arkitek Asyraaf Khan. Baru berumur 19 tahun, Asyraaf berjaya menampilkan seni bina moden dengan suasana mesra untuk memastikan keselesaan pelanggan diberi keutamaan.  Mempamerkan hampir 150 variasi kenderaan berkualiti tertinggi, antara kenderaan yang memenuhi ruang pameran SMI Cars adalah Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.

Kehadiran Nico G yang mendapat perhatian semua tetamu yang hadir.

Nico G tetap mantap ketika membuat persembahan dan paling penting maintain humble. Dari dulu sampailah sekarang :-)

Bagi meraikan ruang pameran baharu ini, SMI Cars telah menganjurkan sebuah upacara perasmian ‘normal baharu’ dengan kehadiran peminat-peminat automotif dan persembahan oleh artis-artis tempatan. Antarana seperti Nico G dan Dato' Jamal Abdillah.

Nico G

Pengunjung-pengunjung berpeluang untuk meneliti pilihan yang ada sebelum membuat keputusan dan diberi kesempatan untuk memandu-uji kenderaan yang mereka sukai. Untuk tidak menimbulkan sebarang kerisauan dan keraguan tentang soal kesihatan, SMI Cars komited memastikan bahagian luar dan dalam kenderaan disanitasi setiap kali selepas dipandu-uji.

Turut hadir Dato' Jamal Abdillah yang turut menyumbangkan sebuah lagu selepas majlis pelancaran.

Tawaran Potongan 50% 
Selain menawarkan potongan cukai jualan sebanyak 50 peratus seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek bagi membantu sektor automotif yang dikenali sebagai Penjana. SMI Cars turut tidak terkecuali menyokong usaha ini dengan membuat tawaran khas Merdeka. (*Tertakluk kepada terma dan syarat).

Pengarah SMI Cars, Dato’ SM Zulkifli berkata,

Kami amat teruja dengan perusahaan ini dan tidak sabar untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan. Mungkin ada yang mengatakan kami masih muda, tetapi di SMI Cars kami menerima pembaharuan dengan sepenuh hati, sebab itu kami berbangga dengan Irene Deanna sebagai salah seorang ahli pengurusan syarikat ini. SMI Cars percaya mereka mempunya masa hadapan yang cerah dengan kehadiran orang muda dalam pengurusan atasan syarikat kerana ianya dapat menggalakkan inovasi dan pemikiran yang maju ke hadapan. Inilah keunikkan SMI Cars kerana kami menghargai kepimpinan belia dan yakin golongan ini berperanan penting dalam industri ini pada masa akan datang.

 Sebagai pengarah muda di SMI Cars, Irene Deanna menambah, 
Kami tahu bahawa untuk dikenali kami harus bersikap dinamik. SMI Cars bersedia untuk menuju ke arah inovasi yang akan mengganggu norma industri dan kami berbesar hati untuk kongsikan rancangan kami apabila tiba waktunya. Matlamat kami adalah untuk menawarkan pelanggan-pelanggan kami dengan pelbagai pilihan yang luar biasa dan pengalaman baharu yang mengagumkan sepanjang proses pembelian kereta impian mereka. 
SMI Cars juga berharap dengan penurunan kos memiliki kenderaan impot para pelanggan akan teruja dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara. Bagi mereka yang sedang mencari kenderaan baharu atau ingin menaik-taraf kenderaan yang sedia-ada, sekarang adalah peluang terbaik untuk membeli kenderaan impian anda dengan harga yang lebih rendah.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai SMI Cars, boleh layari platfom media sosial seperti berikut:

SMI Cars Secara Rasmi Membuka Ruang Pameran Baru | Tawaran Potongan Harga Sehingga 50% Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 19, 2020 Rating: 5

19 comments:

  1. Wow 50% tu!!! Ala baru je beli kereta. Kalau tak, bleh la beli kereta idaman kalbu tu. Hahaha

    ReplyDelete
  2. wow..smart la kereta tu. banyak tu kalau 50%. siapa peminat kereta ni mesti suka kalau tengok kereta2 macam ni kan

    ReplyDelete
  3. Kereta mahal ini jika orang macam Naim ini mampu melihat sahaja. tapi peminat kereta sebegini ramai yang ada. hehe

    ReplyDelete
  4. Turut berada di lokasi masa pelancarannya dan mwmang rasa teruja melihat kereta2 mewah yang dijual dengan potongan harga 50% cukai jualan.

    ReplyDelete
  5. Perghhh hebat belaka kereta yang di pamerkan, kalau Sis memang nak drive test punya, baru mengaummmm...diskaun tu le yang buat ramai pijak yang idam nak pakai kete, now dah boleh beli kete kan..jimat banyak.,.

    ReplyDelete
  6. Wow 50% discount is a lot. :) Still the prices are far beyond the reaches of normal people. But for those who can afford, this is really a good deal.

    ReplyDelete
  7. mak ai! sampai 50% diskaun?? kereta hebat plak tu..

    ReplyDelete
  8. Wahhh acik KOL makin advance. Naik kereta kayangan erk sekarang. Kemainnn masyukkk. Rasa teringin pulak nak pakai kete2 mewah gini

    ReplyDelete
  9. Wah. Acik KOL sekarang layan kereta harga juta-juta - nanti nak tumpang pergi event boleh?
    "Aku Nico nak cerita. cerita pemuda rapper di kota'
    Kenangan sangat

    ReplyDelete
  10. Wah!!!!!!! Meriah benar nampak event SMI nie. Yg best skali dpt tengok pelbagai jenis Kereta. Hehehe.

    ReplyDelete
  11. Fuhhh geram plak tengok color oren tu. Bestlah dapat jumpa artis legend. Sambil tu cuci mata tengok kereta mewah. Berbaloi grab skrang tgh diskaun banyak. Kita mampu cuci mata saje.

    ReplyDelete
  12. Cantik kereta dia.. Siapa yang rasa nak beli mas ani la kan sebab ade diskaun.. Bgusla.. Satu family uruskan kedai ni. Meriah snagat event ni..

    ReplyDelete
  13. gambar pertama tu yg penting tu, posing!😁 Tapi 50% potongan cukai mmg banyak betul!

    ReplyDelete
  14. Wah banyak kereta mewah and ada banyak promo juga, nanti sis nak check out.

    ReplyDelete
  15. wah kereta2 mewah.. entah bila lah baru mampu nak jadi pemilik kereta mewah. 50% tu macam menarik jugak :)

    ReplyDelete
  16. Hanya mampu memandang dari jauh je lah kereta mewah-mewah ni. 50% tu tawaran yang cukup baik untuk mereka yang berkemampuan. Lawa-lawa aih kereta.

    ReplyDelete
  17. Perghh bukan biasher2 boleh bg diskaun 50% utk kereta mewah yg susah nak dpt ni. Cantik2 kereta nya haaa

    ReplyDelete
  18. Bestnya la hai siapa peminat kenderaan mewah camni kan..
    Ni siapa nak beli siap ada diskaun lagi. Boleh la riki-riki.
    Hihi

    ReplyDelete
  19. hehe mampu tengok je dulu sis kereta mewah cmni. tapi 50% mmg wow sangat la

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.