Tiki BBQ Seafood Dinner di Kontiki The Federal Kuala Lumpur
Menikmati hidangan enak dengan kepelbagaian menu yang ditawarkan memang memberi kepuasan dan kegembiraan. Apatah lagi hidangan yang disediakan oleh chef hotel terkemuka yang mempunyai pengalaman begitu luas dalam bidang kulinari.
Dan baru-baru ini saya telah berpeluang menikmati hidangan makan malam di Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur yang membawa konsep Tiki BBQ Seafood . Walaupun Restoran Kontiki telah dibuka sepenuhnya, namun langkah-langkah SOP yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan perlu dipatuhi oleh semua pelanggannya.
Istimewa Tiki BBQ Seafood Dinner ditawarkan pada malam Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Dewasa : RM138 nett
Senior Netizen : RM69 nett
Kanak-kanak : RM49 nett
Pelbagai Hidupan Laut Yang Segar!
Antara yang mencuri perhatian tentulah hidupan laut yang segar yang ditawarkan. Daripada udang pelbagai saiz seperti udang harimau, ketam, sotong, ikan, kepah serta oyster dan pelbagai lagi! Enak dinikmati bersama sos, dibakar, dijadikan salah satu ramuan dalam sup dan pelbagai cara untuk menikmatinya. Memang pus hati!
Dengan pilihan hidupan laut yang segar yang cukup banyak memang rambang mata untuk memilih dan menikmatinya.
Sajian BBQ Yang Tidak Mengecewakan
Selain daripada hidupan laut, terdapat juga ruang BBQ yang ada menawarkan pelbagai hidangan seperti roasted whole lamb rack, Beef Wellington dan baked whole salmon fish. Dan paling best, disediakan juga pelbagai sos yang enak seperti sos BBQ, sos lada hitam, pepermint dan pelbagai lagi,
roasted whole lamb rack
Beef Wellington
baked whole salmon fish
Apa yang menarik, selain daripada makanan barat terdapat juga masakan Asia seperti masakan cina dan melayu ditawarkan di sini.
Antara yang menjadi kegemaran saya adalah sate! Perapan khas dari dapur Kontiki, memang terbaik.
Dibakar panas-panas atas pemanggang.
Pelbagai jenis hidangan sampingan yang boleh dinikmati bersama seperti pasta, ayam masak kicap, masakan sayuran seperti kailan, cendawan, bihun dan nasi goreng serta pelbagai lagi. kepelbagaian menu diperkenalkan dan juga akan bertukar setiap meinggu mengikut kesesuaian.
Ada 3 jensi sup yang disediakan iaitu sup bunga kobis, cream of mushroom soup dan cream of pumpkin soup (ini paling sedap!).
Terdapat juga variais pilihan sushi dan salad yang boelh dicuba.
Sebagai pencuci mulut, Restoran Kontiki turut menawarkan pelbagai jenis kuih muih tempatan, chocolate Eclair dan juga agar-agar serta kek yang enak.
Oh ya ada buah-buahan dan ais krim juga :-)
Norma baru gaya buffet adalah mengikut SOP di mana semua hidangan akan dibawa ke meja dan pelanggan boleh memilihnya dari situ. Kita boleh memilih dan juga mendapatkannya melalui permintaan menerusi staf Kontiki. Ini bagi mengelakkan lebih banyak sentuhan di kawasan buffet dan sekaligus mengamalkan jarak selamat ketika menikmati hidangan kegemaran.
Memang praktikal dan selesa!
Jomlah menikmati makan malam di Kontiki The Federal Kuala Lumpur. Pastinya memberi pengalaman yang menarik dan hebat untuk semua dalam menikmati hidangan yang versatil dan kaya dengan rasa!
Tiki BBQ Seafood Dinner di Kontiki The Federal Kuala Lumpur
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 20, 2020
Rating:
Wahh bestnya. Semua segar-segar kak. Dah lama tak makan di hotel. Boleh plan ke sana. Hehe
ReplyDeletePerghhh mengigil lutut Sis ko nampak seafood oii..pantang sungguh... sedapnyaa..banyak hotel pun dah mula ni bukak buffet.. tak sabar gak nak makan buffet..
ReplyDeleteBerbaloi baloi bayaran per nett. Sekali sekala boleh lah nak merasa kan. Thanks sharing sis.
ReplyDeleteTerliur tengok oyster tu kak. Saya memang gila makan oyster dulu dan sekarang pun dah lama tak pergi buffet. Nampaknya harga buffet kat sini boleh tahan juga dan berbaloi dengan makanan yang dihidangkan
ReplyDeletesedapnya tengok salmon roll tu, nampak fresh sangat makan sejuk2. Cicah dengan kicap campur lemon fuhhh sedap! Pumpkin soup memang fav hiks!
ReplyDeleteSabar jelah kite tengok menu seafood ni. Saje nak menggoda keimanan. Dahlah kite ni gila seafood. Nampak muka bahagia tu.
ReplyDeleteRajinnya Ayu dtg jauh jauh dari Shah Alam utk jamu selera... ya la klu sedap
ReplyDeleteJauh pun ok kan?
Nice to enjoy buffet kat Kontiki The Federal Kuala Lumpur. So many choices and the place looks nice
ReplyDeleteWow.. bestnya semua masakan.
ReplyDeleteSuka dengan desert desert yang disediakan.
Makanan lautnya segar segar.
Sedap tu .
Menu seafood buffet kat kontiki mmg sedap n menarik.. AM pernah cuba tahun lepas.. Nampak nya ada menu baru gak tahun ini..
ReplyDeleteRindunya nak makan juadah kat kontiki ni. Emi pernah 2 kali makan kat sini waktu bulan puasa. Dia punya pilihan buffet memang puashati.
ReplyDelete