Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-20

Siapa sangka tahun ini merupakan yang ke-20 tahun usia perkahwinan. Pejam celi, pejam celik anak dah 7 dah masuk 20 tahun lamanya. Sedih, susah, gembira semuanya ada dalam rumahtangga. Tapi alhamdulillah, tempoh lamanya usia perkahwinan mematangkan kehidupan saya dan suami dalam menguruskan keluarga.


Tapi sebenarnya, hati memang Allah yang pegang. Sebaik-baiknya sentiasalah berdoa diberi kerukunan rumahtangga yang berpanjangan, dipermudahkan segala kesulitan dan diberi ketenangan.

***********

Kisahnya semalam merupakan tarikh perkahwinan. Tapi memang dalam kepala tak pernah pun fikir sangat ada suprise, hadiah dan sewaktunya. Walaupun sebenarnya memang setiap tahun Dedet akan bagi 'something'. 

Kebetulan semalam Dedet called dia balik awal dengan alasan sebab nak pergi bayar duit rumah. Mula-mula macam pelik sebab biasanya saya pergi sorang jer dan mesti waktu pagi. Sebabnya banyak jer tempat nak tuju lepas ke bank, hahaha.

Beria ajak ke PKNS. Saya cakap dah dengan Dedet, bank BSN dekat PKNS dah tutup. Tapi Dedet bersungguh-sungguh cakap 'Bukaklah semalam saya dengan Amani datang sini nampak bank ni buka macam biasa'.

Then, masa sampai sana memang ketara sangat dah tutup bank BSN itu, siap ada signage opis lain nak bukak kat situ. Kemudian Dedet ajak jumpa Rais (adik ipar) yang keja kat situ. Saya OKla. Walaupun dalam hati terfikir kata nak pergi bank sekarang dah dekat pukul 4pm.

Tapi sepanjang jalan, asyik tunjuk kedai bajulah..kedai emaslah siap masuk pusing-pusing. Sampailah satu kedai emas ni Dedet tarik suruh masuk dalam. Siap cakap dengan tauke, inilah orang rumah kawe. Saya macam kompius juga. Eh! Dedet ada kawan kat sini?

Dipendekkan cerita rupanya Dedet dah survey barang kemas sejak 2-3 hari lepas. Dia pergi dengan Amani rupanya. So, datang kali ni memang nak pilih gelang ikut saiz saya jer kiranya.
 Dedet yang pilih design Pandora. So kalau tanya saya suka ke tak..Haruslah suka....hahahaha.. Saya sebenarnya tak pandai pilih barang kemas sangat..Tapi Dedet memang terror memilih. Dan citarasa dia memang terbaik.

 Otw balik singgah kedai emas lagi sebab Dedet suruh pilih lagi satu charm. Kalau ikut saya, nak yang simple2 jer tak perlu mahal-mahal. Tapi kita bagi peluang Dedet pilih. Beria tau! Mula Dedet suka dengan rekaan charm kasut tinggi. memang cantek. Tapi last-last amik Eifel - simboloklah yang terletak di Paris Kota Cinta. Archh gitew.

Btw, hadiah ulangtahun perkahwinan kalau dapat memanglah BONUS. Cuma bergantung kepada situasi keadaan semasa, kewangan dan sebagainya. Tidak kira samada harganya murah atau mahal tetapi ianya lebih kepada simbolik, reward kepada pasangan untuk meghargai setiap detik dan masa yang dilalui bersama-sama. Dapat apapun mesti kita akan senyum gembira tanda kesyukuran. Betapa sudah jauhnya perjalanan bersama dalam rumahtangga sepertimana di awal perkahwinan yang kita pernah ikrar dalam perjanjian - till jannah, ameen :-)
Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-20 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 12, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.