ATSKY Tempat Makan Esklusif dan Gempak, Tapi Harga Hidangan Seperti Kedai Mamak

ATSKY tempat eksklusif, makanan 5 bintang tapi harga kedai mamak- Saya memang mengakui tentang itu. Pengalaman menikmati hidangan hebat di kawasan yang cukup esklusif dan cantik pemandangannya memang memberi keseronokan. Apatah lagi apabila melihat harga-harga makanan yang ditawarkan memang cukup berpatutan. Seperti harga makanan di kedai mamak!
Untuk pengetahuan semua restoran ATSKY terletaknya di Kota Damansara, bersebelahan dengan Giant. Apa yang menarik lokasinya di atas bumbung menawarkan tempat menikmati hidangan samada di kawasan terbuka mahupun tertutup di dalam restoran itu sendiri.

Variasi Ruangan Menikmati Hidangan Ditawarkan 
Susunatur restoran yang cukup kemas dengan dekorasi minimalis yang menawarkan warna-warna gold dan coklat menampakkan suasana mewah dan santai. Sesuai untuk dijadikan ruang keraian, bertemu rakan ataupun makan bersama orang tersayang. Kita boleh memilih samada untuk berada di kawasan terbuka mahupun berhawa dingin.

Ruang terbuka di atas bumbung. Kita boleh menikmati hidangan sambil melihat keindahan kecantikan di langit.

Pemandangan di waktu malam.

Ruang makan didalam restoran.

Boleh juga membuat tempahan untuk acara esklusif yang lebih privasi.

Ruang makan di bahagian luar tetapi masih berbumbung. Berdekatan dengan sudut berkaraoke.

Menurut En. Ezart Rahman, selaku Pengurus Pemasaran, 
Pengunjung dapat merasai pengalaman makanan eksklusif "Di Langit" sambil menjamu halwa telinga nyanyian kumpulan buskers Cakial & Friends setiap hari pada waktu malam. Selain itu pengunjung juga dapat berkaraoke secara percuma.
Kumpulan Buskers Cakial & Friends

Boleh request lagu terutama bagi meraikan hari jadi. Kita boleh minta kumpulan ini buat suprise dengan menyanyikan lagu hari jadi istimewa buat individu yang dirai.

Di ruang yang boleh kita berkaraoke. Semua peralatan disediakan.

Memang seronok! Ini kerana ATSKY menyediakan pelbagai kemudahan yang menarik buat pengunjungnya.

Hidangan Hebat Disediakan Oleh Chef Berpengalaman
Siapa sangka lokasi esklusif seperti restoran 5 bintang tetapi harga makanan yang ditawarkan jauh lebih murah dari apa yang dijangkakan. Paling mengujakan ke semua hidangan di ATSKY disediakan oleh chef - chef berpengalaman yang juga pernah berbakti di hotel - hotel terkemuka.


Ruang dapur terbuka. Memang cantik dan bersih

ATSKY menawarkan pelbagai menu pilihan dari makanan barat ke makanan tempatan. Berbelanja di sini kita tidak perlu khuatir kerana harga hidangan yang ditawarkan setanding dengan harga 'kedai mamak'.


Seperti yang dikongsikan oleh Pengarah urusan ATSKY Encik Ali Ikhwan;
Kami memberikan harga yang berpatutan atau kebanyakan rakan - rakan menegur harga yang di tawarkan adalah murah di bandingkan dengan apa yang kami sediakan, namun saya berpendapat ini juga adalah sumbangan yang ingin saya berikan supaya lebih ramai masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi dapat merasa hidangan berkualiti dan suasana eksklusif, tidak hanya dapat di nikmati golongan berpendapatan tinggi

Saya sendiri telah mencuba beberapa hidangan di sini dan ke semuanya menepati citarasa. Antaranya seperti:-

Tenderloin Slice Steak | RM29.90

Lamb Chop | RM24.90

Chicken Wing (Spicy) | RM12.90

Chicken Chop | RM15.90

Cheesy Fries | RM7.90

Chicken Finger |  RM8.90

Mushroom Soup & Garlic Bread | RM7.90

Kung Pow Chicken With Rice | RM11.90


Apple Mojito | RM8.90
Vanilla Smoothies | RM7.90


Dan pelbagai menu yang menarik hidangan tepatan mahupun barat. Begitu juga minuman terdapat jug aminuman jus, panas dan sejuk.


Menu Signature ATSKY 'YOUYU' Beef Steak
Antara menu signature ATSKY adalah 'YOUYU Beef Steak'. Rasanya setanding dengan daging Wagyu namun harganya 5 kali ganda jauh lebih murah.

Dinikmati bersama salad, kentang putar dan juga sos lada hitam memang sedap dan berbaloi!


Untuk YOUYU Beef harganya agak istimewa sedikit kerana ianya bergantung kepada berat daging yang dikehendaki.
ATSKY dibuka setiap hari bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 malam (semasa tempoh PKPP). Namun operasi akan di lanjutkan hingga jam 2 pagi selepas kebenaran diberikan (selepas tempoh PKPP tamat).

Jom korang ke,
 ATSKY  
Roof Garden, 
Tingkat 3A, 
Dataran Cascades,
Kota Damansara,
Selangor.


   
ATSKY Tempat Makan Esklusif dan Gempak, Tapi Harga Hidangan Seperti Kedai Mamak Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 17, 2020 Rating: 5

20 comments:

  1. wow..the price really surprisingly cheap!!! can recommend to my friends who want to go dating la

    ReplyDelete
  2. Kalau first time dengar nama atsky ni dlm pemikiran ni mesti cakap mahal. Tapi ok sgt harga tu takdelah takut nak pegi. Haha. Under budget lagi. Maha tu nyanyi ke meraung 🤣🤣🤣 beriya je muka.

    ReplyDelete
  3. mak ai menu2 dia..memang standard hotel! tapi harganya jauh lebih murah ya? sure akan try kalau ada masa ke sana nanti..nak YOUYOU tu! haha

    ReplyDelete
  4. Terliur tengok menunya. Nama pun kelas "Atas Langit". Nanti nak try menu lain pula. Hope tak hujan sb nak duduk luar.

    ReplyDelete
  5. Lawanya tempat makan dia. Mesti bertambah selera. Makanan pun sedap. Harga berpatutan...

    ReplyDelete
  6. Belum pernah cuba di sini tetapi tgk menunya terutama steak tu nampak mcm sedap je...

    ReplyDelete
  7. Youyu? Mcm wajib try ni... Kalau dah kata setanding dengan wagyu 🤔🤔

    ReplyDelete
  8. fuyoo memang nampak eksklusif ya hehe. menu nampak sedap hee

    ReplyDelete
  9. Wow. Harganya memang kedai mamak ye. Memang murah betul tu - dah la banyak kemudahan untuk bersosial dengan rakan-rakan. Jom karock kat sana Ayue.

    ReplyDelete
  10. Wow, tak sangka harga murah yer 🤩 tempat nampak eksklusif sgt

    ReplyDelete
  11. Baca tajuk, woowww ye ke..
    Baca review, perghh tempat gaya hotel mewah..
    Nengok menu, makk aiiii...macam tak percaya dengan harganya...
    Kalau ke sana kena cuba ni...dah bagitau anak dah...hehehehe

    ReplyDelete
  12. Suka lah tajuk Kak Min, tempat mewah tapi harga macam mamak. Sesuai sangat la buat port melepak kan.

    ReplyDelete
  13. Memang best lah akak tempat ni kita pergi hari tu memang ramai giler orang nak datang kena booking awal kot hehehe sebab kalau walk ini boleh di alukan tapi kena tunggu lama sebab meja selalu fully book makanan murah dan lokasi menarik kot kan suka gilerrr....

    ReplyDelete
  14. Cantiknya twmpat tu.. memang happening.. foods dia nampak menyelerakan betul.. tgk steak tu dah terliur..klau tempat macam ni harga murah mmg berbaloi pergi

    ReplyDelete
  15. Memang berpatutan harga situ nampaknya. Wagyu steak tu pon agak murah dengan ambience dia. Ada rezeki nak g la nanti..

    ReplyDelete
  16. Menarik betul headline akak ye! :)
    tapi menu2 memang sangat tempting, tenderloin steak, chicken wings tu terliur sungguh saya tengokk! Insyaallah will try soon!

    ReplyDelete
  17. Wow makanan nyer semua sedap sedap, i teringin nak makan lamb chop

    ReplyDelete
  18. tak sangka ada tempat yang cantik dan cozt kat tetengah bandar KL!

    ReplyDelete
  19. Alamak..
    Tengok makanan best best pepagi ni terus rasa lapar ..
    Semua makanan disajikan nampak best dan sedap
    Harga pun orang kata masih mampu milik lagi la..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.