Berbelanja Barangan Dapur di Segi Fresh Memang Puas Hati
Saya memang seorang yang sangat teliti dalam pemilihan barangan dapur di rumah. Selain daripada harga yang ditawarkan perlulah berpatutan, kualiti dari segi kesegaran memang sentiasa dititik beratkan. Sebab itu saya memang memilih Segi Fresh setiap kali untuk berbelanja barangan rumah.
Untuk pengetahuan semua, Segi Fresh menawarkan pelbagai barangan keperluan dapur di rumah termasuklah produk kering dan juga barangan basah. Dengan sebanyak 42 outlet yang ditawarkan di seluruh negara. Jadi memang mudah untuk kita terjah di mana-mana sahaja pasaraya Segi Fresh yang berdekatan dengan rumah.
Paling penting setiap kali saya membuat perancangan menu hidangan. Saya tidak perlu risau untuk mencari-cari di banyak kedai atau pasaraya. Hanya pergi berbelanja di Segi Fresh, saya boleh dapatkan semua barangan yang dikehendaki. Ini adalah kerana Segi Fresh menawarkan pelbagai barangan dapur di bawah satu bumbung. Memang sangat mudah dan praktikal.
Pilih 'Fresh', Pilih 'Segi'
Segi Fresh memang menawarkan barangan basah seperti hidupan laut, ayam, daging dan sayuran yang 'segar'. Stok barangan ini akan dihantar setiap hari pada setiap pagi. Ini adalah antara misi Segi Fresh yang sentiasa mahu menawarkan yang paling terbaik buat pelanggan mereka.
Saya jarang membeli ketam. Namun di Segi Fresh saya memang teruja untuk membeli hidupan laut ini kerana kesegarannya dan harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan.
Begitu juga dengan kerang, lala dan sebagainya. Susunan yang teratur di kawasan membeli juga memudahkan saya untuk membuat pilihan barangan yang dikehendaki.
Selain itu, saya kerap juga merujuk promosi istimewa Segi Fresh dari laman FB mereka --> https://www.facebook.com/Segifresh. Ini kerana Segi Fresh sentiasa menawarkan promosi harga yang menarik untuk produk dan tempoh masa tertentu. Contohnya seperti ikan kembung bersaiz sederhana baru-baru ini ditawarkan pada harga RM9.90. Sangat murah ya! Jika dibandingkan dengan harga ikan ini di luar sana.
Bagi yang sukakan ikan segar talapia boleh juga dapatkan di sini. Kita pilih saiz ikan yang mana kita mahukan, pekerja Segi Fresh akan tangkapkan untuk kita. Siap boleh "siangkan" ikan itu sekali tau. Saya memang suka jika ada servis seperti ini. Ini kerana ianya dapat membantu saya dalam urusan membersihkan ikan sebelum disimpan didalam peti ais.
Begitu juga dengan udang, sotong variasi saiz dan pelbagai jenis ikan lain ada ditawarkan di Segi Fresh.
Bukan hidupan laut sahaja bahkan pelbagai jenis daging seperti daging ayam, lembu, paru semuanya saya boleh dapatkan di Segi Fresh tau.
Seperti yang saya nyatakan diatas selain daripada faktor kesegaran barangan, harga yang ditawarkan berpatutan juga antara sebab kenapa saya berbelanja di Segi Fresh. Yerp! Saya juga mendapatkan sayuran samada untuk masakan atau dijadikan ulam di sini.
Memang rambang mata apabila melihat kesegaran sayur hijau yang ditawarkan di Segi Fresh.
Untuk masakan biasanya saya memerlukan bahan tambahan dalam ramuan. Antara yang wajib ada didalam peti ais seperti halia, lengkuas dan daun serai. Pastinya di Segi Fresh ada menawarkan bahan-bahan ini.
Serius! Kenapa perlu ke banyak pasaraya atau kedai sedangkan di Segi Fresh korang boleh dapatkan semua bahan yang hendak digunakan dalam masakan. Ini termasuklah bahan kering seperti bawang, cili kering, udang kering dan pelbagai lagi.
Saya memang akan memborong bawang di sini. Bukan sahaja harganya memang sangat berpatutan bahkan kualitinya pun sangat elok dan tahan lama jika disimpan.
Seronok bila kita dapat membeli segala barang basah dan kering yang kita kehendaki di satu lokasi. Jimat masa dan tenaga. Selain itu, jimat belanja juga apabila barangan yang dipilih memang ditawarkan pada harga sangat berpatutan. Suami lagilah 'happy' sebab isteri sangat bijak dan berdikari dalam membuat pemilihan menu terbaik dengan masak setiap hari untuk famili.
Laman web : http://segifresh.com
Facebook : https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket
Berbelanja Barangan Dapur di Segi Fresh Memang Puas Hati
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 19, 2020
Rating:
Segi Fresh ni , kalau ada dekat area rumah atie.. mama orang yang paling happy skali.
ReplyDeleteUishhh segarnyaaa...Sis kalau pergi ni jahat ni,s egala binatang aku bawa balik kang...
ReplyDeletetempat paberet ai shopping barang dapur ....makcik2 nak meniaga nak buat kenduri pun beli barang kat sini sebab katanya murah ....
ReplyDeletesegi ni memang barang basah fresh sangat. tapi area rumah ni takda segi.
ReplyDeleteBagus pasaraya segi ni..semua makanan fresh ada..mmg sesuai nk dapatkan bahan masakan
ReplyDeleteSally selalu pergi SEGI Fresh, sebab memang dekat dengan kawasan rumah Sally, dekat gila like kalau pergi SEGI Fresh cawangan Ampang tu, jalan kaki je daripada rumah. HAHA.
ReplyDeleteLama tak singgah Segi Fresh. Dulu masa menyewa rajin pergi beli barang dapur. Laa nie duduk dgn parents, dah jrang pergi
ReplyDeleteBest nya kalau shopping kat pasaraya pun boleh dapat yg fresh2 macam ni! Tengok kerang tu ha, besaq nya! Sedap masak tu! ;p
ReplyDeleteTak pernah lagi shopping beli barang kat sini. Tapi nampak macam banyak good review so maybe boleh la grocery shopping nanti.
ReplyDeletememang seronok shopping barang dapur kat segi ni kan..tgok semua fresh dan harga pun murah..harap adalah buka jugak brach di johor akan datang.
ReplyDeleteDi Segi memang ada pelbagai pilihan. lagipun semuanya segar :) Best best hee
ReplyDelete