Fatin's Kitchen Syurga Makanan Di Danau Kota, Tempat Lepak Menarik, Best dan Selesa
Korang! Nak kongsikan satu tempat memang best untuk datang lepak
sambil makan-makan samada secara sendiri mahupun berkumpulan. Tempat lepak ini letaknya di Danau Kota Kuala Lumpur.
Pernah dengan Fatin's Kitchen?
Ahah! Apa yang menarik restoran yang diusahakan oleh anak tempatan ini menawarkan pelbagai hidangan citarasa Asia yang cukup popular.
Bersih dan kemas
Susunan kerusi dan meja sangat teratur
Persekitaran restoran juga sangat bersih. Ini sememangnya antara faktor utama dalam setiap pemilihan tempat makanan. Barulah berselera seperti menikmati hidangan masakan di rumah. Sambil menikmati hidangan korang juga boleh layan lagu daripada band jemputan. Memang ohsem!
Sudut khas untuk band muzik
Hidangan Memenuhi Citarasa dan Ada Yang Rare!
Saya datang bersama keluarga. Jadinya pilihan menu hidangan kami tentunya berbeza-beza. Ada yang nak makan nasi, ada yang sukakan masakan barat dan ada juga yang memilih untuk menikmati makanan lokal. Bagi saya sendiri kalau dapat mencuba hidangan yang 'rare' susah nak cari lagilah memberi satu kepuasan.
Nasi Lemak Ayam Kalasan
Nasi Lemak Rendang Rusa
Otak-Otak Jaybee
Kambing Bakar Mangolian Style
Bercerita tentang makanan, di Fatin's Kitchen menawarkan pelbagai jenis hidangan yang hebat tau. Tapi paling unik dan 'rare', antaranya seperti Nasi Lemak Rendang Rusa, Kambing Bakar Magnolia Style, Nasi Lemak Ayam Kalasan dan pelbagai lagi.
Chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan ini bukan calang-calang orang tau. Kenalkan Chef Yusaini atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Yus yang merupakan salah seorang Malay Food Chef yang mempunyai 22 tahun pengalaman sebagai chef dan pernah berkhidmat di beberapa Hotel 5 bintang sebelum ini. Untuk pengetahuan semua, Chef Yus telah memulakan kerjayanya seawal tahun 1998 di Hotel Holiday Villa. Beliau juga pernah berkhidmat di Hotel Istana, Concord Shah Alam, Renaisance KL, Royale Bintang dan Hotel Hilton Sentral KL.
Raikan Majlis Istimewa di Fatin's Kitchen
Kalau korang ada rancang nak buat sebarang majlis keraian, di Fatin's Kitchen juga ada menyediakan pakej khas termasuk dekorasi sekali.. Majlis istimewa ini akan dilangsungkan di Hall Fatin’s Kitchen. Contoh acara majlis yang boleh diadakan di sini seperti majlis makan malam tahunan (Annual Dinner), Seminar, Sambutan Hari Jadi, pertemuan (gathering) bersama rakan sekolah ataupun rakan pejabat dan pelbagai lagi.
Seperti saya ke sini bersama famili dan kami memang puas hati. Next trip rasanya nak buat suprise 'candle light dinner' untuk suami. Ulangtahun majlis perkahwinan tak lama lagi so bolehlah raikan di sini.
So, korang jomlah lepak sini. Jangan lupa untuk cuba sendiri nasi lemak ayam goreng. Harga RM9.90 jer. Persembahan makanan memang mantap ⭐⭐⭐⭐⭐ bintang, tapi harga ⭐⭐bintang sahaja. Perghh!! Memang padu giler!
Kalau nak lebih info boleh layari, https://www.facebook.com/fatinkitchenofficial
Kalau nak buat tempahan online, sila layari https://fatinskitchen.oddle.me/en_MY
Boleh datang 'pick-up' atau membuat tempahan untuk penghantaran (delivery).Untuk datang 'pick up' dan servis penghantaran ditawarkan dari hari Isnin hingga Ahad, bermula jam 12:00 PM - 10:00 PM sahaja.
Fatin's Kitchen
No. 79-G,
Block D, Platinum Walk.
No. 2, Jalan Langkawi,
Setapak, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Phone: 016-2244487
Phone: 016-2244487
Dibuka setiap hari dari jam 12:00 PM sehingga 12:00 AM
Fatin's Kitchen Your Choosen One,
Fatin's Kitchen Syurga Makanan Di Danau Kota, Tempat Lepak Menarik, Best dan Selesa
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 31, 2020
Rating:
Belum pernah makan kat Kitchen ni tp pernah la ke Danau Kota ... nanti akan cuba bila ke sana..
ReplyDeletewahh boleh buat party and dinner ! good deal ni....
ReplyDeletemakanan dia pun nampak sedap2
kalau dekat dah terjah.Tengok menu tu special sangat tau
ReplyDeletebestnya! tempat ni nampak lawa sangat. memang sesuai nak buat birthday party!
ReplyDeletewahhhh baru tahu ada tempat makan best dan eksklusif di Danau Kota. nanti boleh buat gathering dengan geng2 ke sini. ruang dia pon luas
ReplyDeleteMenarik kedai dia. Nampak selesa. Menu dia pon best.bolehla cuba nanti
ReplyDeleteCantiknya tempat dia kak ayu. Cx tengok makanan dia pun Ya ampunn, terliur. Haritu ke KL tapi tak tahu pasal kedaj ni. Kalau tak, dah singgah terus hihi
ReplyDeleteKita teringin sangat nak makan Nasi Lemak Rendang Rusa tu macam mana lah rasanya mesti sedap dan menarik kerana yang masak chef 5 bintang harga pun berpatutan murah hurmmmm menarik ni...
ReplyDeletenampak menu menarik tu. siap ada rendang rusa?? WOw..macam manalah rasa daging rusa kan
ReplyDeleteCurious plak nak tahu rasa rusa tu camne. Bukan calang2 chef ni. Mesti makanan sedap2 belaka.
ReplyDeleteChef nya berpengalaman 22 tahun... banyak perkara dah dia tahu mengenai penyediaan makanan... Menu dia unik unik, rasa macam nak pergi cuba je... hahaha... nasib baik lah jauh...
ReplyDeleteBlog Sofinahlamudindotcom
iena pernah pergi danau kota tapi tak pernah tau pasal fatins kitchen ni.. thanks for sharing kak..tgk gmbr makanan nya nampak sedap..nanti boleh la cuba
ReplyDelete