Fatin's Kitchen Syurga Makanan Di Danau Kota, Tempat Lepak Menarik, Best dan Selesa

Korang! Nak kongsikan satu tempat memang best untuk datang lepak sambil makan-makan samada secara sendiri mahupun berkumpulan. Tempat lepak ini letaknya di Danau Kota Kuala Lumpur. 

Pernah dengan Fatin's Kitchen? 

Ahah! Apa yang menarik restoran yang diusahakan oleh anak tempatan ini menawarkan pelbagai hidangan citarasa Asia yang cukup popular.


Pertama kali menjejakkan kaki di sini telah membuatkan saya begitu teruja. Mana tidaknya susun atur dekorasi moden yang 'simple' dan teratur memberi keselesaan pengunjung seperti saya untuk datang bersantai-santai sambil menikmati hidangan. 

Bersih dan kemas

Susunan kerusi dan meja sangat teratur

Persekitaran restoran juga sangat bersih. Ini sememangnya antara faktor utama dalam setiap pemilihan tempat makanan. Barulah berselera seperti menikmati hidangan masakan di rumah. Sambil menikmati hidangan korang juga boleh layan lagu daripada band jemputan. Memang ohsem!

Sudut khas untuk band muzik

Hidangan Memenuhi Citarasa dan Ada Yang Rare!
Saya datang bersama keluarga. Jadinya pilihan menu hidangan kami tentunya berbeza-beza. Ada yang nak makan nasi, ada yang sukakan masakan barat dan ada juga yang memilih untuk menikmati makanan lokal. Bagi saya sendiri kalau dapat mencuba hidangan yang 'rare' susah nak cari lagilah memberi satu kepuasan.

Nasi Lemak Ayam Kalasan

Nasi Lemak Rendang Rusa

Otak-Otak Jaybee

Kambing Bakar Mangolian Style

Bercerita tentang makanan, di Fatin's Kitchen menawarkan pelbagai jenis hidangan yang hebat tau. Tapi paling unik dan 'rare', antaranya seperti Nasi Lemak Rendang Rusa, Kambing Bakar Magnolia Style, Nasi Lemak Ayam Kalasan dan pelbagai lagi.


Chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan ini bukan calang-calang orang tau. Kenalkan Chef Yusaini atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Yus yang merupakan salah seorang Malay Food Chef yang mempunyai 22 tahun pengalaman sebagai chef dan pernah berkhidmat di beberapa Hotel 5 bintang sebelum ini. Untuk pengetahuan semua, Chef Yus telah memulakan kerjayanya seawal tahun 1998 di Hotel Holiday Villa. Beliau juga pernah berkhidmat di Hotel Istana, Concord Shah Alam, Renaisance KL, Royale Bintang dan Hotel Hilton Sentral KL.

Raikan Majlis Istimewa di Fatin's Kitchen

Kalau korang ada rancang nak buat sebarang majlis keraian, di Fatin's Kitchen juga ada menyediakan pakej khas termasuk dekorasi sekali.. Majlis istimewa ini akan dilangsungkan di Hall Fatin’s Kitchen. Contoh acara majlis yang boleh diadakan di sini seperti majlis makan malam tahunan (Annual Dinner), Seminar, Sambutan Hari Jadi, pertemuan (gathering) bersama rakan sekolah ataupun rakan pejabat dan pelbagai lagi. 

Seperti saya ke sini bersama famili dan kami memang puas hati. Next trip rasanya nak buat suprise 'candle light dinner' untuk suami. Ulangtahun majlis perkahwinan tak lama lagi so bolehlah raikan di sini. 


So, korang jomlah lepak sini. Jangan lupa untuk cuba sendiri nasi lemak ayam goreng. Harga RM9.90 jer. Persembahan makanan memang mantap ⭐⭐⭐⭐⭐ bintang, tapi harga ⭐⭐bintang sahaja. Perghh!! Memang padu giler!

Kalau nak lebih info boleh layari, https://www.facebook.com/fatinkitchenofficial

Kalau nak buat tempahan online, sila layari https://fatinskitchen.oddle.me/en_MY
Boleh datang 'pick-up' atau membuat tempahan untuk penghantaran (delivery).

Untuk datang 'pick up' dan servis penghantaran ditawarkan dari hari Isnin hingga Ahad, bermula jam 12:00 PM - 10:00 PM sahaja.
Fatin's Kitchen
No. 79-G,
Block D, Platinum Walk. 
No. 2, Jalan Langkawi, 
Setapak, Kuala Lumpur, 
Malaysia.
Phone: 016-2244487

Dibuka setiap hari dari jam 12:00 PM sehingga 12:00 AM

Fatin's Kitchen Your Choosen One,
A Taste You Won't Regret!

12 comments:

  1. Belum pernah makan kat Kitchen ni tp pernah la ke Danau Kota ... nanti akan cuba bila ke sana..

    ReplyDelete
  2. wahh boleh buat party and dinner ! good deal ni....
    makanan dia pun nampak sedap2

    ReplyDelete
  3. kalau dekat dah terjah.Tengok menu tu special sangat tau

    ReplyDelete
  4. bestnya! tempat ni nampak lawa sangat. memang sesuai nak buat birthday party!

    ReplyDelete
  5. wahhhh baru tahu ada tempat makan best dan eksklusif di Danau Kota. nanti boleh buat gathering dengan geng2 ke sini. ruang dia pon luas

    ReplyDelete
  6. Menarik kedai dia. Nampak selesa. Menu dia pon best.bolehla cuba nanti

    ReplyDelete
  7. Cantiknya tempat dia kak ayu. Cx tengok makanan dia pun Ya ampunn, terliur. Haritu ke KL tapi tak tahu pasal kedaj ni. Kalau tak, dah singgah terus hihi

    ReplyDelete
  8. Kita teringin sangat nak makan Nasi Lemak Rendang Rusa tu macam mana lah rasanya mesti sedap dan menarik kerana yang masak chef 5 bintang harga pun berpatutan murah hurmmmm menarik ni...

    ReplyDelete
  9. nampak menu menarik tu. siap ada rendang rusa?? WOw..macam manalah rasa daging rusa kan

    ReplyDelete
  10. Curious plak nak tahu rasa rusa tu camne. Bukan calang2 chef ni. Mesti makanan sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  11. Chef nya berpengalaman 22 tahun... banyak perkara dah dia tahu mengenai penyediaan makanan... Menu dia unik unik, rasa macam nak pergi cuba je... hahaha... nasib baik lah jauh...

    Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  12. iena pernah pergi danau kota tapi tak pernah tau pasal fatins kitchen ni.. thanks for sharing kak..tgk gmbr makanan nya nampak sedap..nanti boleh la cuba

    ReplyDelete

Sharing is caring...