Maggi Melancarkan Program Mentor Wanita Cukup Berani

Produk MAGGI® sememangnya sentiasa menjadi pilihan saya. Sejak dulu lagi saya memang antara pengguna setia jenama ini. Dan terkini, MAGGI® secara rasminya telah melancarkan Program Mentor Wanita Cukup Berani. Ianya adalah sebuah program nasional yang dianjurkan hasil kolaborasi bersama Women Will oleh Google Malaysia. 

Untuk pengetahuan semua tujuan program ini adalah untuk menyokong peningkatan keyakinan serta membina kemahiran digital, memasak dan keusahawanan asas kaum wanita khasnya yang berminat dalam bidang perniagaan.

Program Mentor Wanita Cukup Berani ini juga adalah sebahagian daripada kempen Tak Kenal Tak Cinta Maggi® CukupRasa yang menyokong wanita-wanita yang mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. 


Pelancaran dan Pengenalan Mentor Wanita 
Pelancaran perasmian program ini turut dihadiri oleh Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé
(Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei; Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi ® , Nestlé (Malaysia) Berhad dan Marc Woo, Ketua Google Malaysia.

Bercakap di majlis pelancaran, Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad
dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei, berkata,

Program Mentor Wanita Cukup Berani ialah sebuah inisiatif yang dekat pada naluri saya. Sebagai penyokong diversiti dan inklusi, Nestlé amat komited kepada pemerkasaan wanita dan memajukan kesamarataan gender dalam korporat dan juga masyarakat. Kami berpegang kepada prinsip ini dalam budaya dinamik kami setiap hari. Kami menzahirkan semangat ini melalui Tak Kenal, Tak Cinta dan seterusnya dilanjutkan melalui Program Mentor Wanita Cukup Berani. Kami yakin bahawa wanita di Malaysia boleh melihat kepentingan dalam mencuba dalam pelbagai aspek – dengan menyahut cabaran baharu dan mencapai matlamat mereka sama ada di rumah, di tempat kerja ataupun mencuba untuk mengusahakan perniagaan baharu.
Kami teruja dengan penyertaan tiga personaliti serta usahawan yang berjaya dan terkenal untuk membimbing peserta secara peribadi disamping membantu peserta mengenali potensi diri dan menjayakan usaha baharu mereka. Dengan bakat yang tinggi dari segi aspek makanan, inspirasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang jitu, mentor kami amat berpengalaman untuk membimbing dan memperkasakan peserta untuk mengambil langkah ke hadapan supaya menjadi lebih berani dan mencuba sesuatu yang baru.

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menjelaskan, 

Kerjasama MAGGI® bersama Women Will oleh Google Malaysia adalah penting – kerana teknologi merupakan suatu kemahiran yang boleh meluaskan peluang ekonomi terutamanya perniagaan kecil yang kekurangan kemahiran dan modal. Bersama- sama dengan tiga orang mentor kami, Program Mentor Wanita Cukup Berani akan memberi sokongan kepada wanita di seluruh Malaysia melalui siri bengkel dalam talian yang memberi tumpuan kepada pembinaan keyakinan diri, memperbaiki kemahiran perniagaan melalui peningkatan kemahiran digital dan sudah tentunya menambah baik kemahiran memasak mereka bersama Chef MAGGI. Apa yang lebih menarik ialah tiga orang mentor kami akan menyokong tiga orang peserta yang terpilih melalui ‘mentorship’ yang mampu mengubah hidup mereka, serta membimbing mereka dalam ikhtiar mereka!
Tambah Geetha,
Di MAGGI®, kami percaya bahawa setiap kali anda memasak, pasti ada suatu peluang untuk melaksanakan perubahan yang positif, sama ada untuk diri sendiri, untuk keluarga dan kawan-kawan, atau untuk masyarakat. Sejajar dengan janji jenama kami, You and MAGGI®, Cook the Difference, kami teruja untuk masuk ke fasa seterusnya dalam menggalakkan pengguna kami supaya menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru di luar keselesaan mereka, sama ada dalam masakan ataupun dalam kehidupan. Semuanya bermula dengan pembinaan keyakinan untuk mencuba. Jika anda tidak mencuba, anda tidak akan tahu! Jadi mulakanlah perjalanan anda

Marc Woo, Ketua Google Malaysia berkata,
Kami turut berasa gembira untuk bekerjasama dengan Maggi dan Nestle dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita di Malaysia. Ini sejajar dengan usaha kami untuk mengurangkan jurang gender, supaya wanita mampu mencapai potensi mereka. Ini merupakan misi utama kami dalam program Women Will, untuk melengkapkan wanita dengan kemahiran digital yang bukan sahaja menjadi kunci kepada kejayaan, tapi juga suatu bidang pengetahuan yang mampu mewujudkan dunia yang lebih saksama,
Pada majlis pelancaran juga, tiga mentor program diumumkan dan diperkenalkan. Ketiga mentor tersebut adalah Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris. Figura yang dipilih sememangnya wanita yang cukup dikenali kerana minat mereka dalam dunia masakan dan juga perniagaan.

Di majlis ini juga diadakan slot akur janji (pledge) yang melibatkan mentor dan juga tetamu VIP yang menghadiri bersempena dengan pelancaran program ini.

Datin Paduka Eina Azman- "Mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru adalah langkah pertama untuk membina keyakinan"

Puan Sheila Rusly- "Don't limit your challenges, challenge your limits"

Anne Idris - "Kalau kita nak berjaya, jangan ada 'tapi', jangan ada 'nanti'. Nak buat, terus buat saja"

Program Mentor Wanita Cukup Berani



Siri pertama bengkel dalam talian Program Mentor Wanita Cukup Berani akan bermula dari 1 hingga 3 September, diikuti dengan siri seterusnya mulai 20 hingga 22 Oktober 2020. Sepanjang bengkel 3 hari ini, peserta akan mempelajari kemahiran baharu yang akan meningkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan mereka.

Sehingga kini, bengkel dalam talian Program Mentor Wanita Cukup Berani telah menerima sambutan yang menggalakkan melebihi 800 pendaftaran. Di mana pusingan Akhir akan menyaksikan pemilihan seramai 20 peserta untuk menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian, dan seterusnya menjadi salah seorang daripada tiga mentee terpilih. Mereka kemudiannya akan dibimbing secara peribadi oleh Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani.

Modul bengkel adalah seperti berikut:-

Bina Kesedaran dan Keyakinan Diri

  • Membina keyakinan dalam mengambil langkah pertama mencuba sesuatu yang baru.
  • Berkomunikasi dengan menulis email secara efektif.
  • Pelajari kemahiran digital untuk meningkatkan produktiviti perniagaan.


Memperolehi Ketrampilan dalam Perniagaan

  • Cara memulakan dan memperluaskan perniagaan.
  • Cara menguruskan kewangan secara lebih efektif.


Mempelajari Kemahiran Baru

  • Petua untuk menambah kehadiran digital untuk perniagaan.
  • Meningkatkan kemahiran memasak bersama Chef MAGGI, cara penyediaan hidangan nutrisi lengkap dan memasak dalam kuantiti yang besar.
  • Keselamatan dan kebersihan makanan.


Berdasarkan kisah pengalaman sebenar, kempen video ini menampilkan tiga orang wanita Malaysia penuh inspirasi yang telah mengatasi situasi yang mencabar dengan berbekalkan keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Usaha mereka akhirnya menjayakan hasil yang positif dalam kehidupan masing-masing. Memang memberi inspirasi!

Anda berani? Jom sertai Program Mentor Wanita Cukup Berani. Untuk maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani, layari maggi.com.my/takkenaltakcinta


Maggi Melancarkan Program Mentor Wanita Cukup Berani Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 20, 2020 Rating: 5

11 comments:

  1. jenama maggi memang sedap kan... tak pernah lari rasa dia...

    ReplyDelete
  2. Ena kalau takde perencah maggi memang tak lengkap masakan. Hehe. My favourite products

    ReplyDelete
  3. Jenama paling lama menapak... memang jadi pilihan wanita memasak..
    Bestnya dapat jumpa Eina Azman ke? ..

    ReplyDelete
  4. Bagus ada program mcm ni yang dianjurkan oleh maggi..memang boleh cungkil bakat2 wanita diluar sana kan..

    ReplyDelete
  5. Girls power !!! Wahhh memang wanita2 hebat yang patut dijadikan idola. Penuh inspirasi. Good job Maggi

    ReplyDelete
  6. Yeayyy ada Datin Eina Azman dengan Sheila Rusly! Memang kalau memasak suka ikut resipi diorang sebab mudah sangat. Terbaik lah Maggi!

    ReplyDelete
  7. Bagus this kind of initiative to empower more women to be brave and go for their dream.

    ReplyDelete
  8. Who don't love maggi ��
    Especially mee maggi will always be comfort food

    ReplyDelete
  9. Kita ada nampak kak Ayu dalam TV pasal program Maggi Mentor Wanita ni hehehehe bagus lah buat program ni dapat mengajar wanita untuk lebih berdikari dan juga menjadi usahawan....

    ReplyDelete
  10. hello!! Very interesting discussion glad that I came across such informative post. Keep up the good work friend. Glad to be part of your net community. възпитател

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.