Nour's Chickin | Snek Kulit Ayam Yang Rare dan Sedap, Sekali Rasa Confirm Terchickin! - Kudapan sihat dan mengenyangkan yang pastinya ramuan utamanya sangat 'rare' untuk dijadikan snek.. Ahah! Saya sendiri begitu teruja apabila pertama kali mencubanya. Bayangkan kulit ayam yang diproses menjadi kerepek ranggup. Memang padu rasanya. Apatah lagi ditambah dengan rasa kepedasan yang sememangnya sinonim dengan kegemaran masyarakat Malaysia yang begitu menggemari hidangan yang punyai rasa 'kick' pedas :-)
Kenalkan Snek Kulit Ayam Chickin yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputera Nours Venture Sdn Bhd. Snek kulit ayam yang mempunyai kualiti dan standard yang tersendiri. Dihasilkan mengikut prosedur tertentu dan teliti bagi memastikan snek yang dihasilkan tidak langsung mengandungi lemak ayam. .
Bahkan penghasilan snek ini juga melalui pelbagai peringkat saringan bagi memastikan kualiti snek, pembungkusan serta penlabelan menepati SOP bagi memberi jaminan kepuasan kepada pelanggan. Snek ringgan yang bukan sahaja lazat bahkan juga kaya dengan khasiatnya yang tersendiri
Dalam satu kenyataan dari pakar kesihatan Universiti Harvaed turut menyokong bahawa kulit ayam mengandungi banyak asid lemak Omega-6 berbanding dengan Omega-3. Ianya juga bukan dari lemak trans serta bagus untuk kesihatan jantung.
Pengasas Snek Kulit Ayam Chickin
Kenalkan pengasas snek kulit ayam Chickin iaitu Encik Faiz Hilmy bersama rakan niaganya Puan Syaira Sadle.Usahawan muda yang mempunyai misi untuk membantu lebih ramai orang terutama buat mereka yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan ketika musim PKP baru-baru ini.
Apa yang menarik, pihak Nours menawarkan peluamg perniagaan kepada agen baru pada harga serendah RM85 sahaja. Memang sangat berbaloi. Peluang ini khas untuk mereka yang ingin menambah pendapatan melalui penjualan produk Chickin.
Kalau korang berminat boleh klik pada pautan ini :-
Pra- Pelancaran Snek Kulit Ayam Chickin
Satu majlis pra-pelancaran telah diadakan di Lepaking 1.0 Jalan Gombak pada 15 Ogos 2020 dengan dihadiri oleh 4 instafamous yang cukup popular, blogger dan juga pengamal media tempatan. Pelbagai acara disediakan kepada pengunjung yang mana wang tunai sebanyak RM200 ditawarkan untuk pemenang dalam setiap cabaran.
Apa yang menarik untuk setiap cabaran, hidangan yang disediakan adalah tajaan dari vendor makanan di Lepaking. Memang semua makanannya nampak sedap dan menarik. Walaupun cabaran, ada syarat dan masa yang perlu ditetapkan. Namun makanan yang dihidangkan memang mengujakana saya. Semua hidangan adalah antara yang terbaik dan sentiasa menjadi pilihan pengunjung Lepaking.
1st Challenge : King of eat alert! x Nur Hamirah
Dua pencabar bersaing dengan instafamous Nur Hamirah. Di mana cabaran ini mereka perlu menghabiskan makanan didalam pinggan dalam masa 3 minit.
Nasi goreng kampung dari @aroi.thai.lepaking bersama ayam goreng enak dari @ayofriedchicken.
Pemenang cabaran :-) Memang hebat abang ini. Walaupun bermula agak 'slow' tercekik nasi, hahaha. Tapi slow and steady dapat menghabiskan kurang dari masa yang ditetapkan. Portion nasi agak banyak ya! Saya tengok pun takut, hahahah.
2nd Challenge : Spicy Rush Challenge x Roy Cari Makan
Cabaran ini bagi saya agak menakutkan, hahahaha. Di mana Roy Cari Makan akan bersaing dengan dua pencabar yang keduanya memang penggemar makanan pedas. Syaratnya perlu habiskan makanan pedas dalam masa 5 minit tanpa minum sebarang air.
Hidangannya merupakan spicy pasta dari @ladevole dengan level kepedasan 5.5. Perghhhh..
Dan ini adalah pemenangnya Shafwan. Hebat betul. Makan betul-betul sampai licin pinggan.
3rd Challenge : The flash Challenge x Syafiq Naser
Syafiq Naser dan dua pencabarnya perlu makan paling laju. Produk yang digunakan adalah Nour's Chickin. Saya difahamkan produk Nour's Chickin ditambah lagi level kepedasan untuk cabaran ini. Mereka perlu menghabiskan satu balang Nour's Chickin dalam masa 30 saat. Sedap kot Nour’s Chickin Crispy Chicken Skin. Tengok mereka berlumba makan memang membuatkan saya jadi terliur, hahaha.
Strategi abang ini memang menjadi dan beliau berjaya dinobatkan sebagai juara untuk cabaran ini.
4th Challenge : Guess Me! X Kelly Sunshine
Untuk acara ini saya volunteer untuk menyertai sama. Selain Kelly terdapat sorang lagi 'bro' yang menyertai cabaran ini. Kami telah ditutupkan mata dengan kain hitam. Seterusnya ada 3 hidangan untuk kami rasa dan siapa paling cepat meneka akan mendapat poin.
Mula-mula adalah hidangan Chicken Korea dari Chick n Cone. Pedasnya memang padu. Berair mata saya biarpun mencuba satu bahagian sahaja. Tetapi rasa tetap maintain sedap. Seterusnya sizzling mee bersama ayam dari Joe’s King Sizzling. Sedap juga. Ikut hati nak makan habis satu pinggan ketika sedang mencuba masakan tersebut, Tapi sebab nervous jadi dapat rasa sedikit pun jadilah, hahaha. Dan akhir sekali hidangan Bread Pudding dari Dessert Heaven, Puding Raja. Penutup hidangan yang terbaik. Memang sedap, cukup rasa dari segi manis dan juga lemak-lemak susu.
Serius!!!! Memang sedap-sedap makanan yang saya rasa dan cuba teka. Rasanya saya kena repeat balik datang ke Lepaking untuk makan semula makanan yang pernah dirasa. Baru puas hati, hehehe.
#nourschickin
#dahrasaconfirmterchickin
#noursvengers
#noursxlepaking
Muka bahagia semuanya sebab dapat habuan RM200. Sertai secara suka-suka siapa sangka dapat duit belanja :-)
Jom Sertai Gaji Setahun - Beli & Menang
Apabila korang dah beli Nour's Chickin jangan lupa untuk imbas barkod di botol. Korang akan dapat lihat penerangan terperinci bagaimana nak sertai peraduan Gaji Setahun - Beli & Menang.
Ada seorang pemenang bertuah akan dipilih. Dan tarikh akhir untuk menghantar penyertaan adalah pada 20 September 2020. Jangan lupa serrtai. Sambil membeli, kita sertai peraduan. Mana tahu ada rezeki dapat hadiah wang tunai setiap bulan selama setahun.
#dahrasaconfirmterchickin
#noursvengers
#noursxlepaking
Ada pertandingan gak? Kena try nie. Kat Sarawak selalu gak makan kerepek kulit ayam hehe
ReplyDeletememang rare kerepek kulit ayam ni, baru nak tanya sis tak join ke contest? tengok-tengok dah menang cash haha
ReplyDeleteFirst time dengar kerepek kulit ayam ni. Nampak sedap. Kelly pun ada sekali wah.
ReplyDeletewow tak sangka ada yang buat kulit ayam sebagai snek! Macam syok je kalau join jadi agent kekeke
ReplyDeletetu dia aihhh dah jadi komersil pulak kulit ayam ni yerrr,kalau dulu orang buang2 jer sekarang dah jadi rebutan,memang sedap kan kulit ayamyang crispy nihh...nanti nak try gakkk
ReplyDeleteKita pernah makan ada kulit ikan tak pernah cuba lagi yang kulit ayam ni hehehe nampaknya kena cuba juga lah ni wakakakaka best menarik ni hurmmm..... Rasa kulit ayam siapa tak suka kan
ReplyDelete1st time dengar snek kulit ayam ni. Teruja nak cuba sebab dari penceritaan kak ayu serious macam sedap je. Tertelan air liur tau..hehhe
ReplyDeleteaduiii...masih tak boleh move on dengan tagline dia tu...sekali rasa confirm terchickin..hahahah!
ReplyDeleteSis memang suka makan kulit ayam goreng weyyy, tak sangka plak kulit ayam boleh komersil sampai macam ni sekali hehehehe..nak cari gak le nak cuba...
ReplyDeleteHaaa nak masuk peraduan ni la. Kulit ayam tu sedap kalau rangup-rangup. Tahniah akak. Nanti Qiss nak beli dan join peraduan ni.
ReplyDeleteDah lama perhati produk ni. Kegemaran rakyat Malaysia kot kulit ayam haha. Boleh la cuba mana tahu jadi fevret. Nak menang gaji setahun tu jgk
ReplyDeleteMacam sedap je produk ni.. Kulit ayam erk.. Boleh cuba ni.. Tahniah dapat 200 hehee.. Hebat la kak ayu.. Ada pulak hadiah gaji setahun
ReplyDeleteYeahh. Dh beli jugak nour chickin ni. Sedap jugak n rangup. Nak join contest gaji setahun rm100 tiap bulan jugak la nanti. Kena buat video je kan?
ReplyDeleteTak boleh bayangkan rasanya sebab goreng mcmtu pon dah sedap berebut makan. Tahniah sis menang rm200 rezeki malam tu
ReplyDeleteuuu menariknyaaa. fav sgt la kulit ayam hehe selalu mmg tak kasi kulit ayam kalau makan kepci hehe.
ReplyDeleteBelum pernah rasa dan baru tau kulit ayam dah jd snek kudapan. Sedap ke?
ReplyDeleteWah macam rare je dengar snek kulit ayam. Tengok macam menarik nak juga cuba sendiri makan kat rumah.
ReplyDeleteWow ada pertandingan dapat hadiah duit.. Bestnya.. Nak rasa la kudapan ni.. Kulit ayam ranggup pulak.. Husband mesti suka
ReplyDeletememang ramai je suka kulit ayam kan, termasuklah saya. nanti boleh cuba
ReplyDeleteSelalu kalu beli ayam mmg asingkan kulit buat goreng kunyit.. Wahh.. Sekarang dah jadi snack ye kulit ayam nie.. Boleh la AM cuba nanti..
ReplyDelete