Bersempena dengan Program Hijrah Merdeka, PICOMS telah melancarkan Taqwim Hijrah PICOMS-MAIWP. Saya sendiri sebenarnya begitu teruja memandangkan Taqwim Hijrah boleh diibarat kompas kehidupan dan boleh dijadikan panduan kepada umat Islam di negara ini untuk memperingati detik bersejarah dan tarikh penting dalam Islam.
Kalendar Hijrah ini dihasilkan dengan kerjasama I Quest Training & Consultancy yang mana ia didatangkan dengan ciri-ciri khas, panduan amalan seharian seperti berpuasa, tarikh penting dalam kalendar Islam, simbol unik yang mudah difahami dan boleh diterapkan dalam kehidupan seharian. PICOMS juga memperkenalkan kempen '1 Rumah 1 Taqwim' bagi membudayakan penggunaan kalendar hijrah yang sebenarnya amat rapat dalam kehidupan umat Islam itu sendiri.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sempat meluangkan masa merasmikan Program Hijrah Merdeka & Pelancaran Taqwim Hijrah PICOMS-MAIWP. Turut hadir sama ke majlis ialah YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam ucapannya ada menyentuh mengenai ibadah yang berkaitan dengan Islam haruslah dirujuk kepada Taqwim Hijrah yang berkait rapat dengan kehidupan umat islam.
Takwim ini amat penting dalam menetukan hari-hari kebesaran Islam, pengiraan zakat, iddah dan umur baligh. Ia juga memainkan peranan amat kritikal dalam pengurusan kehidupan manusia yang berkait rapat dengan aktiviti sosial dan keagamaan serta urusan pentadbiran kehidupan seharian.
Kita mempunyai beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Falak Kebangsaan yang mempunyai profesional untuk memastikan fakta dan maklumat serta cara pengiraan bertepatan. Malah, Pejabat Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai Unit Falak serta setiap negeri juga ada wakil. Kita boleh menemukan dan mendapat sokongan baik (hasilkan takwim).
Di majlis yang sama satu penyerahan sumbangan Tabung Dana Wakalah Zakat PICOMS sebanyak RM1000 telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Seri Dr Zulkifli kepada pelajar asnaf yang terpilih iaitu saudara Ahmad Zaidan bin Abdul Mohsin. Untuk pengetahuan semua Ahmad Zaidan baru sahaja mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian Diploma Farmasi di PICOMS. Ahmad Zaidan datangnya dari keluarga fakir dan miskin, namun siapa sangka beliau merupakan pelajar lulusan tahfiz yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang farmasi.
Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan 63 pada 31 Ogos ini, YB Senator Datuk Seri Dr Zulkifli turut berbesar hati meraikannya secara simbolik dengan mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan bangunan PICOMS diiringi dengan laungan MERDEKA daripada para pelajar dan staf PICOMS. Lebih memeriahkan suasana apabila ada antara mereka yang memakai busana yang mencerminkan kepelbagaian bangsa di Malaysia.
Saya dapati sepanjang program berlangsung semua yang terlibat adalah mengikut SOP yang digariskan oleh pihak Kerajaan. Antaranya seperti penjarakkan sosial, mengamalkan penggunaan 'hand sanitizer' serta memakai pelitup muka.
Moga dengan adanya Takwim Hijrah ini dapat membantu kita sebagai khalifah bumi dalam menjalankan kehidupan mengikut lunas dan syariat Islam.
Kalendar Hijrah PICOMS-MAIWP boleh didapati di Bizz Shoppe PICOMS, Kampus Utama PICOMS, Batu Muda. Dan ianya ditawarkan pada harga cukup berpatutan!
Keterangan lanjut boleh layari, https://www.facebook.com/picomsofficial
Alhamdulillah... boleh jgk lancarkan program ni kan... moga2 semua okay.... Salam Maal Hijrah sis Ayu
ReplyDeleteLike you have mentioned, may this be used wisely by those who need it since it is so affordable.
ReplyDeleteBagusnya buat program macam ni. Semoga program macam ni boleh dibuat setiap tahun
ReplyDeletebagus yer ada program macam ni, mengangkat martabat kalendar hijri. rasa nak ada satu gak!
ReplyDeleteTahniah picoms! Senang la tgk kalendar lps ni. Majlis pun nmpk meriah.
ReplyDeleteBagus ada taqwim ni dalam simpanan setiap rumah sbg panduan ..
ReplyDeleteVery nice blog you havve here
ReplyDelete