Sambut Birthday Mak Yang Ke 76!

Rasanya dah 3 minggu tak jumpa mak dan adik beradik yang lain. Susah juga nak jumpa walaupuun duduk tidaklah jauh mana. Huhuhu. So, bila kebetulan cuti agak panjang minggu ini dan pada yang sama bulan Ogos ada 2 ahli keluarga yang sambut hari lahir jadinya kita pakat untuk jumpa biarpun sekejap tapi dapatlah celebrate sesama.

Btw. Bulan Ogos adalah bulan kelahiran Afiq 18.8 dan Mak 23.8. Lokasi kali ini adalah di Atsky Damansara. Kebetulan pernah buat review dekat sini, memang rekomenlah kat adik-adik untuk datang makan kat sini.
Afiq ni antara cucu yang rapat dengan nenek selain daripada Yana dan Anaqi. Tapi rasanya tak boleh lawan Yana yang cukup manja dengan nenek dia. Kalau datang rumah nenek, memang tidur dengan nenek semestinya.

 My mak dah berumur 76 tahun, macam tak sangka sangat. Sebab mak masih lagi sihat. Alhamdulillah. Cuma kaki jer selalu sakit-sakit. Kiranya tak boleh berdiri lama.

Oh ya! Kek birthday special sikit kali ini, kek durian dari Moonlight Bakeri. Memang sedap giler! Tengkiu Mima Sha.

Semalamkan 23 haribulan. Jadi secara officialnya, mak dah pun berusia 76 tahun :-) Mak dengan Afiq dapat hadiah istimewa dari Icha dan Adik. Hahaha. Saya serius takde sediakan hadiah apapun. Adoihai (malu). Tapi rancang nak cari something untuk Afiq dan Mak. (Erkh..nak beli apa ehh..)


Cousins. Cucu mak ada 13 semuanya. Tapi Anaqi, Yana, Akid dan Aisyah tak dapat join kali ni. So, tinggal cucu yang kecik-kecik.

Yang ini macam BFF forever. Kalau jumpa memang macam belangkas. Yara dan Adell.Begitu juga Aydill dan Ameer tapi yang itu kuat juga bergaduh, hahahaha.

 Wefie kitaorang adik beradik bersama mak tersayang. Hiks.

Anak mak ada 3 orang perempuan ni jerlah. Dan alhamdulillah mak dah ada 3 menantu :-)

Foto keluarga tetap ada. Pertemuan biarpun sekejap tapi tetap bermakna.

Buat mak,
Selamat hari ulangtahun yang ke-76.
Moga mak terus diberi kesihatan yang baik,
Moga mak selalu happy dengar ceramah agama kat TV (hehehe),
Kitorang sayang mak!!
Our syurga :-)
Sambut Birthday Mak Yang Ke 76! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 24, 2020 Rating: 5

19 comments:

  1. happy birthday ke 76 aunty! moga kekal sihat and kuat ye :)

    ReplyDelete
  2. Selamat ulangtahun buat mama you. Moga panjang umur dan murah rezeki. Wahhhh kek durian.....Best kan dapat berkumpul satu family. Mesti banyak cerita tu kan?

    ReplyDelete
  3. happy birthday to your mommy!!!! may her be blessed and surround by all loves from everyone!!! stay healthy and happy always

    ReplyDelete
  4. selamat ulang tahun to your mother. moga bahagia dunia akhirat aamiin

    ReplyDelete
  5. Happy 76th Birthday to your mother. May Allah S.W.T bless her always.

    ReplyDelete
  6. Comel je mak kak Ayu. Happy birthday yang ke-76, semoga dilimpahkan rahmat dan kurnia dariNYA

    ReplyDelete
  7. Auntie, selamat ulangtahun dan moga dikurniakan kesihatan dan rezki yang melimpah.
    Tau tak anak auntie ni suka TYPO

    ReplyDelete
  8. Selamat hari lahir makcik yang ke 76. Bestnya celebrate ramai2 dekat luar mcm ni. Siap ad lilin dengan dekat durian lagi

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Lahir yang ke 76 Mak kak Ayu. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Lahir mak kak ayu.. Semoga sentiasa sihat, dan panjang umur.. Seronok mak smbut birthday tempat best.. Ehheh

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Masih sihat dan kuat ya maknya. Alhamdulillah dan selamat hari jadi untuk mak kak ayu

    ReplyDelete
  13. Happy birthday utk mak yg ke 76 npj sihat lg, kak pun anak2 rajin gak buat birthday.. mmg happy xkisah pun klu xde hadiah😅

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Lahir buat mak Ayu. Moga sentiasa dilimpahi rahmah, kebaikan, keberkatan dan kesihatan berpanjangan.

    ReplyDelete
  15. Selamat hari lahir yang ke 76 buat mak akak..meriah betul sambut birthday kat Atsky :)

    ReplyDelete
  16. Selamat hari lahir mak cik...comelnya kek durian..tu yang tarik perhatian ciktom..haha

    ReplyDelete
  17. Seriouslah tu kek durian betul-betul? Ingatkan design je durian, memang rasa durian?

    ReplyDelete
  18. Happy Birthday! Meriah nyer birthday celebration Mak Yang, the durian cake look so so real sebiji macam durian.

    ReplyDelete
  19. so sweet ,anak solehah nih,kektu rare laaaaa..dahlah musim doyan dah habis....apapun happy bestday buat emak semoga kekal sihat sejahtera dan gembira disamping ahli keluarga tercinta...aminnn

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.