ARISSTO Memperkenalkan RM1 Buddies Coffee Plan dan ARISSTO Bakeri

Coffee is not a beverage, it's a moment of pleasure.

Kenikmatan bersama secangkir kopi yang semerbak harum aromanya satu terapi yang sangat indah. Apatah lagi kualiti yang didambakan bukan sahaja pada aroma bahkan rasa kopi yang tiada bandingannya. Cukup sempurna! Tentulah dari ARISSTO.

Menggunakan Arristo Machine dan ARISSTO Capsule menghasilkan ARISSTO Coffee terbaik. Apatah lagi sekarang ada ARISSTO Office Plan yang menawarkan RM1 ARISSTO Coffee yang cukup berbaloi!

Sejarah Kopi Sebenarnya Berasal Dari Itali

Tidak dinafikan, orang Itali sememangnya terkenal dengan pelbagai perkara yang hebat. Antaranya tentang seni, perabot, sukan bolasepak dan kereta lumba. Namun begitu tahukah korang orang Itali ini sebenarnya lebih sinonim dengan kehebatan kopi mereka.

Untuk pengetahuan semua kopi di Itali bermula sejak beratus tahun dahulu dan ianya telah mengkagumkan jutaan orang di seluruh dunia dari dulu sehinggalah sekarang. Sehinggakan ianya adalah satu kemewahan yang klasik dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kopi lain di dunia. Oleh itu, Itali dikenali sebagai tempat lahirnya budaya kopi dunia.


Masyarakat Itali meletakkan piawaian yang sangat tinggi kepada kopi mereka sehinggakan ada yang menyatakan;
Jika ingin merasai kopi yang terbaik di dunia, datanglah ke Itali
Pada abad ke-19, kopi ‘Espresso’ telah mula diperkenalkan oleh orang Itali. Ini merupakan minuman yang sangat dibanggakan oleh orang-orang Itali. Melalui ‘Espresso’ ini, maka lahirlah pelbagai minuman kopi yang cukup popular seperti Cappuccino atau Latte. Untuk pengetahuan semua masyarakat Itali sangat taksub dengan kopi mereka, ini boleh diibaratkan seperti orang Perancis dengan taksub dengan wain. 

Keaslian, kualiti dan rasa kopi Itali adalah dicanang sebagai yang terbaik di dunia!  Dan ARISSTO adalah dari Itali dan berbesar hati untuk berkongsi kehebatan kopi mereka ke seluruh dunia.


Kopi ARISSTO, Kopi Terbaik Dunia


Setiap perisa kapsul kopi ARISSTO adalah dihasilkan oleh Pakar Kopi ARISSTO. Proses bermula dari pemilihan biji kopi, proses kisar, panggang dan ianya adalah 100% kopi asli yang dihasilkan di Itali. Pakar kopi ARISSTO (ARISSTO Coffee) telah memilih biji kopi yang berkualiti tinggi termasuk biji kopi Arabica yang ditanam di tanah tinggi iaitu 2000 meter dari aras laut daripada Brazil, Columbia, Costa Rica, Guatemala, Togo, Kenya dan Ethiopia.

Oh ya! Rasa unik kopi ARISSTO (ARISSTO Coffee) sebenarnya adalah hasil daripada proses memanggang biji kopi yang berumur ratusan tahun yang diperkenalkan di Itali. Setiap perisa adalah 100% semulajadi asli tanpa ada bahan pengawet atau campuran lain. Resepi kapsul kopi ARISSTO yang dicipta oleh pakar kopi ARISSTO ini sangat mudah disediakan. Hanya dibru dengan mesin kapsul bersama satu sentuhan, secawan kopi yang indah dapat disediakan dalam masa 30 saat. Ianya setanding dengan kopi yang dihidangkan di hotel lima bintang di seluruh dunia!

Lihat sahaja kopi yang sebelum dibru dan setelah dibru. Memang ada beza. Paling penting aroma kopinya sangat wangi!


Pelan “ARISSTO RM1 Office Buddies Coffee Plan”


Pelan “ARISSTO RM1 Office Buddies Coffee Plan” adalah direka khas untuk semua rakan pejabat. Di mana melalui pelan ini ARISSTO akan memberikan mesin kapsul kopi ARISSTO (ARISSTO Machine) secara percuma untuk semua pejabat yang berdaftar. Setiap satu mesin kopi kapsul ARISSTO boleh dikongsi sehingga 8 orang ahli yang berdaftar dengan pelan ini.
Apa yang menarik sebagai ahli ARISSTO, kita akan mendapat harga istimewa bagi setiap kapsul ARISSTO (25% dari harga kopi yang dihidangkan di kafe-kafe). Lebih ramai rakan pejabat yang mendaftar sebagai ahli, akan lebih banyak mesin kopi kapsul ARISSTO diletakkan di pejabat tersebut. 

 “ARISSTO RM1 OFFICE BUDDIES COFFEE PLAN” adalah satu pelan yang membolehkan rakan-rakan pejabat kita menikmati kopi premium dengan harga jauh berpatutan. Boleh jimat sehingga 75% atas perbelanjaan kopi. Pakej didalam pelan ini juga membolehkan kita minum dahulu dan hanya perlu membuat pembayaran selepas 30 hari.

Terdapat 2 jenis pelan yang ditawarkan iaitu Pelan Basic dan juga Pelan Premium.

Pelan Basic
Harga kapsul yang ditawarkan untuk Pelan Basic.

Inisiatif dan syarat keahlian Pelan Basic

Faedah keahlian Pelan Basic

 Pelan Premium
Inisiatif dan syarat keahlian Pelan Premium

Faedah keahlian Pelan Premium


Ianya ibarat seperti kita mempunyai kafe premium yang beroperasi 24 jam di ruang pejabat sendiri. Kita dan rakan pejabat boleh menikmati kopi yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa sahaja.


ARISSTO Bakeri
Produk bakeri di Arissto ini adalah diinspirasi daripada pengasas Arissto Mr Michael Lim. Menurut beliau, setiap kali menikmati roti pasti mengingatkan tentang momen kehidupan yang dilalui ketika waktu kecil.
Every time I eat bread, I will reminisce the scent of freshly baked bread rolling out from the oven during my childhood.
Pengasas ARISSTO Michael Lim

Apa yang menarik ARISSTO Bakeri memperkenalkan konsep "Teknologi Pembakar 5 Minit" yang mana menggunakan teknologi pengedap nitrogen yang membolehkan roti premium, dibakar dengan
kaedah Le Cordon Bleu yang cukup terkenal di seluruh dunia.


Untuk semua roti dari ARISSTO Bakeri boleh tahan sehingga 6 bulan tanpa penggunaan apa-apa pengawet. Paling penting kesegarannya (fresh) juga dapat dikekalkan melalui pembakaran selama 5 minit sahaja.
Untuk produk ARISSTO Bakeri, pelanggan hanya boleh mendapatkan melalui pembelian atas talian dari laman web https://arissto.com/my Seterusnya  “5 Minutes Oven-Fresh Bread” akan terus dihantar ke rumah atau pejabat (alamat pesanan) pelanggan. 
Saya sendiri sudah merasai produk dari ARISSTO Bakeri. Dan memang sedap dan terbaik. Dengan kualiti roti premium kekal sedap, segar dan juga kaya dengan ramuan bernutrisi. 

Hanya bakar selama 5 minit dan kita boleh nikmatinya bersama kopi ARISSTO. Kombinasi hebat dalam hidangan samada untuk sarapan pagi, tea-break, minum petang mahupun makan lewat malam.

Keterangan lanjut boleh layari;

Jom alami gaya hidup baru,
Dengan menikmati kopi dibru,
Bersama roti premium alaf baru,
ARISSTO pilihan terbaik sejak dulu!
ARISSTO Memperkenalkan RM1 Buddies Coffee Plan dan ARISSTO Bakeri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 01, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. Untuk coffee love, memang kena tau about arristo coffee ni! but personally for myself.. i am soo excited to see the bread.. thank you for this info

    ReplyDelete
  2. Pernah nampak iklan Arristo ni kat tv. Anyway roti dia tu geram aje nampak

    ReplyDelete
  3. wah promosi murah tapi lagi tergoda tengok roti dia, nampak macam sedap..hehe

    ReplyDelete
  4. Saya rasa nak cuba juga lah arristo ni. Nampaknya memang sedap.

    ReplyDelete
  5. Wow......menarik nyer kopi Aristo nie. Mesti aroma nyer sgt menggoda kan. And the bakeries look so delicious.

    ReplyDelete
  6. Yer kak Ayu kita sendiri tak percaya yang Arissto ni memang pakej RM1 sahaja untuk mesin kopi mereka hehehe dan juga rasa kopi mereka sedap dan juga lazat....

    ReplyDelete
  7. Untuk coffee lover memang best. Saya dulu suka kopi, sekarang dah jauh kan diri dari kafein. Pakej arissto tu menarik. Bleh bg tau kawan-kawan minat kopi.

    ReplyDelete
  8. Gilerr murah serendah rm1 aje ek... uitt Sis nak laaa, dah le Sis ko ni coffee lover, aje gile kalau ada benda alah ni kat uma...

    ReplyDelete
  9. wah memang menarik pakej mesin kopi dan juga produk bakeri dari Arissto ni. wajib grab ni untuk kegunaan di office

    ReplyDelete
  10. Dah lama nak ada Arristo. Sekarang dah ada bakeri pula. Mernariknya.

    ReplyDelete
  11. dah ada dah mesin kopi Aristo ni and yes memang sedap kopi dia! Wahhh sekarang dah ada pembakar roti dengan set roti pulak ea. Macam menarik je hehehehe

    ReplyDelete
  12. Wah dia dah ada bakeri sekarang ye.
    Ayu dah ada mesin Arissto kat rumah ke sekarang? Nanti nak singgah minum kopi kat situ ye

    ReplyDelete
  13. Wah... Kita suka coffee! Pakej yang menarik dan seharusnya rebut peluang ni buat pecinta kopi. Yes, Coffee is not a beverage, it's a moment of pleasure.

    ReplyDelete
  14. Yeah, one of the cofffee clan is here... memang tak lengkap rasanya kalau satu hari tak minum kopi walaupun secawan... looking at the packages, nampak menarik... nanti nak discuss dengan incik suami dulu macam mana (maklumlah incik suami tea lover)...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.