Pandemik berkenaan menyebabkan sesi persekolahan terbantut. Peperiksaan termasuk SPM dianjak ke tahun depan dan dijangka berlangsung pada 6 Januari 2021. Peperiksaan percubaan SPM pula akan diadakan bulan depan (Oktober).
Kalau stres belajar, jangan paksa diri. Berehat seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji ini kena tenang. Kalau serabut tak ada guna juga. Nak serap ilmu kena dalam keadaan selesa.
Cuba buat perkara yang boleh hilangkan stres atau saat otak tepu. Seimbangkan dengan perkara lain. Saya ada baca komen pelajar yang ikuti seminar dianjurkan siap tulis kalau stres, dia akan tengok drama Korea. Tapi saya balas balik jangan... nanti tengok sampai berjangkit jangkit banyak episod pula.
Atau jika perlu lelapkan mata atau tidur seketika, lakukanlah. Cuma elak tidur waktu petang selepas waktu Asar. Nanti otak dan badan lagi penat. Cuba kalau penat sangat pejam mata sekitar waktu tengah hari sebelum masuk waktu Zohor.
kata Mira.
Mira yang baru muncul dengan drama Bidadari Kiriman Tuhan bergandingan dengan Zul Ariffin juga berharap adik adik calon SPM juga dapat mengelak untuk terus ketagih dengan dunia digital termasuk menggunakan telefon bimbit.

Belajar untuk jarakkan diri dengan dunia digital. Memang sekarang kita sudah terbiasa memegang telefon bimbit melayari itu ini dan menggunakan pelbagai aplikasi berjam jam.
Ambil masa untuk menikmati udara di luar contohnya bersenam dan berjoging. Pada masa sama jaga penjarakan fizikal. Atau paling mudah buat apa saja benda yang kita gemar.
Bagi calon SPM yang beragama Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain untuk berdoa dengan Tuhan masing masing.
Minta restu ibu bapa. Doa ibu bapa sangat mustajab. Jangan segan peluk mereka dengan kasih sayang untuk beberapa saat.
kata Mira lagi.
Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman yang pernah bergelar pelajar cemerlang ketika SPM pada tahun 2010 juga percaya bahawa kejayaan pendidikan serta ilmu yang ditimba itu bersifat positif.
Bercerita lanjut mengenai peranan dan fungsi sebagai ikon dan duta PTTI, Mira untuk menggalakkan anak muda menyertai seminar pengajian.
Sisi peribadinya kini, Mira mengakui lebih mahu masa bersama suami tercinta. Pasangan yang sempat berbulan madu di Pulau Langkawi ini, juga dalam proses berpindah ke rumah baru.
Baru baru ini PTTI iaitu sebuah pusat peningkatan akademik pakar dlm membantu pelajar SPM turut melancarkan program khas untuk calon pelajar SPM 2020 yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Dengan kepercayaan semua orang mampu berjaya, PTTI akan mengadakan Seminar Mampu Skor SPM (Virtual Online) pada Sabtu, 24 Oktober 2020 terbuka utk pelajar SPM 2020 semua aliran. PTTI akan menaja 3000 tiket percuma bagi pelajar yg tak pasti kemampuan diri utk skor dlm SPM demi masa depan mereka.
Layari www.MampuSkorSPM.com utk dapatkan tiket percuma.
Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman yang pernah bergelar pelajar cemerlang ketika SPM pada tahun 2010 juga percaya bahawa kejayaan pendidikan serta ilmu yang ditimba itu bersifat positif.
Ilmu dan pendidikan ini sangat luas skop pemahamannya. Pendidikan bukan diukur dengan tahap kelulusan kita perolehi. Sebaliknya ia satu proses berterusan tanpa mengira peringkat umur. Setiap hari menjadi proses belajar benda baru.
Ada sijil atau kelayakan ia satu bonus. Tapi realiti sebenar ialah ketika kita berdepan dunia sebenar iaitu pekerjaan. Dalam dunia ini, ada yang belajar tinggi dan sebaliknya. Namun kerjaya yang dipilih belum tentu jadi kayu pengukur tahap pendidikan dimiliki.
Namun ada tahap pendidikan ini ia dapat membantu dan membentuk kita jadi manusia baik. Macam sebelum ini ada skeptikal dengan golongan artis yang tiada latar belakang pendidikan. Itu satu tanggapan salah. Kebanyakan artis pun ada latarbelakang pendidikan yang baik. Ia sangat subjektif.
Dengan kelompok pengikut saya di media sosial yang kebanyakan juga di kalangan budak sekolah, ia jadi lesen baik untuk mengajak mereka belajar secara dalam talian.
Melihat testimoni pelajar SPM yang berjaya dengan izinNya menerusi bantuan PTTI, ia satu penanda aras terbaik. Jika selama ini pelajar sekolah memilih belajar sendiri, kenapa tidak menyertai seminar dianjurkan saja.
Teknik, tips, cara dan formula diperkenalkan tenaga pengajar di PTTI termasuk Cikgu Fana sendiri cukup efektif selain mudah. Proses memahami sesebuah subjek juga lebih baik.
Benar tahun pelajar sekolah termasuk calon SPM bergelut sedikit kerana Covid 19. Jangan kecewa dan lemah semangat. Ada hikmah tersendiri kerana masa untuk ulang kaji lebih banyak.
Sisi peribadinya kini, Mira mengakui lebih mahu masa bersama suami tercinta. Pasangan yang sempat berbulan madu di Pulau Langkawi ini, juga dalam proses berpindah ke rumah baru.
Saya beritahu pengurus untuk tidak mengambil kerja berlakon dalam tempoh sekitar dua bulan. InsyaAllah hujung tahun ini, saya akan berlakon untuk sebuah drama Astro Ria.
Ketika ini saya hanya lunaskan kerja penggambaran untuk hos Nona saja kerana tak ambil masa panjang.
Baru baru ini PTTI iaitu sebuah pusat peningkatan akademik pakar dlm membantu pelajar SPM turut melancarkan program khas untuk calon pelajar SPM 2020 yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Dengan kepercayaan semua orang mampu berjaya, PTTI akan mengadakan Seminar Mampu Skor SPM (Virtual Online) pada Sabtu, 24 Oktober 2020 terbuka utk pelajar SPM 2020 semua aliran. PTTI akan menaja 3000 tiket percuma bagi pelajar yg tak pasti kemampuan diri utk skor dlm SPM demi masa depan mereka.
Layari www.MampuSkorSPM.com utk dapatkan tiket percuma.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...