Undian bagi peraduan anugerah apresiasi jenama tahunan ini bermula pada 2 September 2020 dan bakal berakhir pada 30 September 2020. Sebelumnya dikenali sebagai Anugerah Most Voted Brands, ia kini ditukar kepada Anugerah Healthy Beauty.
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata:
Pencarian jenama-jenama terbaik oleh pelanggan Guardian ini bertujuan untuk memberi kuasa kepada pelanggan untuk memilih produk kecantikan sihat yang terbaik di dalam industri yang ditawarkan di semua stor Guardian. Jadi saya menyeru kepada semua pelanggan untuk menyuarakan pandangan dan pilihan anda.
Di Guardian, para pelanggan adalah keutamaan kami dan platform undian pelanggan sebenar yang unik ini adalah sangat relevan pada masa ini kerana Guardian didorong untuk menjalinkan hubungan yang mantap dengan pelanggan dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku mereka yang sentiasa berubah dan berkembang.
Saya percaya Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian Malaysia adalah di antara anugerah paling berprestij dan paling definitif di dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat.
Tambahan pula, undian diambil secara keseluruhan, ini akan memberikan gambaran yang adil terhadap jenama yang paling menawan dan memberi impak kepada pelanggan. Jenama- jenama akan memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan jenama oleh pengguna dengan lebih 70 pemenang dalam 6 kategori anugerah iaitu ‘Jenama Baru Terbaik’, ‘Undian Tertinggi Pilihan Influencer’, ‘Kosmetik’, ‘Penjagaan Kulit’, ‘Penjagaan Diri’ dan ‘Penjagaan Kesihatan’.
Meraikan gaya hidup digital majoriti pelanggan masa kini, proses undian akan dikendalikan sepenuhnya dalam format digital. Ini bermakna, semua undian akan diadakan di dalam talian.
Dan untuk undian tahun ini, tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan. Apa yang pelanggan perlu lakukan adalah untuk mendaftar di www.hba2020.guardian.com.my melalui platform media sosial mereka atau daftar secara manual dan mula mengundi. Tiada had nbilangan penyertaan dikenakan jadi pelanggan boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang mereka mahu.
tambah Anna.
Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat penuh Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian dan undian, sila layari http://www.hba2020.guardian.com.my/.
Ok..tq for sharing.
ReplyDelete