Dalam sebuah ulasan pertengahan kempen yang telah berlangsung hari ini dan pelancaran acara membeli-belah tahunan khas 9.9 Super Shopping Day, Shopee memaklumkan bahawa baucar-baucar tersebut dinikmati oleh hampir 2 juta rakyat Malaysia yang memanfaatkan penjimatan dan pulangan tunai bagi peralatan rumah, produk kesihatan dan kecantikan, mainan, barangan runcit, automotif dan gajet.
Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee, platform e-dagang ini memberikan nafas baharu kepada inisiatif Shop Malaysia Online tersebut dengan tema baharu setiap minggu bagi memastikan ia kekal menarik untuk para pengguna.
Dengan berbuat demikian, kami juga memastikan bahawa sokongan yang sama rata diberikan kepada para penjual dari pelbagai sektor.
Untuk memudahkan rakyat Malaysia mengenal pasti penjual tempatan, Shopee telah mencipta tag
Local Selleryang tertera di bawah semua produk yang dijual oleh perniagaan tempatan yang layak untuk menyertai Shop Malaysia Online.
Banyak yang telah diusahakan demi melaksanakan inisiatif e-dagang PENJANA ini supaya orang ramai akan terus kembali untuk menyokong penjual tempatan kita. Sebagai contoh, kami memperkenalkan baucar pulangan tunai yang memberi ganjaran kepada pengguna apabila mereka membeli daripada penjual tempatan, seterusnya menggalakkan pembelian berulang yang akan mendorong pertumbuhan berterusan untuk penjual kami. Begitulah caranya kami memastikan ekonomi terus maju dan ini amat bermanfaat bagi penjual tempatan. tambah Ho.
Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd berpendapat bahawa PENJANA relevan dan tepat pada masanya kerana Covid-19 telah membawakan impak negatif kepada hampir seluruh sektor peruncitan termasuk peralatan sukan.
Wabak ini telah memberi cabaran kepada perniagaan untuk mencari peluang agar dapat berkembang di luar model tradisional. Sebenarnya, kami telah membuat keputusan perniagaan untuk beralih dari luar ke atas talian sepenuhnya sehingga PKP ditamatkan. Ini termasuk mengalihkan semua pelaburan pemasaran, operasi dan pengaktifan media sosial kami ke platform e- dagang kami. Usaha kami menyaksikan transaksi harian meningkat sebanyak 20 kali ganda dalam tempoh masa tersebut. Sehingga hari ini, perniagaan e-dagang kami terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh kerana e-dagang telah membuka segmen pengguna baharu untuk kami. Oleh itu, mendirikan Kedai Rasmi Al-Ikhsan di Shopee Mall adalah sebuah perkembangan yang wajar dilaksanakan ketika kami memperluas usaha e-dagang kami. Perkara tersebut, dan penyertaan kami dalam Shop Malaysia Online akan memberi kami dorongan hebat. Saya percaya hubungan antara peruncit sukan pelbagai jenama no.1 dan platform e-dagang no.1 di Malaysia ini adalah usahasama antara dua pihak yang setanding dan merupakan tonggak utama dalam strategi kami untuk mendapatkan e-dagang untuk menyumbang 10% kepada keseluruhan perniagaan kami menjelang akhir tahun 2021.
Shop Malaysia Online mengikuti langkah satu lagi kolaborasi yang berjaya - kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS (MSME) PENJANA yang merupakan inisiatif e-dagang PENJANA Kerajaan yang dilaksanakan oleh MDEC dan Shopee yang memberikan manfaat berjumlah lebih daripada RM1,500 kepada setiap MSME Malaysia yang baharu kepada Shopee. Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih daripada 38,000 penjual, dengan MSME yang mengambil bahagian mencatatkan purata peningkatan sebanyak 162% dalam jualan harian mereka setelah menyertai kempen ini.
Setelah menyertai kedua-kedua inisiatif e-dagang PENJANA, penjual tempatan Gadget Velocity yang baru menyertai Shopee pada bulan Jun 2020 berjaya mencapai jumlah jualan hampir setengah juta Ringgit pada bulan Ogos 2020 sahaja. Gan Poe Yee, Pengurus Atas Talian, Gadget Velocity mengaitkan kenaikan jualan mereka dengan baucar kedai, Pulangan Tunai dan Program Penghantaran Percuma yang menarik pelanggan ke kedai mereka.
Kami bertuah kerana kami layak mendapat faedah e-dagang PENJANA yang membantu meningkatkan jumlah pesanan kami. Tetapi kami tahu bahawa kami tidak boleh hanya bergantung pada bantuan one-off sahaja - kami juga harus memainkan peranan kami dengan menawarkan tahap perkhidmatan pelanggan yang baik melalui respons yang pantas dan servis selepas jualan. Gabungan kesemua usaha ini telah membantu kami mencapai peningkatan jualan sebanyak lima kali ganda berbanding dengan ketika kami baru memulakan perniagaan di Shopee.
Bercakap pada sesi panel yang dianjurkan oleh Shopee sempena 9.9 Super Shopping Day, Prasad Babu, Ketua Pemboleh & Permintaan, Bahagian E-dagang, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia mengatakan inisiatif e-dagang PENJANA telah membolehkan penjual tempatan untuk mengkaji semula pendekatan mereka terhadap e-dagang perdagangan dan tentunya dalam perjalanan untuk menjadi perniagaan berasaskan digital.
MSME telah mengambil inisiatif untuk mengadakan tawaran dan promosi mereka sendiri. Kini, mereka lebih reseptif terhadap penerokaan penyelesaian digital lain seperti pengiklanan Google dan Facebook untuk meningkatkan trafik ke kedai e-dagang mereka. Oleh itu, kesan dan hasil inisiatif e-dagang PENJANA bukan hanya mengenai angka jualan atau jumlah penjual atas talian baharu yang telah dijana setakat ini, tetapi bagaimana ia mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital yang terbukti menjadi kemenangan besar untuk kita sebagai sebuah negara. Untuk mencapai tahap yang lebih tinggi, MDEC akan meneruskan usaha untuk mempercepatkan lonjakan digital untuk semua perniagaan di Malaysia dan menyokong mereka untuk bersaing dengan jenama global terkemuka dalam dan luar empadan negara kita.
Kini, ketika Shop Malaysia Online inisiatif memasuki fasa terakhirnya, Shopee meningkatkan usahanya dalam menggalakkan pengguna untuk memainkan peranan mereka dan menyokong perniagaan tempatan untuk pemulihan ekonomi. Ini termasuk pengambilalihan platform oleh PENJANA pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia. Platform e-dagang tersebut juga mengambil langkah yang lebih lagi untuk membantu penjual tempatan dalam inisiatif Shop Malaysia Online melalui 9.9 juta baucar PENJANA yang juga menawarkan lebih banyak penjimatan kepada pengguna Shopee.
Ho menjelaskan bahawa ini selaras dengan salah satu daripada tiga komitmen utama Shopee untuk 9.9 Super Shopping Day. Selain mempercepatkan pertumbuhan dan pemulihan ekonomi, Shopee juga akan mengukuhkan ekosistemnya bagi menjadikan urusan jual beli atas talian lebih mudah sambil menawarkan pengalaman membeli-belah yang unggul dengan membawakan koleksi hiburan dan tawaran terbesar kepada para pengguna. Mulai hari ini hingga 9 September, Shopee akan memberikan lebih banyak nilai kepada pengguna dengan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9, menawarkan baucar 50% dan tawaran RM9 setiap hari semasa Jualan Kilat Shocking Sale. Rakyat Malaysia juga berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM99,000 melalui Shopee Games, termasuk 9 unit Samsung Galaxy Note20 apabila mereka bermain Shopee Farm.
Untuk countdown yang tidak dapat dilupakan pada 9.9, jangan terlepas menyaksikan Shopee 9.9 Super Show yang menampilkan permainan, persembahan dan aksi oleh barisan bintang termasuk Ernie Zakri, Dato' Aaron Aziz, Ayda Jebat, Alif Satar, Wany Hasrita dan ramai lagi. Tonton, main dan menangi hadiah pada 8 September, dari jam 9 malam di Shopee Live, YouTube, Astro Prima dan Hello. Shopee 9.9 Super Show dibawakan kepada anda oleh Drypers, Dettol, P&G, Friso, PediaSure, Nescafé dan LOréal.
Untuk melayari kempen Shop Malaysia Online, kunjungi
Manakala untuk maklumat lebih lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day layari
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...