Summerie Produk Penjagaan Mandian Dan Diri, Ditawarkan Harga Mampu Milik | Saya Memang Rekomen

Saya sudah menjadi pengguna jenama Summerie sejak awal tahun lagi. Jujurnya saya memang jatuh cinta dengan produk jenama ini. Untuk produk mandian saya telah mencuba dari varian grapefruit, manakala syampu dan perapi saya menggunakan dari siri dandruff (kelumumur). Memandangkan saya ada masalah dengan rambut berkelumumur beberapa tahun kebelakangan ini.


Apa yang saya suka tentang produk ini adalah ramuannya! Ianya dihasilkan secara saintifik dari ekstrak botani yang sememangnya kaya dengan khasiatnya sendiri dan mampu memelihara dan memberi perlindungan secara luaran. Bauan dari setiap siri juga sangat best! Bagi saya sendiri bila kita menggunakan produk yang sedap baunya ianya bukan sahaja menjadi terapi tapi boleh boost untuk menjadikan mood kita lebih 'happy' setiap hari. Lagipun harga dia memang mampu milik. Untuk kualiti premium seperti ini memang sangat berbaloi!

Produk Summerie Yang Cukup Sempurna
Summerie adalah simbolik daripada gabungan 2 perkataan iaitu ‘summer’ dan ‘reverie’. Sesuai dengan keadaan cuaca di negara kita di Malaysia panas dan lembao, produk ini mampu memberikan perlindungan dan memelihara kecantikan badan. Dan yang paling seronok kita boleh manfaatkan kebaikannya di dalam rutin mandian setiap hari.

Gaya pembungkusannya memang esklusif tetapi siapa sangka ianya adalah produk dihasilkan di Malaysia dan direka khas untuk pengguna masyarakat tempatan. Ia menggunakan minyak biji bunga
matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat yang mesra kulit dan rambut. Selain itu ianya juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C, E serta mineral seperti besi, potassium, kalsium danOmega-6.

Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperolehi dari alam semulajadi, dan semuanya bebas dari bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.

Rangkaian Summerie terdiri daripada:
  • Grapefruit Purifying Body Wash 
  • Chamomile Purifying Body Wash
  • Passionfruit Refreshing Body Wash
  • Ginger Refreshing Body Wash
  • Shampoo for Normal Hair
  • Shampoo for Oily Hair
  • Shampoo for Dry Hair
  • Shampoo for Dandruff Care
  • Conditioner for All Hair Types
  • Instant Moisturising Hand Sanitiser
  • Power Action Spray Sanitiser

Shampoo for Oily Hair dan Shampoo for Dandruff Care

Shampoo for Normal Hair

Grapefruit Purifying Body Wash dan Chamomile Purifying Body Wash

Conditioner for All Hair Types
Instant Moisturising Hand Sanitiser
Power Action Spray Sanitiser


Jom dapatkan rangkaian penuh produk Summerie yang merangkumi pembersih badan syampu dan pembersih tangan hanya di kedai-kedai Guardian di seluruh Malaysia, dengan harga runcit yang disyorkan dari RM4.90 hingga RM17.90.

Untuk maklumat lanjut mengenai Summerie, layari http://summerie.my/ atau semua platform media
sosial Summerie:-
Facebook: Summerie
Instagram: @Summeriemy

Korang kena cuba sendiri. Saya memang rekomen.
Summerie Produk Penjagaan Mandian Dan Diri, Ditawarkan Harga Mampu Milik | Saya Memang Rekomen Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 24, 2020 Rating: 5

12 comments:

  1. Waa bagusnya mereka dah keluarkan shampoo & conditioner pula! Before ni dah pernah try bodywash mereka tu, memang best! Nanti boleh try shampoo set pula dari Summerie ni 🥰

    ReplyDelete
  2. Wow......cantik nyer packaging Dia. Siap ada hand sanitizer lak tu. Boley lah try nanti. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. First time dengar. Thanks kenalkan produk ni.

    ReplyDelete
  4. Fall in love dengan Summerie sebab packaging colorful dan bau dia best. Suka semua range. Sekarang Guardian ada buat 40% utk barang mandian. Summerie tersenarai dan harga sangat murah. Boleh la borong!

    ReplyDelete
  5. Menarik tengoknpackaging dia.. Colourful.. Belum try lagi produk summerie ni.. Ramai kata wangi. Nanti boleh dapatkan dekat guradian. Harga pun takdelah mahal..

    ReplyDelete
  6. Packaging dia sagat menarik.Dah try bau dia wangi..harga pun mampu milik..best sangat

    ReplyDelete
  7. Kalau wangi memang best laaa guna, sebab kitakan berhijab, so kewangian dia mesti terserlah gak kannn/..nanti nak cuba laaa..

    ReplyDelete
  8. Menariknya produk Summerie ini bila baca info about it... Harga pun sangat berpatutan kan... Boleh cuba try test nanti!

    ReplyDelete
  9. Nanti nak tru ptoduk summerie ni sebab ada tengok sorang blogger ni guna dia share cakap wangi dan best.

    ReplyDelete
  10. First time dengar nama produk summerie ni. Tak tau pulak ada dkt guardian. bolehlah nnti saga cuba.

    ReplyDelete
  11. I really love their natural scent, especially their Chamomile Body Wash is so soothing.

    ReplyDelete
  12. Macam best je produk summerie nimrasa nak pergi beli sekrang jugak lah. Harga pun berpatutan. Memang mampu milik

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.