Ayam Goreng MALA Marrybrown Terbaru Memang Benar-Benar MALA-TUP
Ayam Goreng MALA Marrybrown Terbaru Memang Benar-Benar MALA-TUP - Setiap kali Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown memperkenalkan menu terbaru, rasanya tidak akan pernah mengecewakan. Terkini Marrybrown telah memperkenalkan hidangan terbaru iaitu Ayam Goreng Mala (MB Mala Fried Chicken). Di mana kita boleh mendapatkan hidangan istimewa ini di Marrybrown untuk tempoh yang terhad iaitu bermula dari 28 Oktober 2020 sehingga 13 Disember 2020.
Berpegang pada motto, “something different”, hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas memberikan pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan hebat pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau!
Menurut Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala.
Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua.
kata Dato’ Joshua.
Ketika mencipta menu ini, kami di Marrybrown berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat.
Sekarang kita boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza! Serius korang! memang best :-)
Peminat ayam goreg pedas mempunyai dua pilihan kombo
iaitu Ayam Goreng 2-pc atau Ayam
Goreng 3-pc – kedua-dua kombo dihidangkan bersama Mashed Potato
dan Vegetable Salad.
Bagi yang inginkan kepedasan sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka nikmati iaitu Kombo Bubur Ayam MALA. Untuk satu suapan bubur sahaja akan dapat menghilangkan rasa kepedasan Ayam Goreng Mala. Walaupun begitu, kelazatan Mala tetap dapat dirasakan. Woot! Woot!
Bagi
mereka yang berani menyahut cabaran untuk pengalaman Mala sepenuhnya, pilihan
keempat, Mala Box Meal adalah pilihan
terbaik dengan gabungan Ayam Goreng
Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, dan gegelang bawang rangup yang
digemari ramai. Set kombo ini juga dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang unik.
Mala-tup Box Meal | Harga dari RM22.60
Ke semua set kombo ini ditawarkan pada harga sangat berbaloi iaitu bermula dari RM14.60 dan ke atas. Untuk setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan!
Selama bertahun perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyajikan pelbagai hidangan yang memikat hati peminat. Tujuan utama yang tidak pernah berubah adalah untuk terus berusaha dalam menyediakan hidangan terbaik kepada para peminat MB serta sentiasa mencipta sesuatu yang berbeza dan melazatkan seperti MB Mala Fried Chicken yang terbaharu ini.
kata Dato 'Joshua.
Saya sendiri sudah mencubanya ternyata memang sedap dan menepati citarasa saya. Ini terutama apabila rasa kepedasan mala yang betul-betul meletup. Saya paling suka dengan ayam goreng mala dan juga kentang goreng mala, pedas dan garing gabungan yang benar-benar membuka selera. Ada kelainan kepedasan yang saya pernah cuba. Anak-anak saya pula lebih menggemari bubur yang ditambah dengan ayam kepedasan dan serbuk mala. Gabungan bahan yang cukup sempurna dan memikat jiwa.
Untuk pengetahuaan semua, Marrybrown kini mmempunyai lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna - di kedai mahupun di rumah!
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/
wah ada menu ni lagi! so far kite memang fall in love MB ni! sebabnya lagi better especially bubur dia dan juga murah. okay nak beli lah nanti
ReplyDeletewah sedapnya tarikan terbaru dekat MB ni. haish, sekarang saya dkt kampung, so nak pergi marrybrown terdekat jauhla pulak.. :)
ReplyDeleteDah lama tak makan MB. Walaupun dia tak sepopular fast food lain, saya suka ayam goreng dia. Pastu makan dgn nasi & papadam.
ReplyDeleteNak kena cuba gak laaa ni ek...hrni kalau mood Suami ok, nak tarik masuk MB sat hahahaha nampak sedap nauuu..
ReplyDeleteWow ayam mala-tup! Dah lama ni tak pekena MB. Boleh laaa ajak suami pekena ayam mala-tip ni
ReplyDeleteSedapnyaaa...Memang kena try jugaklah nanti nie
ReplyDeleteI wish there is MB delivery to my area! Wanna try this new menu before it's gone laaaa!
ReplyDeleteAiyooo sudah lama kita tak makan MB ni. Alang-alang dah lama tak merasa boleh lah ajak geng makan sekali. Nampak sedap lah
ReplyDeletewow dah banyak variasi eh Marrybrown sekarang. Macam ni memang syok la nak makan. Bubur ayam dia nampak malatup sangattt
ReplyDeleteWahh menarik.. boleh try nanti ni
ReplyDeleteAlaa.. rindunya nak makan kat Marrybrown.. TB suka sangat Marrybrown punya Ayam .. sebelum ni makan dekat situ je.. kalau takeaway belum pernah lagi.. suka bubur ayam diaaa
ReplyDelete