Cemburu Antara Rakan Sekolah

Baru-baru ini saya ada berbual dengan Yana melalui telefon. Maklumlah musim Covid 19 ini, memang pulang bermalam (PB) untuk anak-anak telah dibekukan. Rasanya dah hampir 4 bulan tak jumpa Yana. Rindu juga. Tetapi memandangkan Yana perlu menghadapi peperiksaan SPM tak lama lagi, jadi satu pengorbanan juga agar dia dapat lebih fokus dengan pelajaran.


Kesnya, dia ada macam ada masalah seorang kawan dalam kelas. Hubungan dia dengan kawan kelas itu tak adalah rapat sangat. Cuma untuk kelas yang saiznya kecil, tidak ramai perempuan agak terkesan jika salah seorang darinya ada yang menunjukkan rasa tidak senang hati.

Saya tanya Yana..

Apa yang Yana rasa kawannya tidak berpuas hati. Panjang juga Yana bercerita tetapi lebih kepada terasa hati dan cemburu bebudak remaja. Di mana saya rasa semua orang ada melaluinya. Samada kita boleh kawal, ignore ataupun amik serius satu perkara 
Kita rasa 'envy' bila lihat orang boleh dapat apa yang kita idamkan. 
Kita akan rasa rendah diri dan mempertikaikan kenapa kita juga tidak boleh dapat seperti orang lain.
Kita 'cemburu' tanpa tujuan. Sentiasa bersangka tidak baik.
Kita sering menyalah takdir.

dan pelbagai lagi.

Dalam konteks situasi Yana, beliau tidak ada rasa apa-apa sebab beliau ini jenis seorang yang out-going, happy go lucky cuma mudah terasa apabila orang bercakap di belakang (stab back). Yana jika melihat pencapaian di sekolah memang agak cemerlang (alhamdulillah). Beliau memang jenis yang sangat bekerja keras dan saya selalu mengingatkannya tentang depresi. Untuk didalam kelas dan peringkat aliran. Kedudukan Yana memang antara yang top 20 daripada jumlah pelajar 400 lebih. Yana juga jenis suka sertai aktiviti penyelidikan yang membawa pasukannya ke banyak pertandingan sains peringkat daerah sehingga negara, Namun saya selalu ingatkan Yana tentang pengurusan masa. Kita bukanlah robot yang boleh buat perkara serius dalam masa 24 jam x 7 hari. Perlu ada aktiviti santai, pendek kata seimbang. Dunia dan akhirat.

Biasalah dalam ramai kawan-kawan yang macam rapat tapi di belakang tikam juga. Bermuka-muka pun ramai juga. Biasalah dunia, banyak ragamnya. Salah satu punca sebab ada perasaan cemburu. Sebenarnya kalau diikutkan ada juga cemburu yang memberi impak positif.

Contoh kita cemburu dengan hidupnya. Tak pernah ada aura negatif. Sentiasa positif jer. Dia gagal, dia bangkit. Rezeki dia dikelilingi keluarga yang baik dan sering memberi sokongan. Kita cemburu dengan kehidupannya. Tapi kita amik rasa cemburu menjadi satu motivasi untuk kitapun sama-sama boleh berubah seperti itu. Amik perkara yang baik, kita teladani dan ikuti.

Tapi jika cemburu keterlaluan ianya boleh menyebabkan perkara seperti berikut (sumber : sehatq.com)
  • Rasa percaya diri yang rendah
  • Emosi yang tidak stabil dan cenderung mudah cemas serta mengalami mood swing
  • Merasa insecure dan akhirnya menyebabkan perilaku posesif
  • Terlalu bergantung pada pasangan
  • Merasa takut secara berlebihan

Berbalik pada cerita Yana. Saya nasihatkan beliau untuk tidak perlu memikirkan masalah cemburu kawan. Kita ada ramai kawan lain. Tak perlu terasa hati. Tak perlu nak berhadapan untuk dapatkan kepastian. Buang masa. Jalani hidup macam biasa. Bersihkan hati, buat perkara yang ada manfaat pada diri. Tak perlu sedih atau menangis untuk perkara yang tidak penting atau sia-sia. Rugi untuk keluarkan air mata untuk mereka yang bukan menghargai kita sebagai kawan yang baik.



Saya juga kaitkan dengan kehidupan saya pada Yana dengan memberi contoh apa yang saya lalui setiap hari. Tipulah kalau dalam hati tak ada rasa sedikit cemburu atau dengki. Cuma saya selalu amik itu sebagai asbab untuk memotivasikan diri. Contohnya baru-baru ini saya ada melihat perkongsian rakan saya di FB. Tentang kejayaan beliau dilantik untuk satu jawatan bagi saya agak tinggi dan ramai juga yang memang akan teruja bila diberi peluang. Dengan berpendidikan Phd dan juga jawatan hebat, memiliki keluarga yang agak ramai dan harmoni. Ahah.Bagi orang lain pasti tak akan rasa apapun melihat kejayaan kawan saya itu. Tapi sebab saya memang punyai cita-cita seperti itu cuma takdirnya saya tidak dapat lagi capai tahap pendidikan yang saya impikan sejak kecil. Biarpun hakikatnya saya dah mencuba berkali-kali. Semuanya berhenti di tengah jalan.


Cemburu? Ada. Tapi setakat cemburu motivasikan. Bahkan saya juga happy dan berbangga kerana memiliki kawan saya yang begitu fokus, positif dan usaha sehabis baik untuk balance sebagai isteri, ibu dan pekerja terbaik. tak semua orang boleh lakukan. Dan beliau dapat buktikan, kita sebenarnya boleh!

Ambil perhatian cemburu extreme sangat bahaya ya! Kalau kita tidak boleh kawal cemburu. Ianya boleh menyebabkan gangguan mental dan boleh kena penyakit seperti di bawah:-
  • Skizofrenia
  • Paranoia
  • Psikosis
  • Gangguan
  • Borderline personality disorder (BPD)
 
Cara rawat rasa cemburu sebenarnya lebih kepada hati. Untuk hati tenang dan buangkan rasa cemburu berlebihan. Dekatlah diri dengan tuhan (solat sunat, mengaji dll), sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat serta menyeronokkan,bersenam, baca buku motivasi dan pelbagai lagi :-)

Dan Yana, lepas berbual dan nasihatkan beliau dekat 2 jam. Dia okay dan kembali happy. That's my gurl!

Cemburu Antara Rakan Sekolah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 27, 2020 Rating: 5

12 comments:

  1. LH selalu juga cemburu melihat orang lain dah berjaya. Kita bila lagi, tapi cemburu tu yang memotivasikan kita dan bertukar menjadi inspirasi. Lepas tu, belajar bersyukur perkara-perkara kecil yang kita dapat. Itu pun dapat merawat hati yang cemburu juga

    ReplyDelete
  2. Moga yana kuat hadapi karenah dunia remaja. Ignore je hati2 yg x sihat itu. Ambil je cemburu diorg tu dengan rs positive. Baru hidup akan tenang dan bahagia. Boleh fokus pada pelajaran 😊

    ReplyDelete
  3. Great that your daughter trusts you enough to confide in you like this. Some teenagers don't have such a good relationship with their parents.

    ReplyDelete
  4. Memang cemburu kekadang menguasai diri kita.. tapi biarlah cemburu yang buat diri kita ni nak usaha menjadi seperti mereka, jangan cemburu yang ada PHD, tu bahaya kannn..Sis pun faham gak perasaan Yana tu sebab Sis pun ada anak-anak remaja..

    ReplyDelete
  5. Zaman remaja memang normal ada perasaan cemburu sesama rakan sebaya. Dari situ mereka akan belajar untuk dijadikan pengalaman hidup. Yg penting kena stay positif.

    ReplyDelete
  6. very nice write up babe. Yupe don't need to care about jealousy ppl as they always have things to jealous haha. let's be positive

    ReplyDelete
  7. Kita semua lalui zaman tu. Tipula tak cemburu.. Hehehe. Tapi bila kita dah matang baru dpt berfikir kenapa perlu cemburu. Bgus kak bgtau dekat anak macam tu. Good sharing

    ReplyDelete
  8. Ini biasa anak remaja terutama perempuan memang ada perasaan dengki dan juga iri hati dengan kawan dan juga suka tikam belakang. Tapi kita kena sentiasa positif dan juga jangan ambil endah sangat melainkan dia mencederakan kita.....

    ReplyDelete
  9. Bahaya ada perasaan cemburu ni.. Mcm2 boleh berlaku paling takut ada pihak yang mengunakan benda yang tak sepatutnya gara2 cemburu.. Mohon kita semua dijauhkan dengan cemburu negatif mcm ni...

    ReplyDelete
  10. Cemburu ni bagi iza biasa la. Bagi Iza semua orang mesti ada perasaan cemburu. Cumanya kita kawal la perasaan tu. Jadikan motivasi supaya kita lebih maju.

    ReplyDelete
  11. Jangan cemburu, buat kerja yang anda suka, lama2 konfirm berjaya jugak. Sekarang ni pandemik, mmg dugaan besar kepada semua orang, tak kira SME ke ataupun individu. Buat kerja yang ikhlas dan sumbang apa yang mampu, harap-harap cabaran ni kita menangani bersama!

    ReplyDelete
  12. Perasaan cemburu ni bukan hanya pada golongan remaja. Malah sampai alam dewasa ni pun, perasaan itu masih ada. Cuma bagaimana cara kita berhadapan dengan rasa cemburu itu. Cemburu yang bagus, dia ambil secara positif dan bersaing secara sihat. Elakkan cemburu yang tak baik sampai menyakiti hati orang lain.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.