Entri Bergambar | Ke Genting Pertama Kalinya Selepas PKP

Terus terang saya katakan dari mula awal PKP, kemudian tamat sambung dengan PKPP kami sekeluarga belum berkesempatan untuk keluar bercuti ke mana-mana. Ini kerana kami rasa lebih selamat dan selesa berada di rumah dan berjalan di kawasan berdekatan.

Tapi hujung minggu baru-baru ini, Dedet begitu excited nak bawa ke tanah tinggi Genting Highlands. Katanya, rindu dengan suasana dan cuaca sejuk. Apatah sekramg ini, hanya akan ada pelancong tempatan jadi ianya tidaklah sesak mana. Tambahan pula, sambil bercuti secara tidak langsung kita sokong industri pelancongan negara.

Biarpun dekat jaraknya tapi ianya tetap bermakna buat anak-anak saya :-) Paling penting ketika berada di khalayak ramai, kami sentiasa mematuhi SOP kerajaan iaitu memakai mask, bawa sanitizer dan perlu ada penjarakkan sosial.

Secara ringkas, satu hari berada di sana kami sempat...

1. Menaiki Cable Car!

Ini adalah pengalaman pertama saya dan anak menaiki cable car di Genting, ahhahaha. Percayalah! Sebelum ini kami pernah menaiki di Langkawi. Harga tiket RM9 sahaja untuk perjalanan sehala. Kami naik dari Premium Outlet Genting. Ada dua cara nak beli tiket samada melalui kaunter ataupun mesin layan diri. Jika membeli di kaunter extra RM2 akan dikenakan untuk setiap pembelian/transaksi.

Naik cable car juga atas sebab permintaan Amani. 'Teringin' katanya :p

Ketika ini hujan renyai-renyai. Angin agak kuat juga. Tapi pemandangan dari atas memang sangat cantik!


2. Eksplorasi Taman Tema (Indoor) Genting
Antara yang dinantikan oleh anak-anak. Bermain dengan beria di sini. Pelbagai permainan dibuka untuk pengunjung. Dan saya perhatikan untuk hari Ahad (hujung minggu), pengunjung agak ramai juga. Kami hanya bermain 3 permainan sahaja kerana ingin elak untuk berada di kawasan ramai orang dalam satu-satu masa.




Kecantikan warna-warna lampu memang menghidupkan suasana. Dengan cuaca yang sejuk memberi sedikit kelainan (ambil mood teringat dikala bercuti di luar negara).

3. Pelbagai Restoran Menarik Yang Menawarkan Pelbagai Jenis Hidangan

Selain daripada restoran makanan segera yang menjadi tumpuan, terdapat juga restoran lain yang tidak kurang hebatnya dari segi populariti yang boleh kita kunjungi. Antaranya seperti Grandmama's, Burger & Lobster Genting dan pelbagai lagi.

4. Tarikan Pelancong - Chin Swee Temple.
Lokasi ini juga pertama kali kami singgah. Pada kebiasaannya kami hanya lalu sahaja. Cantik kawasan persekitaran temple ini. 

Simbolik kepada bangunan pagoda 9 tingkat yang unik. Memang cantik apatah lagi terletaknya di kawasan tanah tinggi.

Entri santai sebagai kenangan kami sekeluarga ke Genting Highlands dalam tempoh PKPP. Rindu melancong, jangan risau. Banyak tempat menarik di Malaysia yang boleh dilawati. Sekali-sekala bawa anak keluar jalan memang seronok. Selain daripada 'family bonding', ianya juga terapi buat diri. Di mana kita dapat lari sekejap dari aktiviti kebiasaan.

xoxo,
Entri Bergambar | Ke Genting Pertama Kalinya Selepas PKP Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 01, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.