Guardian Memperkenalkan Konsep Store Terbaru di KLCC Bersempena Dengan Ulangtahun Yang Ke-53 - Oh yeah! Bulan Oktober tahun ini merupakan ulangtahun Guardian yang ke-53. Siapa sangka begitu lama Guardian lama menapak di Malaysia. Bersempena dengan ulangtahun ke 53 Guardian Malaysia telah memperkenalkan konsep store terbaru di Guardian KLCC.
Sesuai dengan kedudukannya yang terletak di pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur yang sering menjadi tumpuan samada pelancong dari dalam mahupun luar negara. Apa yang pasti, konsep terbaru yang diperkenalkan lebih cantik serta menarik tambahan pula warna oren memberi impak yang lebih bertenaga pada suasana di persekitaran outlet. Memang best!
Menurut Soren Lauridsen, CEO Guardian Health and Beauty, South East Asia;
The Guardian KLCC store is very special for many reasons as it has been Guardian Malaysia's flagship store serving millions of shoppers in the world-class shopping mall since 1998. It has grown into our number ONE store in sales and is the biggest trading store in our chain and sets the standards for Guardian stores throughout the country.This new concept store reflects Guardian's goal to continually evolve and exceed customer expectations, no matter how high they are. As the leader in pharmacy health and beauty retailing. Guardian Malaysia has responded rapidly to these changes by providing every day 'Best Value' for our customers' daily essentials and bringing in the latest Beauty Trends & Brands from around the world.
Kemas, Tersusun Cantik dan Memperkenalkan Teknologi Virtual Yang Praktikal
Seperti yang kita maklum Guardian cukup terkenal dalam industri peruncitan yang menawarkan produk kesihatan dan kecantikan serta farmasi. Di mana pelanggan mudah untuk mendapatkan produk yang mereka inginkan pada harga yang terbaik.
Melihat kepada konsep terbaru yang diperkenalkan bukan sahaja memudahkan pelanggan untuk membuat carian. Bahkan setiap bahagian memang tertera dengan jelas. Produk disusun mengikut jenama dan dibahagikan mengikut jenis produk.
Untuk Guardian KLCC bahagian kaunter farmasi dibuka 7 hari. Ini bagi membolehkan pelanggan mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi bertauliah mengenai keperluan preskripsi, perundingan dan pemeriksaan kesihatan pada bila-bila masa sahaja.
Di bahagian penjagaan kesihatan turut ditawarkan bahagian khas untuk produk diebetik (diabetic) yang juga boleh membantu pelanggan dari segi perkongsian tip dan juga perancangan diet dalam pemakanan.
Disediakan juga bahagian khas produk penjagaan diri, kosmetik dan penjagaan rambut Korea dan Jepun. Peminat produk jenama Kundal pasti teruja dengan KUNDAL WALL yang memaparkan jenama rambut terbaik di Korea.
Terdapat juga teknologi imbas Eucerin Skin-Age iaitu DermaAnalyser yang membolehkan pelanggan memahami keadaan kulit wajah mereka sebenar.
Cabaran #GuardianFITnFAB
Bersempena dengan ulangtahun yang ke-53 ini juga Guardian Malaysia menganjurkan satu peraduan yang menarik iaitu Fit & Fab Anniversary Celebration yang bermula dari 16 Oktober sehingga 15 November 2020. Cabaran #GuardianFITnFAB menerusi aplikasi tik tok yang mana pemenang berpeluang memenangi iPhone 11 Pro Max, Dyson Supersonic Hair Dryer (Most Creative Video), Sony Playstation 4 (Cutest Video) dan 8 pemenang saguhati bakal memenangi voucher Guardian bernilai RM500 .
Untuk tempoh terhad di outlet Guardian terpilih, pelanggan juga boleh memenangi Guardian Anniversary Gift Box yang bernilai RM153, dengan hanya berbelanja minimum RM53.
Antara produk yang terdapat didalam gift box seperti produk BioEssence, L'oreal, Maybelline, Pantene, Sunsilk, Canmake dan Catrice.
Keterangan lanjut boleh layari:-
singgah sini ^^Y
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html