JUALAN BUKU TERBESAR DI DUNIA, JUALAN BUKU BIG BAD WOLF, DI PLATFORM ONLINE PADA NOVEMBER INI

Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf, kembali dan akan melancarkan platform e-dagang baharunya buat kali pertama untuk para pembaca di Malaysia dari 4 hingga 11 November 2020. Jualan Buku selama 8 hari ini pasti memberi keterujaan terutama kepada para peminat dan pencinta buku dengan menawarkan lebih daripada 20 juta buku dan 40,000 judul buku.

Selain daripada itu, para pembeli di Malaysia juga akan dapat menikmati buku-buku berkualiti yang
baharu dan mendapatkan penjimatan sehingga 90% daripada harga runcit yang disyorkan. Para
pembaca dari semua peringkat umur boleh meneliti pilihan luas dari pesta Jualan Buku maya pada
tahun ini di mana mereka boleh mendapatkan pelbagai judul seperti novel, fiksyen sains, cinta,
sastera, novel grafik, buku perniagaan, bimbingan diri, buku seni bina, buku masakan yang terlaris,
dan banyak lagi; kesemuanya boleh didapati dalam satu laman web.  Ibu bapa boleh memilih buku cerita, buku aktiviti, buku kertas tebal, buku mewarna, buku bergambar dan buku interaktif untuk memenuhi masa lapang anak-anak di rumah. Wah! Saya sendiri memang dah 'excited' tentang ini.

Keselamatan pembeli dan kakitangan kami adalah keutamaan. Oleh itu, apabila pandemik melanda pada awal tahun ini, kami tidak mahu mengekang misi kami untuk membina generasi pembaca buku yang baharu dan menyebarkan kegembiraan melalui membaca. Pasukan kami berdedikasi untuk memastikan para peminat buku di Malaysia masih boleh mendapatkan buku-buku yang menarik di Jualan Buku akhir tahun kegemaran mereka.
kata Jacqueline Ng, Pengasas Bersama, Big Bad Wolf Books. 

Melalui platform e-dagang baharu kami, semua pembaca di Malaysia boleh membeli buku di Jualan Buku Big Bad Wolf pada tahun ini dengan selamat, di mana jua mereka berada.
 tambah beliau.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikenakan ke atas Kuala
Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah, dan di negeri-negeri lain yang terlibat, Jualan Buku Big Bad
Wolf berharap agar dapat memberikan para pembaca akses berterusan kepada pengetahuan
melalui koleksi buku-bukunya, justeru menggalakkan kenikmatan membaca dari keselesaan rumah
masing-masing. Platform e-dagang baharu ini membolehkan para pengguna melayari katalog yang
mengandungi 40,000 judul buku dengan mudah.

Pelbagai promosi mengikut kategori akan menanti para pembaca, contohnya Horrible Books, White
Star Classic Fairy Tales, Magical Books Deal dan book of the Sale, the Christmas 8 in 1 Game Book.


Pengguna juga boleh menikmati penghantaraan percuma di Semenanjung Malaysia untuk pesanan
melebihi RM180, serta tawaran diskaun RM5 dengan pembelian minimum sebanyak RM80 atau
diskaun 10% daripada jumlah bil dengan pembelian minimum sebanyak RM300, tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembaca di Sabah dan Sarawak juga akan menikmati diskaun 30% dari kos
penghantaran tanpa perbelanjaan minimum. (hokeh! Ni sangat berbaloi dan best)

Diasaskan di Petaling Jaya pada 2009, Big Bad Wolf Book Sale kini diadakan di 34 buah bandar di 12
negara termasuk Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Kemboja, Korea Selatan, Emiriah Arab
Bersatu, Pakistan, Myanmar, Taiwan, dan yang paling terkini, di Singapura.

Maklumat terkini mengenai Big Bad Wolf Online Book Sale di Malaysia yang amat dinanti-nantikan
ini akan diumumkan tidak lama lagi di laman web dan di media sosial mereka. Ikuti Big Bad Wolf
Books di Facebook atau Instagram agar tidak ketinggalan.

Jom shopping!!!

#BigBadWolf 
#WorldsLargestBookSaleEvent

JUALAN BUKU TERBESAR DI DUNIA, JUALAN BUKU BIG BAD WOLF, DI PLATFORM ONLINE PADA NOVEMBER INI Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 29, 2020 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.