Mandian Badan XORRA Memberi Keharuman Lebih Lama

Mandian Badan XORRA Memberi Keharuman Lebih Lama- Sentiasa wangi, berseri-seri, itu yang sering kita inginkan setiap hari. Ini juga adalah antara faktor rasa percaya diri sendiri. Suka saya kenalkan mandia terbaru di pasaran iaitu XORRA.

Mandian Badan XORRA
Di sebalik keunikkan namanya, maksud perkataan XORRA itu sudah cukup indah. XORRA adalah dari perkataan Arab iaitu ZAHRAH yang membawa maksud 'blossom' ataupun 'kembang'. Kecantikan bunga yang berkembang terutamanya di waktu pagi dan haruman semulajadinya menjadi inspirasi maka terlahirlah produk berjenama XORRA.

Mandian Badan XORRA dirumuskan daripada tumbuhan dan alam semulajadi didatangkan dengan 3 varian haruman iaitu Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring. Jika diamati kepada 3 jenis varian ini ternyatanya harumannya memang berbeza. Biarpun berbeza, setiap satu varian mempunyai kekuatan yang mampu memberi serta merangsangkan mood yang baik kepada penggunanya.

Syarikat pengeluar XORRA iaitu Farmasia Sdn Bhd mempunyai fasiliti pengilangan, makmal dan kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang hebat. Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kelebihan dalam teknologi perubatan ternyata formulasi menghasilkan XORRA adalah yang terbaik. Nah! Ini bertepatan dengan kenyataan iaitu XORRA is really Science of Care!

Produk XORRA adalah bebas daripada SLE, SLEs dan Paraben. Ramuannya juga telah dipertingkatkan dengan 'Active Silver Technology', Antara bahan ramuan yang terdapat didalam produk ini adalah Agania Spinosa Kernel (Argan) Oil (Sakura Spring), Oleo Europaea (Olive) Oil (Morning Breeze) dan juga Rosa California Flower (Rose) Extract (Rose Petals).

Cik Manggis Dilantik Sabagai Duta
Cik Manggis cukup dikenali sebagai salah satu ahli kumpulan De Fam yang ceria dan lincah. Bagi saya sendiri Cik Manggis antara penari wanita di Malaysia yang sangat hebat. Memiliki tubuh yang kecil olek, siapa sangka tuan punya badan ini sudah berumahtangga. Di majlis pelancaran produk serta pengenalan duta, Cik Manggis telah hadir bersama suaminya yang tercinta.

Menurut Cik Manggis apabila dipilih menjadi duta kepada produk XORRA bagaikan mimpi menjadi kenyataan buat beliau sendiri. Satu penghargaan dan pencapaian buatnya setelah lama bergelar anak seni. Tambah Cik Manggis lagi, pada pertama kali beliau melihat dan mencuba produk XORRA, beliau sudahpun jatuh cinta dengan harumannya. Terlalu istimewa! Kesesuaian dan minat beliau terhadap produk antara faktor bagaimana bermulanya Cik Manggis bersetuju untuk menjadi duta bagi jenama ini.

Cik Manggis juga meluahkan rasa terima kasih yang amat sangat buat pelakon/penerbit Asyraf Muslim kerana sudi merekomenkan nama beliau kepada pihak XORRA.

XORRA Membuka Peluang Perniagaan Kepada Masyarakat
Puan Zohrah Razak Pengarah Urusan Farmasia Sdn Bhd berkata:

Mulanya saya pun tidak terlintas untuk keluarkan produk kecantikan sendiri memandangkan syarikat sejak 2009 menjadi pengedar ubat-ubatan ke seluruh negara. Namun dek kerana ingin membantu mereka mencari pendapatan sampingan dan utama, timbul idea untuk saya keluarkan produk di dalam bidang kecantikan.

Maka lahirlah sabun mandian XORRA Body Wash kerana dari segi pasaran, saya melihat industri kecantikan sangat berkembang dan memudahkan mereka yang mahu berniaga untuk memasarkannya. Bagaimanapun syarikat kami bukan buat sesuka hati semata-mata pasaran yang besar dan sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal, kami gabungkan kecantikan dan sains itu dalam XORRA Body Wash : The Science of Care.

Apa yang menarik produk ini boleh didapati daripada agen XORRA itu sendiri. Menurut Puan Zohrah, ini adalah salah satu strategi syarikat yang mana melalui agen bukan sahaja mudah untuk diperkenalkan secara lebih dekat kepada masyarakat Malaysia bahkan dapat membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk mendapat wang sampingan mahupun tetap.

Kini Boleh Dapatkan XORRA di Pasaran
Produk mandian badan XORRA secara rasmi telahpun dilancarkan. Dan saya sendiri berpeluang untuk melihat lebih dekat produk selain daripada akan mencubanya sendiri. Can't wait :p

Setiap botol XORRA Body Wash : The Science of Care ini mengandungi 300ml yang dijual di pasaran 3 botol pada harga RM148. Terdapat juga dalam bentuk pek travel yang mana untuk 3 haruman adalah RM48 sahaja. 

Keterangan lanjut boleh layari:-
https://www.facebook.com/XorraDamour

Jom wangi-wangikan diri bersama XORRA!
Mandian Badan XORRA Memberi Keharuman Lebih Lama Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 07, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.