Memahami Kecenderungan Anak Kidal
Membesarkan anak 7 orang mengajar saya erti kesabaran, kefahaman dan berusaha menjadi yang terbaik sebagai seorang ibu buat mereka. Biarpun saya lebih banyak menghabiskan masa bersama anak, namun yang lebih memahami mereka merupakan suami saya (Dedet). Pelikkan! Hehe. Tapi hakikatnya memang seperti itu.
Ketujuh anak saya mempunyai kecenderungan atau minat yang berbeza. Sama juga karakter agak berlainan dan ada juga hampir sama. Namun dari segi sains, kita boleh lihat jelas pemikiran dan kemahiran mereka melaui penggunaan tangan jika menulis. Samada 'kidal' ataupun menulis menggunakan tangan kanan (comman).
Bila orang tanya, bila kita boleh sedar yang anak kita sebenarnya seorang yang kidal. Sebenarnya kecenderungan mereka menggunakan tangan kiri boleh dilihat seawal usia dua ke tiga tahun. Ini kerana pada usia ini kemahiran motornya sedang berkembang dan akan menunjukkan bahagian mana yang lebih dominan. Lebih ketara ketika kanak-kanak mencapai usia lima tahun, apabila banyak aktiviti mereka akan gunakan lebih tangan kiri.
Didapati 3 anak lelaki saya memang kidal orangnya - Anaqi, Afiq dan Ameer. Ketiga mereka memang mempunyai kemahiran lebih kepada otak kanan. Untuk pengetahuan semua, bagi mereka yang kidal fungsi otak kanannya berkembang lebih baik dan lebih dominan berbanding otak kiri.
Otak kiri berperanan mengawal kemampuan berbahasa, bercakap, menulis dan semua perkara berkaitan tata bahasa. Sementara otak kanan pula berfungsi mengatur kreativiti, keupayaan persepsi, pengenalan dimensi ruang, situasi, waspada dan tumpuan.
Sumber: Metro Harian 2018
Selain daripada itu, mereka yang kidal ini mudah berubah mood dan lebih sensitif sebenarnya. Saya difahamkan ini kerana disebabkan segelintir daripada mereka tidak mempunyai keseimbangan dalam memproses emosi dari otak kanan dan kiri.
Ok! Ini agak kelakar. Ketiga anak lelaki saya ini agak penakut (kalau perati betul-betul). Ini kerana mereka sebenarnya mempunyai ketajaman fikiran. Jadi kalau diaorang jenis tonton filem hantu, memang akan lekat dalam fikiran babak yang seram. So sampai berhari-hari diaorang tetap terbayang babak tersebut. Tapi dari segi pendidikan. Ini adalah sangat bagus kerana jenis mudah ingat apa yang disampaikan (tapi kena ada skill dan juga minat). Kalau tak memang hauk jugak sebenarnya, hahahah.
Saya juga difahamkan, kidal ini samada diwarisi (keturunan) atau penyakit/sindrom motor tangan kanan tidak kuat berbanding tangan kiri. Menariknya mereka yang kidal mempunyai otak yang lebih berstruktur, menjadikan kemampuan intelektualnya lebih tinggi dalam pelbagai bidang.(sumber Harian Metro, 2018) *Mensa, sebuah organisasi yang menghimpunkan pemilik IQ tertinggi di dunia menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus ahlinya adalah kidal.
Saya juga perhatikan Anaqi, Afiq dan Ameer sangat berbakat dalam bidang seni dan artistik. Contohnya Afiq banyak menyertai pertandingan yang melibatkan seni seperti dikir barat dan pelbagai lagi. Tetapi jika dilihat kepada Anaqi dan Ameer, kalau diminta untuk terangkan pemasangan sesuatu benda (lego/kereta dll), mereka berdua boleh melukis dengan jelas setiap langkah apa yang perlu dilakukan (nampak macam manual).
Saya juga difahamkan, kidal ini samada diwarisi (keturunan) atau penyakit/sindrom motor tangan kanan tidak kuat berbanding tangan kiri. Menariknya mereka yang kidal mempunyai otak yang lebih berstruktur, menjadikan kemampuan intelektualnya lebih tinggi dalam pelbagai bidang.(sumber Harian Metro, 2018) *Mensa, sebuah organisasi yang menghimpunkan pemilik IQ tertinggi di dunia menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus ahlinya adalah kidal.
Menurut laporan dibentangkan Pusat Perubatan Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, pendengaran anak kidal lebih tajam dan mampu membezakan jenis suara dengan baik. Ini berbeza dengan anak dominan tangan kanan yang lebih dinamik dan mudah berubah hingga tidak sensitif dalam membezakan jenis suara.
Unik bukan?
Jadi biasanya memang cara pengajaran saya di rumah bersama anak kidal juga ada sikit kelainan. Macam Ameer sekarang yang berusia 6 tahun, jika saya lihat mood dia agak swing, saya akan mulakan dengan matematik. Kemudian mewarna dan bacaan. Sebab saya perhatikan anak-anak kidal saya memang bacaan agak lambat. Usia akhir 6 tahun kadang-kadang masih merangkak lagi. Berbanding anak yang lain yang agak gemar membaca sendiri dan mula berlatih sejak usia 5 tahun.
Sememangnya anak kidal saya memiliki tulisan yang agak tidak cantik dan kurang kemas pada awal usia mereka mengenal cara menulis. Memang saya kena banyak latih tubi dengan anak-anak ini. Namun yang demikian, bila saya tengok Anaqi memang saya tak sangkal lagi beliau memang hebat dalam matematik dan subjek pengaturcaraan (programming). Jenis otak boleh fikir dan hafal 'coding' sebab jenis tengok, menelah dan boleh ingat. Serupa dengan Afiq ada sesetengah perkara saya dapat lihat potensi dia dalam bidang kira-kira (biarpun tidak sehebat Anaqi dan Yana pada usia sekarang).
Banyak sebenarnya yang perlu saya belajar tentang anak-anak. Selain daripada memahami mereka, saya juga sentiasa mahu menjadi ibu yang sentiasa ada untuk mereka. Anak kidal mahupun sebaliknya semuanya istimewa :-)
Memahami Kecenderungan Anak Kidal
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 24, 2020
Rating:
perasan jugak sebab kawan die kidal..die macam lemah semangat sikit..cepat pengsan kalau takut sgt,hehe. tapi tulisan die cantik...
ReplyDeleteBaru madam tahu kidal dia guna otak kanan lebih. Anak kidal juga tapi tika main game. Haha. Tapi bila makan dan xtvt lain seperti menulis boleh pula kanan. Apakah itu tandanya?
ReplyDeleteSeronok baca info mengenai orang yang kidal ni, memang rasa unik tu hehe maybe juga sbb kami anak beranak tiada yg kidal..anak buah qeela ada yg kidal, memang ada sama ciri2 mcm anak2 Ayu haha comel ❤️
ReplyDeleteThanks kak fot this info. Adik saya pun kidal hehe dag sedar sejak dlm 2-3 tahun cam tu umur dia sebab semua benda nak guna tangan kiri hehe
ReplyDeleteAnak-anak takde yang kidal. Adik Marina kidal. Suka tengok orang kidal menulis
ReplyDeleteEverything you said about lefties are true. I am also a lefty. Same like your sons, I am also artistic, creative, intellectual, shy, introvert, sensitive, and sometimes appear hard-headed. That’s how lefties are like.
ReplyDeleteMemang selalu dgr org cakap org kidal ni artistik. Seumur hidup saya, cuma pernah kenal 2, 3 org je kawan yg kidal, tapi takde pulak artistik diorg ni. Semua cenderung ke arah finance/science. Agaknya tak semua kot.
ReplyDeleteFinance oun ya juga.. sebab dominan otak kanan dia lebih mudah ingat spt pengiraan
DeleteSejujurnya, bestnya family besar mcm ni sebab meriah. Dulu belajar biology punya susah nak hafal otak belah mana yang dominan, apa kelebihannya dan otak/tangan akan bertentangan... Baca ni kan senang nak faham dan ingat.. Nice information!
ReplyDeleteSis takde anak kidal, tapi kalau kata tulisan cantik memang ada betulnya..kawan sis sendiri kidal, memang tulisan dia masa sekolah di puji...
ReplyDeleteAdik bongsu LH pun kidal. Dia sorang saja dalam family yang kidal. Memang penakut pun dia tu dan dia pun agak lambat membaca. Tapi dia suka pasang-pasang lego dan dia suka berseronok. Kalau belajar tu mesti nak dalam cara seronok
ReplyDeleteSaya kidal. Patutlah rasa otak kanan saya berkembang dengan jayanya..hehe
ReplyDeleteAnak kak yg no 5 kidal orgnya, sorang yg peramah dan ramai kawan
ReplyDeletelearned so many useful tips from this article! thanks for sharing your insights and understanding about children :)
ReplyDeleteThank you share. Anak saya sorang kidal. Susah juga nak faham. Sekarang ni dah nampak kenapa saya susah nak handle dia. Thank you.
ReplyDeleteBaru semalam bercerita dengan kawan, kawan tanya harraz anak TB tu kidal ke sebab di nampak harraz makan guna tangan kiri.. TB pun tak perasan sebenarnya.. tak tahulah kidal ke tak.. tapi kalau melukis guna tangan kanan yang cantik.. so itu bukan kidal la kan .. haha
ReplyDelete- Tengkubutang
Ena kidal dan tulisan memang xcantik pon. Paling tak suka buat esei sebab tulisan mesti meleset kertas comot smpai tangan pon melekat dakwat. Huhu. Seni mmg out tapi minat matematik
ReplyDeleteCousin za sorang mmg kidal. Dia mmg terer melukis. Tapi adik za yg last kidal juga tapi xde pun pandai mlukis. Hahaha ikut family juga kot.
ReplyDeletedalam adik beradik saya pun ada yang kidal. and apa yang saya perasan diorang ni dalam ketogori yang bijak. hahaha
ReplyDeleteAdik cik tk ni kidal dan dia suka melukis. Bab pemalu tu.. mm entah la.. tapi dia pandai berkawan dan banyak cakap. Tak pendiam macam cik tk ni.
ReplyDelete