Memahami Kecenderungan Anak Kidal

Membesarkan anak 7 orang mengajar saya erti kesabaran, kefahaman dan berusaha menjadi yang terbaik sebagai seorang ibu buat mereka. Biarpun saya lebih banyak menghabiskan masa bersama anak, namun yang lebih memahami mereka merupakan suami saya (Dedet). Pelikkan! Hehe. Tapi hakikatnya memang seperti itu.

Ketujuh anak saya mempunyai kecenderungan atau minat yang berbeza. Sama juga karakter agak berlainan dan ada juga hampir sama. Namun dari segi sains, kita boleh lihat jelas pemikiran dan kemahiran mereka melaui penggunaan tangan jika menulis. Samada 'kidal' ataupun menulis menggunakan tangan kanan (comman). 

Bila orang tanya, bila kita boleh sedar yang anak kita sebenarnya seorang yang kidal. Sebenarnya kecenderungan mereka menggunakan tangan kiri boleh dilihat seawal usia dua ke tiga tahun. Ini kerana pada usia ini kemahiran motornya sedang berkembang dan akan menunjukkan bahagian mana yang lebih dominan. Lebih ketara ketika kanak-kanak mencapai usia lima tahun, apabila banyak aktiviti mereka akan gunakan lebih tangan kiri.



Didapati 3 anak lelaki saya memang kidal orangnya - Anaqi, Afiq dan Ameer. Ketiga mereka memang mempunyai kemahiran lebih kepada otak kanan. Untuk pengetahuan semua, bagi mereka yang kidal fungsi otak kanannya berkembang lebih baik  dan lebih dominan berbanding otak kiri.
Otak kiri berperanan mengawal kemampuan berbahasa, bercakap, menulis dan semua perkara berkaitan tata bahasa. Sementara otak kanan pula berfungsi mengatur kreativiti, keupayaan persepsi, pengenalan dimensi ruang, situasi, waspada dan tumpuan.

Sumber: Metro Harian 2018 


Anaqi, Afiq dan Ameer, ketiga mereka ini agak pemalu. Terutama Afiq. Walaupun muka nampak macam sentiasa yakin tetapi diaorang ni jenis susah nak terima kritikan dan agak mudah berkecil hati. Kadang-kadang tak pandai buat keputusan. Selalu sangat minta pandangan. Contoh nak beli baju. Dekat 10 kali tanya "mummy ok tak, baju ni?". Hmmm.
Selain daripada itu, mereka yang kidal ini mudah berubah mood dan lebih sensitif sebenarnya. Saya difahamkan ini kerana disebabkan segelintir daripada mereka tidak mempunyai keseimbangan dalam memproses emosi dari otak kanan dan kiri.

Ok! Ini agak kelakar. Ketiga anak lelaki saya ini agak penakut (kalau perati betul-betul). Ini kerana mereka sebenarnya mempunyai ketajaman fikiran. Jadi kalau diaorang jenis tonton filem hantu, memang akan lekat dalam fikiran babak yang seram. So sampai berhari-hari diaorang tetap terbayang babak tersebut. Tapi dari segi pendidikan. Ini adalah sangat bagus kerana jenis mudah ingat apa yang disampaikan (tapi kena ada skill dan juga minat). Kalau tak memang hauk jugak sebenarnya, hahahah.

Saya juga difahamkan, kidal ini samada diwarisi (keturunan) atau penyakit/sindrom motor tangan kanan tidak kuat berbanding tangan kiri. Menariknya mereka yang kidal mempunyai otak yang lebih berstruktur, menjadikan kemampuan intelektualnya lebih tinggi dalam pelbagai bidang.(sumber Harian Metro, 2018)  *Mensa, sebuah organisasi yang menghimpunkan pemilik IQ tertinggi di dunia menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus ahlinya adalah kidal.

Menurut laporan dibentangkan Pusat Perubatan Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, pendengaran anak kidal lebih tajam dan mampu membezakan jenis suara dengan baik. Ini berbeza dengan anak dominan tangan kanan yang lebih dinamik dan mudah berubah hingga tidak sensitif dalam membezakan jenis suara.

Saya juga perhatikan Anaqi, Afiq dan Ameer sangat berbakat dalam bidang seni dan artistik. Contohnya Afiq banyak menyertai pertandingan yang melibatkan seni seperti dikir barat dan pelbagai lagi. Tetapi jika dilihat kepada Anaqi dan Ameer, kalau diminta untuk terangkan pemasangan sesuatu benda (lego/kereta dll), mereka berdua boleh melukis dengan jelas setiap langkah apa yang perlu dilakukan (nampak macam manual).

Unik bukan?

Jadi biasanya memang cara pengajaran saya di rumah bersama anak kidal juga ada sikit kelainan. Macam Ameer sekarang yang berusia 6 tahun, jika saya lihat mood dia agak swing, saya akan mulakan dengan matematik. Kemudian mewarna dan bacaan. Sebab saya perhatikan anak-anak kidal saya memang bacaan agak lambat. Usia akhir 6 tahun kadang-kadang masih merangkak lagi. Berbanding anak yang lain yang agak gemar membaca sendiri dan mula berlatih sejak usia 5 tahun.

Sememangnya anak kidal saya memiliki tulisan yang agak tidak cantik dan kurang kemas pada awal usia mereka mengenal cara menulis. Memang saya kena banyak latih tubi dengan anak-anak ini. Namun yang demikian, bila saya tengok Anaqi memang saya tak sangkal lagi beliau memang hebat dalam matematik dan subjek pengaturcaraan (programming). Jenis otak boleh fikir dan hafal 'coding' sebab jenis tengok, menelah dan boleh ingat. Serupa dengan Afiq ada sesetengah perkara saya dapat lihat potensi dia dalam bidang kira-kira (biarpun tidak sehebat Anaqi dan Yana pada usia sekarang).

Banyak sebenarnya yang perlu saya belajar tentang anak-anak. Selain daripada memahami mereka, saya juga sentiasa mahu menjadi ibu yang sentiasa ada untuk mereka. Anak kidal mahupun sebaliknya semuanya istimewa :-)
Memahami Kecenderungan Anak Kidal Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 24, 2020 Rating: 5

20 comments:

  1. perasan jugak sebab kawan die kidal..die macam lemah semangat sikit..cepat pengsan kalau takut sgt,hehe. tapi tulisan die cantik...

    ReplyDelete
  2. Baru madam tahu kidal dia guna otak kanan lebih. Anak kidal juga tapi tika main game. Haha. Tapi bila makan dan xtvt lain seperti menulis boleh pula kanan. Apakah itu tandanya?

    ReplyDelete
  3. Seronok baca info mengenai orang yang kidal ni, memang rasa unik tu hehe maybe juga sbb kami anak beranak tiada yg kidal..anak buah qeela ada yg kidal, memang ada sama ciri2 mcm anak2 Ayu haha comel ❤️

    ReplyDelete
  4. Thanks kak fot this info. Adik saya pun kidal hehe dag sedar sejak dlm 2-3 tahun cam tu umur dia sebab semua benda nak guna tangan kiri hehe

    ReplyDelete
  5. Anak-anak takde yang kidal. Adik Marina kidal. Suka tengok orang kidal menulis

    ReplyDelete
  6. Everything you said about lefties are true. I am also a lefty. Same like your sons, I am also artistic, creative, intellectual, shy, introvert, sensitive, and sometimes appear hard-headed. That’s how lefties are like.

    ReplyDelete
  7. Memang selalu dgr org cakap org kidal ni artistik. Seumur hidup saya, cuma pernah kenal 2, 3 org je kawan yg kidal, tapi takde pulak artistik diorg ni. Semua cenderung ke arah finance/science. Agaknya tak semua kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Finance oun ya juga.. sebab dominan otak kanan dia lebih mudah ingat spt pengiraan

      Delete
  8. Sejujurnya, bestnya family besar mcm ni sebab meriah. Dulu belajar biology punya susah nak hafal otak belah mana yang dominan, apa kelebihannya dan otak/tangan akan bertentangan... Baca ni kan senang nak faham dan ingat.. Nice information!

    ReplyDelete
  9. Sis takde anak kidal, tapi kalau kata tulisan cantik memang ada betulnya..kawan sis sendiri kidal, memang tulisan dia masa sekolah di puji...

    ReplyDelete
  10. Adik bongsu LH pun kidal. Dia sorang saja dalam family yang kidal. Memang penakut pun dia tu dan dia pun agak lambat membaca. Tapi dia suka pasang-pasang lego dan dia suka berseronok. Kalau belajar tu mesti nak dalam cara seronok

    ReplyDelete
  11. Saya kidal. Patutlah rasa otak kanan saya berkembang dengan jayanya..hehe

    ReplyDelete
  12. Anak kak yg no 5 kidal orgnya, sorang yg peramah dan ramai kawan

    ReplyDelete
  13. learned so many useful tips from this article! thanks for sharing your insights and understanding about children :)

    ReplyDelete
  14. Thank you share. Anak saya sorang kidal. Susah juga nak faham. Sekarang ni dah nampak kenapa saya susah nak handle dia. Thank you.

    ReplyDelete
  15. Baru semalam bercerita dengan kawan, kawan tanya harraz anak TB tu kidal ke sebab di nampak harraz makan guna tangan kiri.. TB pun tak perasan sebenarnya.. tak tahulah kidal ke tak.. tapi kalau melukis guna tangan kanan yang cantik.. so itu bukan kidal la kan .. haha

    - Tengkubutang

    ReplyDelete
  16. Ena kidal dan tulisan memang xcantik pon. Paling tak suka buat esei sebab tulisan mesti meleset kertas comot smpai tangan pon melekat dakwat. Huhu. Seni mmg out tapi minat matematik

    ReplyDelete
  17. Cousin za sorang mmg kidal. Dia mmg terer melukis. Tapi adik za yg last kidal juga tapi xde pun pandai mlukis. Hahaha ikut family juga kot.

    ReplyDelete
  18. dalam adik beradik saya pun ada yang kidal. and apa yang saya perasan diorang ni dalam ketogori yang bijak. hahaha

    ReplyDelete
  19. Adik cik tk ni kidal dan dia suka melukis. Bab pemalu tu.. mm entah la.. tapi dia pandai berkawan dan banyak cakap. Tak pendiam macam cik tk ni.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.